Followers

Monday 26 September 2011

dua










kenapa dengan dua?
dua awek? dua mee kari? dua basikal?
tidak tidak
ini adalah kerana....

HANYA TINGGAL DUA PAPER SAJA LAGI ! 

tarikh nye adalah seperti berikut

7 oktober 2011 : media application
8 oktober 2011 : promotion

wooohooooo, doakan saye okay ! 
dahbyebye :)


Wednesday 21 September 2011

weird !

setiap manusia tidak lari dari membuat salah dan menerima masalah, so do i..
assalamualaikum..

entry kali nie aku buat khas untuk dua sahabat karibku.. tidak perlu mention nama mereka, mereka akan terasa entry ini untuk mereka jika mereka membacenya.. kau kawan aku weh, sumpah kau kawan aku ! nak specific lagi? okay kau senior aku.. aku sayang kau doh, aku suke kawan dengan kau, aku suka cara layanan kau kat aku sebelum nie.. banyak kau dah tolong aku, lebih lebih lagi this semester ! but ape yang kau dah buat kat hidup aku sehari dua nie, buatkan aku rase aku menyesal ade kawan macam kau !

you know why? 

sebab kau selalu stalk about my personal life, personal things.. dulu mase kau tanye aku macam macam soalan, aku just jawab je weh coz aku rase kau nie senior aku, tak mungkin kau nak lebih lebih macam ini.. but this too much ! kau babitkan kawan baik aku, kenape weh? kalau selame nie kau stalk aku just kerana kau nak aku and kawan aku tuh bergaduh, okay kau berjaya ! kau dah musnahkan hubungan kami ! kau dah buat aku dengan dye jauh.. jauh sangat ! as a senior, you must show the true color of yourself for me to follow.. the positive one, not the negative ! mula mula kau stalk aku, tanye macam macam, kau janji kau tak cakap kat sape2, it between us ! but now? eh come on, tindakan kau nie seriously dah kikis kepercayaan aku kat kau..

for my best friend,

if you really my true friend, this problem never happen ! kau baru dengar cerita dari mulut senior tuh, kau terus taknak layan aku.. kau terus jauhkan diri dari aku.. kau terus tak text, call aku.. senang cerita kau terus hilang dari hidup aku ! kau tuh kawan baik aku, tak senang aku nak terus lupekan kau.. bile aku tanye kau kenape kau jadi macam nie, kau cakap nothing.. kau okay.. kau dah malas nak fikir.. tapi kau tau tak, ia melibatkan aku sekarang? selagi aku tak dapat jawapan kenapa kau berubah macam nie, aku tak akan senyap.. aku just nak tau, adakah aku ade kaitan dengan ape yang kau dengar dari senior tuh !

listen here both of you, 

aku sayang kau dan kau ! aku suka kawan dengan kau dan kau ! aku nak korang ada kat sisi aku sampai aku grad.. tapi kalau pasal bende nie buat kita bertiga bermasam muka, disaster kan? aku taktau siapa yang perlu disalahkan.. maybe salah aku coz terlalu senang bagi maklumat kat orang and now, it's getting worst.. aku pelik, kenapa kita bertiga boleh jadi macam nie sedangkan kita okay sebelum nie ! kalau si senior ada masalah dengan kawan baik aku tuh, kenape kene libatkan aku? kalau aku yang buat masalah, kenape taknak face dengan aku je.. kenape kene libatkan orang lain? it's not about betrayed or what, it's about what is actually happend between us.. masing masing dalam mood final exam, kenape bende macam nie kene jadi !

for the conclusion,

aku harap bende nie akan settle cepat.. aku nak senior and kawan baik aku yang dulu ! i really miss the old one, both of you.. anda tahu ke tidak yang masalah sebegini boleh rosakkan mood study kita semua? aku tak sangka time final macam nie, Allah duga kita bertiga dengan dugaan yang aku rase, sangat susah untuk kita terima.. kalau kita perlu open table, bincang pasal nie, aku terima sebab aku taknak bende nie makin teruk.. okay bye, assalamualaikum ~

Monday 19 September 2011

done :)

dup dap dup dap dup dap *bunyi jantung !

haaa begitu cuak bukan?
hanya takut untuk menjawab first paper
haihh paper BEL311 pulak
entah
kenape laa hati nie berdegup jee
nak kate tak prepare, tak study
tipu lah !
dah dua hari kot bertungkus lumus buat revision
takpe lah, ade hikmah kot

first day paper final on monday
everybody say YUCKS !
kene pakai baju formal, alahai
lemah lemah !
but it's okay, kau nampak handsome ayie oi
kalau mak tengok kau pakai kemeja seluar slack bagai
perghhh, mesti mak terus bawak kau pergi shopping *i hope so :D

bile pengawas exam tuh kate boleh start
aku mulakan dengan doa
bukak perlahan perlahan kertas soalan
okay, jom jawab !
.................................................................................. *masa berlalu dengan pantas
okay, done ! 
yeayyyy yeayyyy dah siap :)
now, tawakkal je okay ! 
insyaAllah keputusan untuk paper nie akan setimpal dengan usaha kau ayie

GOOD LUCK FOR YOUR SECOND PAPER ^^

Sunday 11 September 2011

ini adab !

wee wee wee wee wee wee wee wee, okay enough !

semua orang diajar dari kecil lagi tentang adab kan? tak kira laa adab makan ke, bercakap ke, bergaul ke.. as long as ADAB ! memang laa semua manusia tak perfect, tapi kita boleh cuba kan untuk jaga adab kita.. kalau selalu practice in our daily life, tak susah rasenyer untuk menjaga adab :)
hari ini hari yang dull gak bagi aku.. you know what, our presentation today is the worst presentation ever ! why? sebab ada dikalangan hamba Allah telah menggunakan slot Q & A (question & answer) sebagai salah satu platform untuk mereka tanya soalan soalan bodoh + soalan merapu + soalan cari nahas + soalan yang nak menjatuhkan si presenter ! kenape doh perangai tuh wujud dalam diri kalian? mana adab bertanya? mana adab bercakap? jangan lah biadap weh, kami present assignment kami sedaya upaya, nak dapat markah untuk backup final exam, korang senang senang tanya soalan bodoh yang tak mampu kami jawab.. last last, kumpulan kami kene potong markah.. suka?

as a classmate i think, you should support your friends ! bukan nak jatuhkan kami.. nak tanye boleh, seorang manusia pun tak boleh halang coz itu hak masing masing.. tapi kalau dah tanye soalan yang cendekiawan pun gagap nak jawab, tolong lah ! memang siapa yang tanya banyak soalan, akan dapat markah lebih untuk diri korang.. tapi please fikir pasal orang lain gak.. jangan nak maju + pandai + lulus sorang je, kita kan nak berjaya sama sama.. kalau budak lain boleh tolong each others, why not you guys? 

kami terasa? kami marah? kami sakit hati? yup absolutely.. tapi aku jenis yang biarkan jelaa, bende dah jadi.. nak meroyan mengamuk sekalipun, markah dah diberi.. tawakkal jelaa terima keputusan lepas nie.. i hope my entry this time didn't effect your emotion and i'm sorry if sesiapa terase jika baca entry nieh ! whatever it is, adab itu penting.. kalau awak bergurau, jaga lah adab bergurau ! jika nak bertanya, jaga lah adab untuk bertanya supaya tidak menyakitkan hati mana mana pihak.. sekian, terima kasih ~

Thursday 8 September 2011

tired !!

assalamualaikum ~

ya-Allah, ujian dan dugaan silih berganti ! makin nak final, makin banyak bende terjadi.. hati tak larat, badan lemah, kepala sakit.. kuatkan lah aku ya-Allah, makin penat untuk harungi semua nie.. kesabaran senipis kulit bawang, tebalkan lah ia setebal mungkin.. nak mengamuk, nak menjerit, nak meroyan tapi seperti tiada guna ! hanya hati yang tahu bagaimana situasi sebenar.. mungkin orang sekeliling mampu menjadi tempat meluahkan perasaan tapi mereka tetap tidak dapat duduk di tempat kita.. sejuta orang mengenali kita, tapi hanya kita seorang yang mengenali hati ini.. dear heart, be strong ! just a few days to go, then all gone.. face it with your smile ayie, even you wear a fake one !

assignment makin penghujung sem makin bertambah, kenape? tipu kalau insan yang lemah nie tak salahkan lecturer kerana assignment hanya datang dari manusia yang bergelar lecturer je.. but, bila fikir balik it for our own good ! sometimes rasa nak give up dah capai tahap maksimum, lepas satu, satu lagi datang.. satu belum siap, satu lagi muncul ! nak salahkan siapa? buat assignment awal pun, tetap beratur yang lain.. lagi laa buat last minute :(

bila bicara pasal test, lagi pening ! dalam sehari ada 1 test, ape itu? nak focus yang mana? nak baca yang mana? kami nak score semua, tapi.. so kalau tak dapat pegang markah yang tinggi untuk mana-mana paper, salah kami ke?

perangai lecturer, nampak indah dimata, tapi disaster dalam hati ! bukan niat meng-aibkan sesiapa, ini luahan hati.. ini antara perangai seorang lecturer yang dari awal sem sampai nak penghujung sem, kami satu kelas bersabar..

- batal kelas sesuka hati
- buat kelas ikut masa dia
- tak cakap apa apa, tapi tiba tiba marah sambil cakap.. "kan saya dah bagitahu hari tuh"
- selalu salah ajar silibus
- suruh buat presentation belambak dalam seminggu
- bagi banyak kerja, tapi last last takde apa apa pun
- selalu salahkan pelajar
- suka mengamuk and menangis tanpa sebab
- suka buat test tiba tiba

mungkin yang baca nie rasa, normal laa.. nama pun student university.. kenapa korang cakap macam tuh? sebab bukan korang yang alami.. at first dengar dari senior tentang ini, aku pun tak percaya.. then bila alami sendiri, rase menyesal sebab tak percaya ! kami student hanya bersabar dengan segala perlakuannya terhadap kami.. dalam seminggu, empat hari kelas dye ! setiap hari lah kene bersabar :(

awak awak sekalian, tolong doakan aku & kawan kawan kelas aku dapat bersabar tempuh bende nieh ! lagi berape hari jee sebelum study week.. bagi laa kmai semua tempat yang selesa untuk bernafas dan bergerak... terima kasih ~

Friday 2 September 2011

Eid 2011


selamat hari raya woii woii
now sudah raya ke-4
raya kali nie little bit bored
don't know why
sebab shopping raya last minute ke?
sebab dapat cuti raya seminggu ke?
sebab kuih raya kegemaran tak dapat?
entah weh

*************************************************





sabtu & ahad before raya
shopping lah weh !
what can i say, weeehoooo ;D
this year shopping sikit je
just jeans and sepasang baju melayu
PINK weee wuuuu
pilihan warna secara on the spot
looks beautiful, so rembat sajaa
tired? bored?
tolak ketepi, asalkan dapat shopping 
area subang and shah alam je
tak payah nak pergi eropah, indonesia bagai :)

************************************************************




hari isnin, hari gotong royong di kampung
masak lemang, rendang, lontong
rebus ketupat
pasang langsir, tukar sofa, beli carpet
fuhh, everything for kampung !

whole day ke hulu ke hilir
layan kerenah anak sedare
layan movie astro
layan ayam, itik, kambing
ade laa sikit suasana raya !

************************************************************









first day lebaran
bangun pagi, mandi, breakfast, go solat aidilfitri
then sesi tangkap gambar
salam bermaaf maafan with whole family
from my grandmother until the cicit one
time nie lah elok untuk berjimba ria
HAHAHAH

then petang sikit, jalan rumah ke rumah
beraya rumah jiran di kampung
wuuhuuuu
syok lah ! macam konvoi weh
pengumpul duit raya tegar sudah menjalankan operasi
heee, selamat menjalankan tugas wahai kanak kanak :)

***********************************************************







raya kedua di segamat, johor !
setelah beraya di negeri sembilan
fuhh penat :)
kali nie bantai main mercun
segala jenis mercun aku rase
dari ketupat, pop pop, bola, katak, roket
fuhhh, nak tercabut telinga menahan dentum dentum !

raya ke-3
selepas breakfast
packing barang
pulang ke putrajaya
terlalu awal? memang pun
pasal itu laa raya kali ini macam gitu gitu jee
whatever it is, we still enjoyed and laugh together :)

PICASA raya



ini ajelah post raya untuk kali ini
gabungan gambar yang memberi 1000 makna
more entry bout raya after this
just wait okay stalker :)