Followers

Tuesday 11 October 2011

scandal

selamat petang
selamat hari selasa
selamat beristirehat

today's topic - scandal ! apa itu scandal? for those yang bace entry nie, tak tahu meaning scandal, sila laa google sendiri untuk mencari maksud sebenar perkataan ini.. but i know, most of the viewers should and already know the meaning, am i right? bagi aku, scandal nie lebih kepada menjalinkan hubungan percintaan secara senyap ataupun mempunyai "kekasih gelap" walaupun hakikatnya, sudah mempunyai pasangan hidup.. hmm ! 

kenapa perlu ada scandal?

persoalan pertama yang ada di fikiran.. adakah mempunyai scandal adalah satu lambang kebanggaan manusia zaman sekarang? tidak jujur pada diri kerana mempunyai pacar lain sedangkan ketika itu sedang bermadu kasih dengan pasangan yang sebenar.. kalau kita betul betul ikhlas nak menjadi pasangan yang baik kepada pasangan pilihan kita, istilah SCANDAL tak akan wujud dalam hidup kalian.. istilah yang macam inilah yang paling dibenci ramai kerana mampu merosakkan hubungan dan sekaligus menjahanamkan maruah kau sebagai seorang lelaki mahupun wanita..

scandal buah mulut orang

perbuatan yang paling menyakitkan hati dan sanubari.. kita manusia bebas berkawan, betul? kita ada hak nak berjalan, lepak, bertepuk tampar, ketawa dengan siapa pun, betul? kita juga ada naluri nak berkenalan dengan mana mana makhluk yang bergelar manusia, betul? so kenapa perlu menabur fitnah, membuat spekulasi, menambah dosa dengan menggelarkan individu itu adalah scandal kepada individu itu.. come on, be matured okay ! perbuatan menyebarkan berita tentang scandal kepada sesiapa boleh menjatuhkan reputasi, maruah dan air muka si mangsa sedangkan si mangsa hanya nak berkawan, tiada niat pun hendak menjalinkan sebarang hubungan.. hanya luaran saja yang membuatkan si mulut jahat membuat anggapan bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan secara senyap ataupun scandal.. boooooo mulut jahat !

- semalam kan, aku nampak amir jalan berdua dengan farah.. amboi, bukan main mesra !ade ape ape laa tuh
- kau tau tak, orang ramai kate si amirul suke like status intan.. dorang couple doh ! 
- balak si emy tuh memang 24/7 berkepit dengan si rahim tuh ke? kan sama sama lelaki, entah entah scandal

persepsi masing masing

si mangsa yang di-cop ada scandal dengan sesiapa pun, bersabarlah.. kerana hanya kita dan Allah sahaja yang tahu niat sebenar kita hendak berkawan, rapat dan bermanja dengan kawan kita.. kene ingat, setiap manusia berhak bersuara dan memberikan pendapat.. kita tak boleh halang manusia sebegini nak memberikan persepsi mereka terhadap semua tindak tanduk kita.. mungkin mereka terlalu obses nak tahu apa sahaja perbuatan kita, mungkin mereka tidak ada kerja lain melainkan  melihat dengan siapa kita berkawan dan mungkin mereka cemburu dengan keintiman dan keakraban hubungan kita dengan seseorang itu. hak masing masing, tidak perlu nak menyebok rasanya.. cukuplah dengan melihat dan membuat sebarang kesimpulan dalam diri sendiri, jangan lah dihebohkan kepada orang lain..

jika betul anda ada scandal

pandai pandai laa sorok ! pandai pandai laa cover.. ataupun just mengaku yang betul, itu adalah scandal anda ! jangan kerana title scandal, ramai yang menjauhkan diri dari kita.. mostly people hate that word, so be careful.. bukan aku menyokong, tapi aku menasihati sebab ade jugak dikalangan rakan aku sendiri yang mempunyai scandal.. tak kan kita as a friend nak diam diri, tengok jee kawan kita kene hentam bertubi tubi.. so kita nasihat la mereka, bagi mereka idea macam mana nak solve this problems..

solution yang aku boleh bagi 

kalau boleh, hindarilah dari dapat title itu ! mungkin selama ini korang tak sedar yang korang dah pun di-cop scandal dengan si polan polan.. just beware ! kalau korang sedar yang korang sedang menjalinkan hubungan senyap, bising bising kan lah iyee.. bukan nak jadi mat kecoh, untuk kebaikan diri sendiri jugak.. takde laa orang nak fitnah, betul tak? and for those yang fikir "lantaklah ape yang orang nak cakap", itu terpulanglah.. jangan sampai bende dah kecoh, baru nak terhegeh hegeh mengamuk bagai.. not nice !  

my experienced

banyak, terlalu banyak.. lebih lebih lagi semester ini (sem 3).. semua yang dikatakan, aku tak sedar ! niat aku baik, nak berkawan je.. terlalu rapat membuatkan orang sekeliling kate kami scandal, what the.. dan berita itu terlalu cepat tersebar, fuhh mulut budak university, boleh tahan lajunya.. kadang kadang bende nie buat kita tak selesa nak berjalan sama, makan sama, bergurau ketawa sama, even study same pun akan rase diri kita sedang diperhatikan.. 

"yang study berdua sapa suruh.. padan laa muka"

hello cik adik, cik abang.. tak semua orang boleh study ramai ramai berkumpulan bagai.. kadang kadang dia just nak privacy, itu jee ! hormat laa orang sekeliling.. mungkin study berdua lagi senang faham daripada study ramai ramai yang banyaknye gelak + makan snek, bukan study ! kalau niat aku study berdua pun dah disalah anggap, di-cop scandal, mungkin mulut orang zaman akan datang akan banyak yang lebam, ditumbuk oleh si mangsa..

"aku selalu nampak kau berjalan berdua, kemain mesra lagi.. ape cerita?"

alahai, takkan couple jee boleh beramah mesra beb? kawan tak boleh? mungkin kau nak kami jalan berdua dengan muka bengis, mood marah.. macam tuh? come one, wake up dude.. kau fikirlah, mungkin yang berjalan dengan aku tuh kawan baik aku time sekolah, kawan facebook yang aku baru jumpa or maybe itu senior aku ! tak salahkan jalan berdua dengan senior? okay jap, apa korang fikir bila aku jalan dengan senior? mestilah sebab dia tolong aku dalam buat assignment ke, tolong pinjamkan note ke, tolong study ke.. alahai, typical malay ! 

"kau dengan budak tuh, dalam facebook like like status, tag tag gambar, post post kat wall"

sah kau stalker terhebat, syabas ! ape jee function yang ade dalam facebook, aku tanye kau.. jangan sebab like tag wall post bagai, kau dah berfikiran sempit macam nie.. lainlah dye like status "yess, saye scandal awak", dye tag pic dorang pegang tangan and dorang wall post iloveu, itu memang tugas kau untuk cop dorang scandal.. setakat like status good morning, nak g berak pun kau dah kecoh, macamlah kau tak pernah like status kawan kau.. ape ape pon, selidik dulu *kalau kau takde kerja sangat.. ataupun tak payah masuk campur urusan orang, si scandal scandal tuh tak pernah kacau hidup kau weh.. melainkan kau JEALOUS ! JEALOUS !! cemburu tak bertempat.. si A nak berjalan dengan bestfriend kau pun, kau dah kecoh satu kampus yang dorang ade scandal.. padahal kau jealous tak ade orang nak jalan dengan kau kan noob :)

okay, ini saja entry untuk kali ini ! paling panjang aku rase selama blog ini diwujudkan. hee, jika ada salah information tentang tajuk entry nie, maafkan yee.. saya pun manusia biasa, just menulis tentang kejadian yang berlaku kat diri nie.. penat layan kerenah orang sekeliling :)

5 comments:

  1. gileee panjang! HAHA. mulut org mmg takley nak ttup. just ignore them. tu y salu aku buat :D

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. stuju ngan dak hotstuff nieyh!! :)

    ReplyDelete
  4. saye faham dan sedang melaluinye... tp saye x kesa! >:D

    ReplyDelete