Followers

Friday, 26 August 2011

ramadhan rumah raya

bismillahirrahmanirrahim ~

minggu yang penuh dengan dugaan, ujian, cabaran ! badan harus kuat, emosi harus stabil, kesihatan harus terjaga.. kadang kala, perasaan putus asa sering terjadi ! terlalu cepat mengalah, menangis, lemah dengan segala tindak tanduk manusia sekeliling mampu membuatkan hari yang pada mulanya dihiasi pelangi indah, bertukar menjadi alam yang gelap gelita..

RAMADHAN - bakal meninggalkan aku, meninggalkan kita, meninggalkan tahun ini ! lagi beberapa hari, ia akan pergi.. adakah cukup amalan aku sepanjang bulan mulia ini? tepuk dada, tanya lah diri sendiri.. mengharungi hari hari puasa di kolej telah mengajar aku supaya terus berdikari di atas bumi tuhan ini.. bukan semua situasi kita harus bergantung kepada orang, adakala kita kena melangkah menggunakan kaki sendiri.. erti kesabaran, erti kepenatan, erti kesyukuran telah aku sematkan sedalam mungkin di hati ini..

RUMAH - Alhamdulillah, selamat menjejakkan kaki ke rumah ! selama 3 minggu tidak melihat segenap sisi ruang rumah, akhirnya aku berjaya keluar dari kepompong kolej.. tempoh 3 minggu terlalu lama bagi aku yang tidak pandai untuk menetap di sesuatu tempat asing terlalu lama.. rumah adalah tempat untuk aku bergerak bebas, tempat untuk aku melahirkan segala perasaan yang lama terbuku di dada.. bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan aku sebuah rumah yang indah, dilengkapi penghuni rumah yang sangat sayang kepada ku.. besar sungguh nikmat-Mu !

RAYA - bulan dimana aku dan seluruh umat Islam berpakaian baru, memakan kuih muih, melawat sanak saudara, menyanyikan lagu lebaran.. sungguh indah bulan ini ! setelah berjuang mempertahankan nafsu dan memperkukuhkan iman, tiba masanya meraikannya.. aku berharap, raya kali ini lebih bermakna dari raya yang sebelumnya ! semakin usia meningkat, semakin ramai kawanku.. semakin ramai kawan, semakin banyak dosa yang telah aku buat terhadap mereka, kecil besar itu terserah kepada Allah.. oleh itu, maaf dari hujung rambut ke hujung kaki aku pinta kepada semua kenalan diatas segala tindak tandukku yang negatif sepanjang perkenalan kita.. manusia tidak lari dari membuat silap, tetapi aku cuba untuk tidak melakukannya !

*bahasa di atas tidak seperti bahasa di entry yang lain.. mengapa? saje, tukar mood :)

Tuesday, 23 August 2011

what the...

yaww yawww

macam mana puasa setakat nie? ade yang tertinggal? hadoii, jangan laa ponteng weh.. budak sekolah rendah pon semangat tau takk..

lately macam macam kejadian berlaku ! no one know why, so scary.. haha ! takde laa serious mane, just tiba tiba one day, satu UITM takde electric.. why? entah laa.. kejadian berlaku jam 7 petang, dah nak berbuka tau takkk.. lampu takde, kipas takde, microphone masjid  nak laungkan azan pun takde ! so macam mana kami nak berbuka kalau tak dengar azan, kampus dah laa dalam hutan tau takk ! so kami agak agak jee dah berbuka, dalam pukul 7.30 dah start makan.. fuyooooo, candle light dinner pulak ! untung roomate aku ade sebatang lilin wehh, sebatang je ! kebetulan bukan? haha.. letak laa lilin tuh tengah bilik, makan laa kami ber-empat.. dengan panas, peluh menitik nitik..






today (23 ogos 2011), air pulak takde ! apahal dohh.. kes elektrik takde pon belum hilang trauma nyee, datang pulak masalah nieh.. UITM nak prank mahasiswa mahasiswi ke? ke tak bayar bil air elektrik? pagi tadi sempat mandi, alhamdulillah.. sampai ke petang, macam macam kelas dah pergi, panas terik peluh semua.. lepas berbuka tadi nak laa mandi, NAH HAMEK setitik air pun takde ! alahai kelakar laa.. badan aku dah gatal gatal, tolong laa paham :(

so, aku dah tak larat nak duduk kolej dah ! wanna go back, ohh putrajaya.. miss all my stuff and my family there :( jumaat nie aku nak balik cuti raya, bye bye segamat.. bagi aku masa nak spent time and date with my lovely putrajaya.. haha bye adios ~

Monday, 22 August 2011

few more days

beberapa hari lagi
Ramadhan akan meninggalkan kita
it's about 8-9 more days
sedih bukan?
bulan mulia nie hanya sebulan dalam setahun
kalau dipanjangkan umur
insyaAllah dapat jumpa Ramadhan lagi..

nanti sure akan rindu nak berbuka
nak sahur, nak pergi bazar
nak pergi tarawikh
nak tahan perut, nak jauh dari kedai makan
hmmmm

dalam beberapa hari jugak
Syawal bakal menjelma
seronok bukan?
setelah berpuasa, tiba sudah menyambut raya
bulan yang paling best
bulan yang boleh merapatkan hubungan yang jauh
bulan bermaaf maafan
bulan yang penuh dengan keriangan

baju kurung, baju melayu pelbagai warna
kuih tart, kuih bangkit, kuih almond london
ketupat, lemang, rendang
lagu raya, movie raya
sangat suka :)

" sedih meninggalkan Ramadhan, gembira menyambut Syawal "

Sunday, 21 August 2011

sweater hijau








siapa nak tau !
tadi F pakai sweater hijau
okay, awak comel sangat sangat
bile awak tegur saye, okay saye speechless
nothing to say
you are so cute !

when you in green
i hope your are in a peaceful situation
yes
awak sangat cute bagi saya

F = hijau = F
:)

Saturday, 20 August 2011

ALHAMDULILLAH

bismillahirrahmanirrahim ~

baru beberape minit tadi, aku ade post pasal F text something kat aku.. secara tiba tiba ! aku taktau ape salah aku, ape yang aku dah buat kat dye.. tapi aku tak melenting, aku tak marah.. aku ikot ape yang dye mintak, mungkin semua nie ade hikmah.. tipu kalau aku tak sedih ! aku sedih sangat bila orang yang aku sayang, yang rapat dengan aku, hantar text yang macam tuh kat aku..

aku terus lemah, mood nak study melayang pergi, mate terus kabur.. air mata dah mengalir, ya-Allah ! kuatkan lah aku.. sekali lagi aku di uji, aku diberi dugaan ! aku berpegang dengan kata kata "Allah tak akan berikan dugaan jika Dia tahu hambanya itu tidak dapat lalui".. so, dugaan yang Allah berikan kat aku nie, aku cuba get through.. tiba tiba seorang kawan berpangkat abang IM aku kat facebook, kate malam ini (21 ogos 2011) kemungkinan adalah malam LAILATUR QADAR.. abang minta aku lebihkan beribadah :)

dengan dugaan yang datang dan pesanan abang tuh, aku terus bangun dari kerusi, meninggalkan nota yang sedang aku baca untuk pergi mengambil wudhu'.. terasa sejuk air disapu, hingga ke tulang rasanya ! terus mendapatkan sejadah, menunaikan solat hajat.. ya-Allah, dingin nya suasana malam ini ! aku doa dengan bersungguh sungguh, pertama kali rasanya aku berdoa sedemikian.. Alhamdulillah sekali lagi, hati aku terus tenang..

selang berape minit, F call aku.. secara tiba tiba ! aku terkejut.. F meminta maaf diatas perbuatan dia sebentar tadi, rupanya dia juga mempunyai masalah.. ya-Allah, dalam masa yang singkat, segala benda terjawab ! aku yakin, doa aku sebentar tadi sudah dimakbulkan Allah.. 

esok ( 21 ogos 2011), aku akan menghadapi test IMD 206.. sudah dua hari aku study, insyaAllah esok aku akan keluarkan ape yang aku baca, hafal dan faham ke atas kertas soalan itu.. doakan aku yaa kawan kawan, semoga aku dan yang lain dapat menjawab test esok dengan tenang dan jayanya :) ya-Allah ya tuhanku, aku memohon kepada-Mu, kau tenangkan lah hati kami, kuatkan ingatan kami dan kau lancarkan perjalanan test kami esok.. berikan kami kelulusan dan kejayaan yang setimpal dengan usaha kami, amin yarabbal alamin ~

apa apa yang jadi, insyaAllah aku akan cuba untuk terus senyum !






tak faham :(


"jgn cari sy lg.."
 
 saya tak faham kenapa awak hantar text nie kat saye
saye ade buat salah ke?

awak, maaf :(

saya akan ikut permintaan awak nie
thanks for everything
i still miss you :'(

ragam bosan :)


















Friday, 19 August 2011

look at this !

good morning world !

here is my list of assignment that i should complete it before our study week, about 3 week later !

MINGGU INI

-test HTML
-test IMD 206
-assignment 152 (individual)
-past sem IMD 206

MINGGU SEBELUM CUTI RAYA

-test IMD 202
-assignment event (jumpa librarian)
-group project IMD 202 (final)

MINGGU NAIK CUTI RAYA

-HTML group project
-macromedia group project
-macromedia individual
-IMD 206 (final group project)
-group assignment IMD 152


KAU TAKOT TAK ! =.='

Thursday, 18 August 2011

api bertemu api

happy friday's everyone !

entry kali nieh, wanna talk about my friends.. yeahh my best best friend ! tapi, ape guna title "best" kalau pasal perkara kecik pun nak gaduh.. WEH, kau kawan baik aku.. kau pun same ! dah kalau dua dua gaduh, masam muka, remove friend dalam facebook semua, korang expect aku nak buat ape? aku yang kat tengah tengah nieh rase tersepit wehh, nie dah sesak nafas haaa... suke? please woii, don't act like a kids.. matured lah, bende boleh settle kot.. yang nak panjang panjang kan hal nie kenapeeeeee

listen here, kalau kau api, kau pun api.. macam mana nak reda marah tuh ! one of you kene laa mengalah, get rid your ego.. sorang jadi laa air, tenangkan si api tuh.. memanglah susah nak mengalah, but try.. tak salahkan cuba? okay kalau kau taknak fikir diri sendiri, cuba fikir aku nie haa.. seorang budak yang tersepit kat tengah tengah antara korang berdua.. jap lagi berbuka, aku nak pergi bazar ngan sape? kalau pergi ngan A, si B terase.. kalau g ngan B, si A terase.. penat laa macam nie, kalau baik baik kan senang.. dua dua follow aku g bazar..

dah dah, aku harap bende nie settle cepat ! tired wehh :(

awak !

YES AWAK !

saya nak buat pengakuan nieh
kalau awak nak tau
saya tak akan pergi kelas atau tidur dengan selesa
if tak nampak muka awak
tak call awak
ataupun tak dapat text dari awak

that's why
setiap hari saya akan text awak
dan mengharap yang awak akan reply text tuh
sometimes awak reply and sometimes not
saye tak marah
saya tak sedih
tapi saya akan sentiasa berdoa yang awak akan cepat respond

even kita hanya kawan
awak kene tau yang saya pernah suka awak
so, saya tetap akan layan awak macam dulu dulu
macam masa kita nak kenal hati budi tuh

esok (jumaat,19 ogos 2011)
awak ade test culculus kan kan?
okay saya doakan awak dengan kawan kawan awak dapat jawab tau
saya takkan ganggu awak malam nieh
bagi awak study betul betul
nanti dah habis test
saya call awak :)

awak awak
awak tuh F, saya pun F
awak suka air soya, saya pun suka air soya
awak layan taufufa time berbuka, same goes here !
dari masa ke semasa
saya nampak persamaan kita
sweet gila ! 

okay dah bye
i always miss you lahh F :)

Sunday, 14 August 2011

a day with anak yatim :)

bismillahirrahmannirrahim !

tanggal 13 ogos 2011, aku telah diajak untuk join satu trip ke sebuah rumah anak yatim di Muar, Johor.. at first, macam macam yang aku rasa.. taknak pergi laa, penat laa, malas laa.. tapi pada masa yang sama, perasaan nak berjumpa anak anak yatim nie membuak buak ! ini first time aku ke rumah kebajikan macam nie, actually aku dah lame nak jejak kat rumah kebajikan macam nie.. maybe ini rezeki aku yang Allah dah tetapkan..

dalam pukul 7.30 pagi, kami berkumpul di depan admin untuk mendaftar dan bersiap nak masukkan beg semua dalam bus.. trip nie sehari jee, so aku akan gunakan masa yang ada dengan anak anak yatim tuh.. kami semua sampai di sana dalam pukul 9.30 pagi dan disambut mersa oleh budak budak tuh ! semua comel, muka mereka terlalu ceria menyambut kami.. okay, wanna cry that time :')







dah breafing semua bende kat anak anak yatim tuh, mula laa segala permainan ! yeahoooo, fun sangat.. kami main banyak game, lihat budak budak nie gembira, gelak ketawa.. hati nie rase tenang jee :) selepas solat zohor berjemaah, ade 1 slot dimana kami para peserta diberi beberapa adik angkat untuk mengenali mereka dengan lebih dalam.. saya, AHMAD NUFAIRI dapat dua orang adik angkat iaitu, SHAH & YUSRY ! mula mula malu laa, sepatah ditanya, sepatah dijawab.. tapi lame lame, keseronokan makin terase.. masing masing dah mula sporting, kami menjadi sangat rapat..


 this is YUSRY
standard 5
sudah tiada ayah, tinggal bersama ibu
seorang yang sangat humble, suke gelak, pandai berkata-kata



ini SHAH ! 
tingkatan 2 tahun ini
juga tiada ayah, tinggal bersama ibu
suka bergurau, suke ketawa, sangat humble, memang pelawak !

so kawan kawan, mereka inilah adik angkat saya ! comel kan.. memanggil aku, abang fairi, sudah cukup buatkan mereka rase seperti memanggil abang kandung.. perbualan selama 30 minit bersama mereka telah bagi aku satu kesedaran tentang erti kasih sayang.. macam macam cerita mereka kongsikan, pengalaman di sekolah, di asrama, di rumah cukup menghiburkan hati aku.. waktu berbuka hampir tiba, makanan dan minuman sudah disediakan.. ketika menunggu azan berkumandang, muncul kumpulan ASTRO OASIS di sini.. anak anak yatim gembira sekali lagi apabila ternampak artis datang ke kediaman mereka.. ada budak AF (akim, toi, idayu), ada imam muda, kumpulan VE dan ada kumpulan JAMBU (RAJA LAWAK).. kami berbuka malam itu bersama artis dan anak yatim, murah sungguh rezeki semua orang :)







after tarawikh prayer, kami bertolak balik ke UITM.. sebelum melangkah keluar, kedua adik angkat tarik tangan aku..

"abang abang"
"kami minta maaf kalau ade terkasar bahasa tadi"
"insyaAllah kami akan belajar bersungguh sungguh"
"kami nak tunaikan janji kami nak berubah satu hari nanti"
"abang jaga diri ok"
"abang abang, nak number phone & nama FB"
"nanti kami call & text abang"

air mata dah nak keluar, tahan ayie.. tahan ! selepas peluk kedua adik angkat, aku terpaksa melangkah pergi.. hanya kelihatan lambaian tangan mereka sehinggalah aku naik bas.. kepada shah & yusri, abang doakan adik abang nie berjaya dalam study, dapat keputusan cemerlang, jadi anak yang soleh.. adik jangan degil kat asrama tuh, dengar cakap penyelia.. jangan gaduh gaduh, jaga diri ! abang sayang korang..







INI SEDIKIT VIDEO UNTUK KALIAN, SELAMAT MENONTON ~

video

Saturday, 13 August 2011

EMBUN's theater

sorry guys for the late entry, yeahh very late !

okay blog dah bersawang, berselerak.. perlu dikemas kembali.. haihhhh ! meng-update blog nie bukan semudah menggoreng cekodok.. ia memerlukan cerita, kesabaran dan masa yang sesuai, BARU NGAM ! haaaaaaaaa..

for this entry, i wanna talk about my best ever and ever event this semester.. that is, TEATER EMBUN ! for your information, i started get involved in this field since semester 1 and its getting serious until now. for the latest event which is happend in 9 august 2011, aku telah diberi kepercayaan untuk membawa watak seorang bapa yang tegas, bapa kepada Embun itu sendiri.. see, how big my responsibility? haha.. latihan saja sudah mengambil masa selama 2 minggu dan setiap kali latihan, kami bermula pada pukul 10 malam (selepas tarawikh) dan habis dalam pukul 2 pagi, setiap hari  ! hmmm, sounds violent right? haha..

9 august telah tiba, jantung berdegup seperti mahu pecah dada ini menahannya ! crowd semakin ramai dan bising, melaungkan nama kami si pelakon.. saje jelaa tuh, nak meng-nervous kan kami :) and finally, alhamdulillah.. everything goes as planned, everyone happy ! yeayyy.. this theater actually combined 3 department into one, that is theater, singing and dancing.. we are like big family, who are together make that night like our night, PAC's night ! here, some photos and please please enjoy it :)














here, the co-director of this theater with our great actors :)




enough for now, bye bye peeps ~