Followers

Saturday 2 November 2013

BERUK


now playing : Kau Yang Bernama Seri
mood : segar

HAHAHHHAHAHAHA

dah lama tak update blog. tiba tiba kali ni terpanggil nak menaip kat sini. sebelum panjang lebar, apa khabar semua? harap sihat jee. maaf sebab dah lama tak update entry entry baru kat sini. mungkin keinginan nak ber-blogging ni dah makin kurang, tapi jangan risau, aku tetap akan update bila aku rasa nak. okay?

macam ni cerita dia, tadi aku berpeluang layan Akademi Fantasia 2013. bukan selalu aku dapat layan program ni sebab selalunya depa tayang time Ahad malam. masa tu aku dah menepek kat rumah sewa kat Segamat tu sebab esoknya kan Isnin, aku ada kelas. aku ni masih seorang pelajar *kuis kuis tanah*. kali ni Astro tayang benda alah ni hari Sabtu malam dan kebetulan aku balik Putrajaya sebab cuti Deepavali dan Awal Muharram. so baguslah, boleh aku sokong jerit jerit nama Faizul, aku pasti dia akan masuk final, weeeee.

pasal AF lah, terbit dalam sanubari aku ni nak update blog. tadi lepas si Faizul buat persembahan, tibalah saat si pengkritik pengkritik tu bagi komen. aku kurang suka ayat ayat yang keluar dari mulut si Roslan Aziz tu. aku ni bukanlah gemar sangat kat si Roslan ni sejak program Malaysian Idol ke apa dulu, pasal diri dia pun aku takde lah semangat nak ambik tahu, yang aku tahu dia ni bekas suami Sheila Majid. tu je. nothing more. dia ni dikenali sebagai 'pengkritik mulut laser' sebab ayat ayat dia semua peehhhhh. Hattan pun mulut laser, tu Kak Ogy pun mulut laser, tapi takde lah teruk macam Roslan Aziz. bagi aku laa.

boleh pulak dia komen, penari yang ada atas pentas time Faizul buat persembahan tu beruk? beruk? like seriously dia panggil manusia tu beruk? in front of people, slumber badak panggil anak orang beruk? Akademi Fantasia bukanlah satu program Hari Kantin sekolah. tu program satu Malaysia tengok. dan boleh kau panggil depa tu beruk? kau samakan manusia dengan binatang? are you represent yourself? where's your manner? i mean watch your words before you speak, use your brain.

masa kau cakap tu, agaknya kau tak fikir perasaan mak bapak budak budak tu. apa perasaan diorang bila dengar kau samakan anak diorang dengan beruk? kalau kau punya anak yang manusia keliling samakan dia dengan binatang, kau tepuk tangan ke? sorak gembira? kalau lepas ni masuk paper, muka kau masuk Melodi dan alasan kau lepas tu "saya tak sengaja", "itu ayat spontan", "people make mistake", okay takpa. memang manusia buat silap, tapi lepas ni belajarlah dari kesilapan. ini hanya satu teguran. bukan sebab awak artis, orang kenal awak, awak berpengaruh, rasa bagus duduk kat kerusi pengkritik, awak dah tua dan penari tu muda, awak boleh sesuka hati cakap apa yang awak suka. give respect to others, jaga bahasa, jaga adab, jaga maruah.

nak jadi pengkritik, boleh. nak mulut laser, boleh. takda siapa halang. tapi fikirlah, apa risiko masa jangka panjang yang kau akan hadap nanti. maaf kalau Roslan Aziz atau sedara mara atau kaum keluarga atau anak beranak ipar duai sahabat setaman sekampung terbaca entry entah apa apa saya ni, saya cuma menyatakan rasa kurang senang ayat yang keluar dari mulut dia. maaf sangat sangat. learn from mistake, awak tu diperhatikan, public figure kan? Akademi Fantasia ditonton pelbagai lapisan umur, anak anak kecik pun layan. bila depa dengar hang kata penari tu beruk, apa yang depa akan fikir nanti kan? maaf sangat, muahhhhh sikit kat dahi.