Followers

Thursday 25 October 2012

aku harap..


now playing : live while we're young
mood : puasa

Assalamualaikum,

yes yes hari ini Hari Arafah, means ramai umat Islam berpuasa sunat, termasuk aku yang comel dan handsome nie, haha ! lagi berapa jam saja nak berbuka, sabar ayie sabar, memang banyak makanan bawah tudung saji tu, sabar yee..

bila Diploma dah melabuhkan tirai
Degree pula melambai lambai

aku harap 
hubungan aku dan kawan kawan tidak terputus
tidak terhenti di tengah jalan
tidak hilang dari pandangan mata

aku harap
jika Allah benar benar pisahkan kami
pisah dari pandangan zahir
Allah juga akan dekatkan kami melalui doa
rapatkan kami melalui doa
hadirkan rasa rindu kami melalui doa

aku harap
kami semua mencapai kejayaan
kami mendapat apa yang kami impikan
kami berjaya melangkah setapak ke hadapan
kami mampu menggembirakan ibu bapa kami dengan kejayaan kami

ya-Allah ya-Tuhanku
moga Kau makbulkan harapan aku
hanya ini yang aku pinta
hanya ini yang aku mohon
aku masih belum bersedia untuk menerima perpisahan secara keseluruhan
mungkin perlahan lahan aku terima
kuatkan hatiku
kuatkan semangatku
insyaAllah
kami bertemu kerana-Mu
kami berpisah juga kerana-Mu




















Tuesday 23 October 2012

berangan kerana bosan


now playing : Teman Pengganti
mood : B O S A N !

hey ooooo hey oooo Assalamualaikum
sekarang jam menunjukkan tepat pukul 5.43 minit petang
okay, takde apa yang menarik -.-'

bila bosan
bila takde apa nak buat
bila kepala masuk air
apa boleh buat?
berangan sajaaaaaaaaaaaaa

bila berangan
aku terfikir perkara perkara yang aku ingin lakukan
sangat ingin lakukan
adalah seperti berikut :

- bermain Bungee Jumping
- pergu tunaikan umrah dan haji
- melihat dengan mata sendiri 7 keajaiban dunia
- bermain bola, yes main bola !
- pergi ke luar negara


haaaaaa
actually banyak lagi benda yang nak buat
tapi macam tak masuk akal
HAHAH
so better jangan type dalam nie
kang kena menganjing dengan blogger blogger luar negara
haaa acano?
malu malu

okay bye bye :)

Friday 19 October 2012

bertemu dan berpisah kerana Allah


now playing : Muara Hati (OST Adam Hawa)
mood : i'm done !

Assalamualaikum,
ya-Allah, rindunya aku kat blog kesayangan nie ! maaf maaf, dah lama tak usik awak, tak tanya khabar awak, tak jenguk ziarah awak.. tuan awak nie busy lah, bukan saja saja, jangan merajuk ye? meh sini saya buang segala habuk, lalang semak yang dah kotorkan awak :)

yes yes entry kali nie aku nak kupas satu demi satu perihal classmate tercinta.. classmate yang susah senang bersama, classmate yang jatuh bangun bersama, classmate yang ketawa menangis bersama, classmate yang geletek geletek satu sama lain.. ish apahal air mata nak keluar nie *kesat mata* selama 2 tahun setengah aku bersama mereka, walaupun kadang ada pertukaran pelajar, ada yang tukar kelas, ada budak baru masuk, but still you're my best classmates ever.. kalau dulu hampir semua selekeh, pakaian pun apa yang ado, make up pun ala nyonya opera cina, rambut pun semua acah acah k-pop, padahal.. tapi sekarang, bila masing amsing dah besar, dah makin matang, well you're such an handsome boys and pretty girls.. dah pandai bersiap, dressing semua perghhh mantap mantap, no more selekeh sakai, glad to see your changes :)

ok dah dah, berhenti merepek, now aku akan persembahkan satu demi satu budak kelas JIM1105A, tadaa tadaaaaa..



Azariq : yes budak nie suka sakat aku, yes all the time, yes macam aku awek dia, sedangkan dia ada wawa ! haha to azariq, sorry kalau aku ada buat salah silap sepanjang kenal.. yee aku tak selalu layan godaan kau sebab iman aku kuat ! hahaha thanks sebab suka senyum macam aku, nampak gigi kan? haa aku tak kesah kau nak curi trademark aku, ape ade hal :) jaga diri dan jaga wawa tau tau, best memory when we go to Gunung Ledang, kau mula mula acah tak suka tempat berair la, tak suka mandi air terjun laa, last last kau yang pertama pergi berendam, haha itu lawak :)

Fandi : haaaaaa emcee Grammy paling hebat kat UiTM Segamat ! well fandi, maaf sangat sangat kalau sepanjang 5 semester aku ada buat salah kat kau, aku tahu memang ada salah pun tapi.. HAHA maafkan yee :) kau lawak, kau suka buat cerekarama samarinda telenovela kau kalau kita lepak, kau suka tiba tiba masukkan aku dalam dunia "NONA" kau sampai aku pun tiba tiba berubah menjadi Neelofa, eh? sorry sebab suka panggil kau orang asli Pahang, suka sakat bontot tonggek kau, suka merapu meraban dan yang pasti, kau bukan Ain Hawani doh ! so jangan nak over sangat, haha :D

Ayie : hey hey, budak yang curi nickname saya ! awak sangat secocok dengan Nazurah, haaa amacam, masin tak mulut kita dok satukan korang dulu dulu, haa termakbul, terus couple, tahniah ! maaf tau kalau kite ada buat salah silap, thanks sebab suka pegang tangan kita sampai orang ramai ingat kita pasangan bahagia, HAHA tangan awak lembut, selalu rendam dalam softlan ke apa? jaga diri dan jaga Nazurah tau tau, kita taknak baca BBM status Nazurah sedih sedih, kalau dia sedih, kita terus tenung tajam kat awak.. i mean kat gambar awak ! haha bye

Rashid : HAHAHAHHA ini kena minta maaf lebih ! woi Acid, sorry tau kalau kau rimas dengan aku.. yelaaa aku kan suka main geletek kau, main raba raba leher kau yang sensetive gila babi tu.. haha lepas nie kau mesti rindu, takde siapa nak main main leher kau dah ! aku jee manusia yang suka sakat kau, suka tengok kau menggeletik macam itik kena sembelih HAHA.. sorry sebab suka panggil kau anjing, takde niat pun, just suka suka, anjing pun comel apa? kan? weee Putrajaya and Damansara tak sejauh mana pun, kalau lepak mana mana, bagitahu laa.. boleh kite teruskan game geletek leher lagi, amacam? maaf tau :) eh lagi satu, semoga berbahagia dengan FJ :)

Salim : hoi Salim comel, haha lepas nie aku rindu nak kacau kau main game syaitan tu ! sorry for everything tau, sorry kalau kau rasa aku annoying sangat.. aku memang suka kacau kau Salim ! haaa lepas nie aku tak boleh kejut kau pagi pagi, tak boleh nak himpap atas badan kau, tak boleh nak kechek sabah lagi, tak boleh ter-kantoi kan kau tengah layan Adam Hawa, tak boleh nak usap usap rambut kau yang macam tupai tu.. lepas nie jaga diri tau Salim, kau pun kena jaga skandal baru kau tu, siapa? si AR tu laaaaa, haha.. kalau kahwin, jemput tau ! sediakan tiket flight ke Sabah, terima kasih :)

Nazhis : haaa mamat acah gangster, aku dah lama perhatikan tindak tanduk mamat nie, takde lah gangster mana ! HAHHA weh minta maaf tau kalau ada salah silap.. iyee aku suka panggil kau anjing polis, aku mengaku, haha maaf yee.. tapi anjing polis kan kuat, kau taknak jadi kuat ke? boleh hidu hidu dadah, haha.. lepas nie mesti aku rindu nak tengok kau kenyit kenyit mata kat aku, haaa aku tak pernah anggap itu satu gangguan seksual, kau jangan risau yee Naz.. jaga Muadzam elok elok woi, itu kawasan kau ! ada apa apa hal, kau roger aku, biar aku langgar mana mana budak yang kacau kau hehe.. lagi satu, tolong delete lagu minah kelantan dalan phone kau, cukup laa si Rashid dan jadi biol bila dengar lagu tu, aku taknak orang lain biol jugak, terima kasih Naz :)

Nik Azwan : nik ooooo nik, kau suka main leher aku ! aku geli tahu tak? aku gigit jari jari tangan kau, baru kau tau :D nik, jaga diri tau.. maaf kalau aku terlepas cakap ke, tersepak ter-smackdown kau ke.. sorry laa, aku gurau gurau je ! MUAHAHAHAH lepas nie kalau nampak babi lintas jalan, jangan lah langgar dia, kang kau accident lagi dan populasi babi di kampung kau semakin berkurang, kau mahu? taknak kan.. so hati hati bila naik motor, jangan nak merempit je, acah gangster macam si Naz pun tak boleh jugak ! haha semoga berbahagia dengan Nana, jangan nak menari lagu Korea je, sakit mata aku, bye :)

Firdaus Naim : yes kau komander, apahal tak datang gathering kelas? haaaa tak sempat nak peluk cium kau, tu laa, haihh.. aku nak minta maaf kalau aku selalu buat kau marah ke, terasa ke, sorry yee.. takde niat pun, just for fun HAHA ! kau jangan lah terlalu memulaukan diri kau, get closed lah dengan kami semua, asyik layan aktiviti komander jee pun tak boleh weh, kaki tu kadang kadang nak jugak duduk rileks, penat lah nak berkawad je ! haha kau jaga diri, tu haaaa jaga si Nabilah elok elok.. lagi 2-3 bulan aku dapat tahu kau kahwin dengan Azwa, siap kau, hahaha dia tu tweetfamous kau tahu? kau kena bayar bill internet banyak kali coz Azwa nak tweet all the time, haha okay bye

Syakir : ya habibi ya maulana, terima kasih atas segala galanya ! sepanjang 5 semester, aku banyak habiskan masa dengan kau.. sorry kalau aku ada buat salah silap, aku ada termakan mee goreng sedap kau, aku ada terambil roti bakar kau, ade terpakai jubah serban kopiah kau, ampun maaf yee ! thanks sebab kasi tumpang bilik sepanjang final exam, dari semester satu aku selalu lepak bilik kau, buat kecoh.. sorry tau tau ! banyak ansihat, ilmu yang kau bagi kat aku, terima kasih banyak banyak.. lepas nie kalau kerja kat pelantar minyak, bagitau yee.. boleh aku datang melawat dengan si anjing tu, eh salah, si Rashid :)

Hanif : woi buncit, haha ! Anep Anep Anep, thanks and sorry for everything.. sepanjang kenal, aku tahu kau nie jenis penyabar, kau jenis simpan dalam.. mesti kau banyak sabar dengan kerenah aku kan? sorry sangat.. thanks sebab banyak tolong aku buat assignments, aku hargai sangat sangat.. kau jaga diri kat Kulai tu, jaga Ainkon kat Batu Pahat, jangan makan nasi ambeng banyak sangat, nanti kau lagi buncit, kalau perut kau cecah lutut, siapa nak tanggung? Ain jugak, haha.. err lagi satu, aku ada simpan lagi video meeting kelas kita masa part 2, alaaa meeting HOT tu, yang ada sesi nangis nangis tu, haha.. nie haaa adik aku tanya, kenapa kau bagi keterangan sambil jongkang jongket kerusi, tak penat ke? HAHAHA okay bye

Ainkon : yes gadis perasan kurus padahal peha dan lengan sama besar ! HAHA Ain ku sayang, sorry for everything okay? and thanks sebab suka printkan segala macam nota, mind map ape semua.. kau lah minah printer paling aku sayang, muahh muahhh.. kau ingat tak, dulu kau jenis tak stabil, jalan sikit jatuh, naik tangga jatuh, berdiri pun jatuh.. tapi lama lama kau pandai stabilkan diri kau, bagus Ain bagus, satu perubahan yang mendadak ! jaga diri lepas nie, cuti sem call call laa aku, macam dulu dulu.. sorry again :)

Jannah : engkau tak boleh lagi pandai ke Jannah? haha hey, terima kasih diatas segala ilmu yang kau dah bagi kat aku.. kau selalu ajar aku, banyak benda kau ajar.. kau pandai, pasal tu aku suka jadi pendamping kau ! haha sorry kalau ada salah silap.. kirim salam mak tau, cakap karipap makcik sangat sedap, sampai semester 5 aku teringat ! wakakakaaa.. Jan, semoga berbahagia bersama main entry dan added added entry yang lain, aku doakan kau bahagia lah :)

Faziana : awaaaakkkkkk yang selalu lambat reply whatsapp kite, kite nak minta maaf kalau ada buat salah ! terima kasih ajar kita macam macam, kita hargai sangat.. kita tau awak nie suka makan, banyak gila makan, kalau study group bawah kolej SB, awaklah wanita yang tak henti henti kunyah ! makan itu makan ini, tapi kite tak kesah sebab kite suka tengok awak makan, macam panda oh.. panda kan suka kunyah kunyah tak henti henti, hahah ! jaga diri okay, walaupun rumah awak dekat dengan rumah Siti Nurhaliza, tak semestinya bodyguard Siti nak jaga awak, haa fikirlah sikit, jaga diri sendiri okay?

Ely : iyeee Ely, kau paling tinggi dalam kelas ! aku tak pernah panggil kau pendek, tak kan? haha woi terima kasih sudi jadi penolong aku untuk menjaga kebajikan budak budak terencat akal kelas kita tu.. well penat kan jadi ketua dan penolong kelas rep? budak budak kelas kita tu semuanya perangai BAIK, haha redha jelaa.. Kalau kau kahwin dengan Hafiz Baharum, budak kelas B tu bagitau yee.. jangan lah sorok sorok kisah cinta anda, si Rashid tak kesah lah, dia pun dah ade capital FJ dia.. so chill ely, chill :D

Leesa : gadis berpinggang ramping seperti Anzalna, berwajah seperti Rozita Che Wan, mempunyai pinggul seperti Fandi Dandieyl, haha ! woi, thanks sudi jadi kawan ketawa aku sepanjang diploma, thanks sebab suka whatsapp aku siang malam pagi petang, memang aku suka whatsapp dengan kau seorang sahaja -.-' banyak rahsia kau dan aku kan kan? so kita simpan sampai bila bila yee.. kalau kau dapat degree kat Kelantan, jangan tergoda dengan siapa siapa pun tau? kau tunggu jelaa kekasih hati kau si budak Damansara tu, mana tahu angan angan 3 Januari kau akan termakbul mana tahu :D

Kak Sue : ibu tunggal paling sempoi, yeayyy yeyayy *tepuk tangan* HAHA.. Kak Sue, terima kasih untuk segala galanya.. terima kasih di atas ke-annoying-an Kak Sue yang tiada tolok bandingnya.. kita mesti rindu Kak Sue punya lesung pipit, rindu nak sakat Kak Sue, rindu nak tunggu Kak Sue siap, bagai nak tunggu permaisuri agung lah ! lagi satu thanks for the kipas tangan tu, haha.. sangat memberi manfaat dikala panas mencocok cocok dagingku.. terima kasih juga untuk memori sepanjang MDS, sangat rindu saat itu ! eh nak nangis pulak, okay bye tukar orang, next..

Sakinah : Kina oii, kau laaa budak perempuan yang selalu sakit ! dari dulu sampai sekarang, kan? haha takpe, aku doakan kau sihat selalu.. sorry kalau ada salah silap, kau selalu message aku dan aku akan reply "siapa nie?" HAHAHAHA sorry, aku tak save number kau, tak tahu laa kenapa malas sangat.. kau pun selalu tukar number phone kan? haaaaaaaaa siapa suruh.. haha Kina, thanks sebab volunteer nak jadi penolong class rep masa part 1, kau sangat berani, syabas Kina syabas :D

Syafiqah : eh sorry sangat sebab kau adalah budak kelas yang aku jarang borak, jarang tepuk tampar, jarang segala galanya lah ! terima kasih jadi orang tengah antara aku dan si ehem ehem tu, haha.. thanks jugak sebab selalu topupkan aku, kau sangat baik seperti bidadari beriman, eh?  haha jaga diri tau tau, lepas nie kalau ada rezeki masuk degree, aku nak kau ubah sikap kau, jadi seperti LEESA, dia sangat dan terlampau "pendiam" dalam kelas, jadi macam dia okay :)

Hidayah : oh si kerinting, aku akan rindu gaya ketawa kau seperti kuda itu ! haha maaf tau Dayah kalau ada salah silap.. kau lepas nie jangan selalu tak datang kelas, susah lah nak berhubung, duduk bilik jee buat apa kan? haha thanks sebab keluar dari kelas dan masuk balik ke kelas kami, terima kasih sangat.. nampak yee disitu yang anda sangat sayang pada kami, awwhhhh.. haha ! thanks for everything :)

Syifa : yaaaaa ini dia si bendahari paling tak jemu mintak duit ! aku pun tak faham kenapa kami semua nak dia jadi bendahari dari dulu sampai sekarang, mungkin sebab kami rasa dia sorang je yang boleh minta duit bukan dalam nada marah, tetapi menangis.. haha woi Syifa nie, kalau minta duit pun boleh mengalir air mata tahu? dia nie saing saing Wan Maimunah lah, senang sangat curahkan air mata, eh tak faham aku.. haha sorry sebab ter-tampar kau dulu ! terima kasih sebab banyak layan kerenah aku, sorry sebab selalu misscall kau dan kau jee kena call aku balik, wakakakaka... thanks sebab kau jee yang selalu daftarkan kelas aku, kau jee yang selesaikan SUFO aku, semua kau.. aku malas lah nak buat semua tu ! haha thanks tau pendek :)

Izzaty : yeahhh my beloved ex-wife ! haha sorry sebab ter-cerai kan kau, aku dulu tak tahu menahu yang kau masih simpan perasaan kat aku, hahaha.. weh jaga diri, thanks sebab sudi buat study group masa muda muda dulu, thanks for the ayam uncle bob, setiap kali study group, kau bawak, aku makan.. haha bagus ada bekas isteri yang mithali nie, rasa tak rugi ceraikan kau, eh? haha.. thanks tau and and minta maaf kalau ada salah silap :)

Iezy : budak nie konon konon anak hasil perkahwinan aku dan Izzaty, tapi sebenarnya kami tiada anak, belum ada rezeki.. Iezy nie anak tepi jalan, si Izzaty pergi pungut.. now dah besar budak tu, masing masing taknak jaga ! haaaa hahaha hey Iezy, thanks for everything.. thanks untuk memori One Segamat, memang cerita Aku Terima Nikahnya tu tak best, si gedik Syifa tu jee yang terhegeh hegeh nak layan ! adoimakk.. jaga diri tau Iezy :)

Nana : hey awek Nik ! muahahahaaaa kite nak terima kasih kat Nana untuk sepanjang Diploma nie, sorry kalau ada salah silap tau tau.. sorry sakat sakat, usik usik tu, simpankan jadi kenangan yee.. kite sedih bila awak cakap awak taknak sambung degree, tapi kita tahu itu mungkin keputusan yang terbaik untuk diri awak.. thanks sebab jagakan Nik untuk kite, eh? haha weh kalau si Nik tu buat perangai, hang kasi starlight jee dahi dia tau tau, bye Nana :)

Nabilah : haipp haippp komander ! haha kau sejak jadi awek Firdaus Naim, kemain berseri seri wajah, apa rahsianya? haha Bella, sorry tau kalau ada salah silap.. sorry sangat sangat ! nanti kalau kahwin dengan Naim, bagitau awal awal laa.. senang aku nak tempah satu pasang baju komander, mengikuti tema laa katakan ! haha terima kasih tangkap gambar dengan kita then upload then tag kat kite, alaa gambar ENT tu.. thanks yee :) harap si Naim tak jealous ! 

Ain Cici : another komander, entah apa yang best komander, aku pun tak tahu ! haha woi Cici, kita makin rapat since kite repeat paper kan? haha nampak tak aku bangga sebut perkataan repeat tu, well, pasal repeat lah aku and Cici macam couple ! thanks sebab banyak tolong aku dalam segi study and thanks sebab blushing kan aku dalam library dengan sesi luahan hati kau kat aku.. HAHAH tak sangka kau suka aku dulu yee? sorry laa, masa part 1, aku mana kesah sangat pasal hati dan perasaan, ceewah.. haha apa apa pun terima kasih lah sebab syiok kat aku, aku kadang kadang riak pulak, ya-Allah :D

Haifaa : haaaa ini pun pendiam, susah nak berborak dengan dia nie.. tapi once dah berborak, aku pulak yang penat nak layan ! Haifaa, kite minta maaf kalau kite ada buat salah kat awak, biaselah manusia kan, mesti buat silap ! haha sumpah tak tahu nak cakap apa sebab kita tak rapat dengan awak, hmm sorry and thanks for everything, hope can see you again :)

Azwa : ini dia si tweet-famous, saja nak kalahkan aku dalam segi mencari populariti dalam alam cyber ! haha Azwaaaaaaaaaa, thanks sebab jadi kawan kite.. yelaa mana ada tweet famous nak kawan dengan HOT STUFF macam kite, awak jee yang nak, haha.. sorry tau sebab selalu santau awak, sampai terbatuk batuk dalam kelas.. santau tu saja saja jee, kite nak test power ! so kite pilih awak untuk jadi mangsa kite, wakaka.. kalau kahwin dengan Naim, jangan kahwin lari yee, eh? bye Assalamualaikum :)

Sariza : adoii penat jugak type, kenapalah classmates aku ramai -.-' eh haaa Sariza, badut jadian dalam kelas ! kau suka buat aku ketawa tak henti henti.. kau tahu tak ketawa berlebihan boleh menyebabkan hati kita hitam? haaaaa takut tak? haha tapi fun laa kawan dengan kau, kau tak cakap apa apa pun dah lawak sebenarnya, macam mana laa balak kau boleh hidup dengan kau, aduh ! jaga diri tau Sariza, aku nak kau jadi classmate aku masa degree nanti, haaa nak tak nak tak? sorry kalau aku ada terkutuk ke apa, sorry tau :)

Wawa : hai awek Azariq, bertemu kita lagi ! haha adoi wawa wawa, kau lah gadis paling annoying selepas Kak Sue, kau tahu? kau suka buli aku dengan kata kata kau, tapi lepas kau couple, annoying kau makin kurang.. kena kongkong ke apa? haha Wawa, sorry tau kalau aku ada salah silap.. minta maaf sangat, bukan sengaja, tak sengaja.. thanks sebab sudi dengar masalah dah rahsia aku, jaga rahsia pasal F aku tu tau tau ! kalau tersebar, aku gunting rambut kau, biar jadi macam rambut Azariq.. haaa kau nak ke? taknak kan HAHA

Wani : ouchh gadis perasan cantik, haha takde lah.. kau memang cantik di hati aku Wani oii ! thanks sebab jaga aku sepanjang kelas repeat dan kelas drop, walaupun kau tinggi paras pinggang aku, kau cukup kuat untuk menjaga aku, haaaa hebat tak hyperbola aku? HAHA Wani wani, kau masa part 1 suka kat Rashid ek? haha okay malas nak bukak cerita lama.. tapi mana gambar kau dalam KTM dengan Rashid, siap pakai topi, kepala baik punya landing atas bahu Rashid? mana.. mana? hahaha okay sorry ter-sakat kau, aku rindu kau tau wani, jaga diri, degree nanti jumpa :)

Herdayani : oh my lovely pumpkin Izara Aisyah ! haha woi kau Nurul, aku suka panggil kau Nurul, biar lantak apa orang nak cakap.. kau baik dengan aku, kau suka buat aku gelak, kau suka acah acah ber-drama dengan aku, kau suka pergi kenduri kahwin dengan aku kat IFC ! hahahha.. thanks lah jadi kawan aku even hanya 1 semester kita bersama, cintaku padamu tak akan pudar, haaaaaaaaaa muntah.. jaga diri tau Nurul, aku harap degree nanti kau akan jadi seperti Primadona kelas atasan, dengan beg Gucci di lengan, lipstick merah menyala, naik Fairlady dan couple dengan Nazhis, fuhyooo pasti gempak :D

Fatin Qamar : haha aku tak tahu kenapa aku mesti gelak dahulu sebelum type apa apa ! kau nie kelakar lah Qamar, kau couple dengan Fandi, sikit tak bagitau.. scandal dengan mamat arab syria mesir semua, kau heboh hebohkan, apelaaa.. jap, Fandi tu tang mana macam Arab? haha okay abaikan.. Qamar, maaf tau kalau ada silap salah, halalkan ape jee yang kau bagi kat aku.. sorry for everything, wee :)

yeayyyyyyy

tamat sudah kesemua classmate aku, phewww bapak penat ! macam jawab essay time final kau tahu? by the way, terima kasih kawan kawan.. thanks for everything, aku doakan kite semua akan berjaya walau apa jua jalan yang kita pilih.. bagi sesiapa yang mohon degree, good luck.. siapa yang taknak sambung degree, selamat menjalani kehidupan seterusnya yee.. seperti Syakir cakap, kita bertemu kerana Allah dan kita berpisah juga kerana Allah, mohon tidak simpan segala dendam atau masalah, kita semua kawan dunia akhirat, InsyaAllah :)