Followers

Monday 20 February 2012

huishhh rindu






now playing : sesaat kau datang
mood : ohh pening -.-'

jeng jeng jeennggggggg ~
blog makin susah nak di-update.. bukan sebab takde cerita, bukan sebab wireless kolej lembab, bukan sebab dah merajuk, bukan sebab keyboard rosak.. ini adalah kerana TIADA MOOD ! entah mana hilang mood ber-blogging macam dulu kala... hmmmm

well dah sebulan aku stay kat kolej, kat segamat, kat johor..

sumpah aku rindu segala macam kat putrajaya ! aku bukan saje saje taknak balik, setiap weekend pasti ade program kene attend.. kadang kadang ade test, ade program fakulti, ade dinner, ade group discussion, ade pelbagai lagi bende.. kamu semua kene tahu, bila dah makin senior nie, tanggungjawab semakin besar.. lagi lagi bila dah pegang satu jawatan untuk satu club, memang meeting jelaa memanjang.. setiap malam pulak, itu yang paling tak paham -_______-

so perasaan rindu kat putrajaya dah melebihi had yang sepatutnya ! bajet minggu nie nak balik, hampeh.. ade dinner fakulti yang harus pergi.. tema fabulous flora pulak, mengancam gila :) so aku plan next week (3mac) aku balik, ini wajib..

final exam dah nak kunjung tiba, assignment + test + final project taknak siap lagi.. apesal entah, makin dibuat, makin tak siap.. plus masalah yang melanda setiap sem, fuhyoooo O.O kadang kadang gua give up laa beb, rasa macam nak lari pergi kedah, lepak tepi sawah padi, sambil gentel gentel rambut.. entah, aku rasa bende tuh macam tenang ! yang kacau aku pon just lintah, nyamuk.. ape ade hal !

aku rindu
masakan emak
kucing annoying 
tilam yang empuk
budak budak perumahan
shell seberang jalan
pakcik surau
adik adik yang gemok
remote astro
wireless yang zaaasssssssssssss
aiskrim dalam ice-box
jiran sebelah (yang tak pernah bertegur)
kawan kawan sekolah
bangla pemotong rumput
kek batik adik buat

eh kalau nak list semua, memang overnight aku malam nie.. ape ape pun, semua bende aku kene settle kan sebelum weekend minggu depan menjelma ! aku taknak balik rumah, sambil hati rasa serba salah nak tinggalkan segamat.. hanya sebab banyak bende aku belum buat ! okay now nak sambung buat assignment sikit, then badan kasi tidur.. salam ~

Friday 10 February 2012

tarik nyawa ku




now playing : mau dibawa kemana by armada
mood : sakit kepala

TARIK NYAWA KU
jika kehadiran aku di universiti
tidak disenangi oleh mereka
membuat mereka tidak selesa
menimbulkan keresahan dalam diri mereka

TARIK NYAWA KU
jika pertemuan aku dan dia hanya untuk bergaduh
hanya untuk perang mulut
hanya untuk mempertahankan ego untuk terus berada di puncak

TARIK NYAWA KU
jika aku tidak mampu menolong insan bernama kawan
jika aku hanya boneka bodoh
yang hanya terduduk di satu sudut, melihat drama yang terjadi
jika aku hanya menutup mata, memekakkan telinga
dan sekaligus mengunci mulut
dari berkata kata

TARIK NYAWA KU
jika aku makin jauh dari-Mu
jika aku lalai daripada tanggungjawab seorang khalifah
jika aku bongkak, takbur dengan harta dunia
jika aku sombong mendabik dada
jika aku agungkan duniawi dan lupa akhirat

TARIK NYAWA KU
jika aku menderhaka kepada kedua ibu bapa
jika aku berkasar sesama adik beradik
jika aku berjaya menumpah air mata sesiapa dengan sikap keji ku

TARIK NYAWA KU
seandainya aku bukan aku
seandainya aku berubah menjadi negatif
seandainya aku...

Wednesday 8 February 2012

1 / 2 / 2012


now playing : terukir di bintang
mood : fuhhhh ~

satu februari
dua ribu dua belas
menjadi tarikh penting dalam hidup seorang insan
insan yang baru menjejakkan kaki ke alam baru
insan yang masih kerdil dalam bab berpasangan
insan yang masih mentah untuk hal sedemikian

berkenalan hampir dua bulan
sudah cukup rasanya untuk mengatakan dia adalah calonnya
berjumpa bertentang mata melalui kawan baik
bertegur, berjalan bergelak ketawa
dari segamat ke johor bharu ke karaoke dream world ke secret recipe
sudah cukup menggembirakan hati seorang lelaki

Alhamdulillah
kumbang sudah berjumpa dengan si bunga
bunga yang berjaya membuka hati kumbang untuk terus setia

si bunga
SALWA HALIM nama diberi
seorang yang fasih berbahasa inggeris
seorang yang tidak suka kacang ada dalam makanan
seorang yang tidak suka diarah
seorang anak kepada empunya kedai makan char kuey tiaw
seorang empunya camera DSLR
seorang gadis yang gemar kepalanya dipegang
seorang yang mahir dalam berbahasa jawa

tidak semua patut ditulis, diungkap disini
masih di dalam proses mengenal hati budi
menyesuaikan perwatakan masing masing

ya-Allah ya-Tuhanku
jika dialah jodohku di dunia
Kau bukalah pintu hati kami untuk terima kedua pihak seadanya
jauhkan kami dari segala anasir jahat
dari segala malapetaka
dari segala perkara buruk yang mampu merosakkan hubungan kami

niat di hati bukan saja mahu berpasangan di universiti
sentiasa berdoa agar dia menjadi isteri yang sah di dunia
dan bidadari aku di syurga kelak

aku masih belajar 
aku masih meneroka
aku masih bertatih dalam dunia ini

maafkan jika semua yang dirancang tidak terlaksana
kita hanya merancang, tuhan tentukan
aku akan berusaha untuk kearah itu
doakan kami
amin !

Monday 6 February 2012

kampung parit bugis






now playing : set fire to the rain
mood : lapar !

hoi hoi
salam isnin malam guys
today cuti maulud nabi
and saya berada di kolej :)

back to title, itu adalah nama kampung yang aku dan rakan rakan pergi untuk menjayakan program operasi khidmat masyarakat dan anak angkat di Muar, Johor.. program selama 3 hari 2 malam telah melantik aku menjadi ketua aktiviti dan ia sangat awesome ! aku kene uruskan majlis perasmian, penutupan, sukaneka, senamrobik, malam kebudayaan, gotong royong dan segala bagai aktiviti yang kami jalankan.. phewwww penat, sumpah aku tak tipu ! tapi itulah pengalaman :)

test

hari pertama, supposed bergerak dari UiTM ke kampung pukul 12 tengah hari.. but me and a few of them ada test yang perlu dilaksanakan.. test kami bermula jam 2.30 petang dan aku mampu menjawabnya.. woohoooo lepas test, balik kolej, ambil beg dan bergerak lah kami ke Muar ! setiba kat sana, pergi salam mak bapak angkat wehh.. oh god, kami tidur di homestay milik parents angkat ! kau ade? haaaaaaa rumah itu kami punya :)

malam kebudayaan

okay malam, ingat dapat rest.. fuhh terpesong jauh ! haha kami terus ke rumah penghulu kampung untuk malam kebudayaan.. mula mula dinner lah bro, makan lauk pauk yang aku tak pernah nampak + rasa + terfikir akan makan.. well, ini pengalaman baru.. sedap weh, apa nama lauk itu aku pun tak ingat ! haha blurpp Alhamdulillah kenyang :)

dalam pukul 9, bermula malam kebudayaan ! warga kampung akan membuat persembahan kuda kepang.. yup, kuda yang diperbuat daripada kain dalam cerita pontianak harum sundal malam itu.. jujur, aku tak pernah layan benda alah nie.. malam tuh aku kene menghadap kuda kepang yang ramai kata, BERHANTU ! aku telan air liur sambil lap peluh.. ape yang aku akan tengok nie ! zasss zassss *bunyi orang sebat lantai pakai tali.. okay persembahan bermula ! mak angkat aku cakap, kalau lemah semangat jangan duduk depan.. aku tarik kerusi pergi belakang, iyeee aku lemah semangat =.='

okay, aku buat bodoh jee sepanjang persembahan nie.. makin malam, makin menjadi ! sorang sorang penari kuda kepang tuh kene rasuk.. hoi, nie dah melampau ! siap makan kaca, pecahkan kelapa guna dahi, kopek kulit kelapa pakai gigi.. wuishh dah macam wrestling ! bila keadaan makin teruk, kami anak beranak berangkat balik rumah.. yeayyy aku suka ! well yang aku tak paham, kenapa orang kampung nak jugak buat persembahan macam nie sedangkan dorang tahu akan ade rasuk rasuk, puja syaitan, bakar kemenyan segala.. iyeee, aku bukan remaja yang suka tradisi ini !

senamrobik

pagi sabtu menjelma, hohoho mengantuk ! dengan kes kuda kepang semalam, belum hilang penat.. kene bangun awal pagi bila mak angkat dah bising ketuk pintu suruh bangun :) "yee mak, tengah siap nie" sambil tarik selimut HAHAHAHA bila sampai sekolah rendah, ohh gosh budak sekolah sampai awal dari fasilitator ! maaf yee kanak kanak, abang kakak kamu nie tak biasa bangun pagi kat kolej :)

bila dah berkumpul semua, kami start senamrobik yang entah ape jenis tarian kami buat ! hahaha budak budak tuh joget jeee, lantak.. asalkan pagi tuh keluar peluh, objektif senamrobik tercapai !

latihan dalam kumpulan

part nie, club ELS (english language society) ambik alih.. dorang buat lah spelling B dan banyak lah ! memang fun bila tengok adik adik cakap english.. buat trademark, joget joget ! kami budak PAC (performing art club) siap sedia barang untuk aktiviti seterusnya.. ada jugak aku join budak budak nie main game, sumpah seronok !

sukaneka

ini part yang paling dinanti oleh kanak kanak kampung parit bugis dan paling berdebar oleh aku ! kenapa aku yang dup dap dup dap? sebab segala jenis game, hadiah, peralatan adalah dibawah kelolaan aku =.=' sukaneka start dalam pukul 3 dan tamat jam 5 ! ade game ikatan kasih, pecahkan belon, bawak pingpong, masuk jarum dalam benang, cari gula gula dalam tepung, isi air dalam botol.. aku tau game nie macam sakai kan? tapi game macam nie lah buatkan budak budak itu tersenyum :)

paling penat weh ! aku berlari ke sana ke sini, nak tengok setiap game berjalan dengan lancar.. well, aku tau ade kelemahan and kekurangan tapi semua gembira.. itu aku suka !

kolam air panas

fuhh fuhhh badan penat, kaki lenguh dan family angkat bawak kami layan kolam air panas ! kasi tenangkan segala otot otot yang tegang.. terbaik lah mak abah :) aku rendam kaki dalam air sederhana panas, gila ahh ding dong.. kecut sudah kaki, kami balik lah rumah.. maghrib sudah tiba !

ceramah maulidur rasul

malam, kami diisi dengan slot kerohanian.. sempena maulud nabi (ahad), ketua kampung ada menjemput seorang ustaz untuk memberi ceramah selepas makan malam.. banyak input yang aku dapat dalam ceramah tuh, me like it :)

gotong royong

again, bangun awal wajib pada hari ini ! mak angkat kejut, bangun bangun... breakfast melantak nasi lemak ayam sedangkan kejap lagi nak kene cat tadika ! mampos... satu tadika kene cat, dengan dinding, bangku batu, tembok masuk tadika.. ingat aku nie buruh? dari ikhlas terus menjadi terpaksa, haaaaa.. best actually, dah lama tak cat cat nieh !

mengecat sambil dengar lagu, sambil mengumpat, sambil main cat kaki kawan adalah moment yang tak boleh dilupa ! peluh yang menitik umpama cat yang mengalir di dinding :) tepat jam 1, kami pulang ke homestay untuk berkemas diri.. mandi, beg perlu pack dan lunch harus diambil kerana jam 2 ada majlis penutupan.. there you go, program dah nak habis !

ronda kampung

lepas majlis penutup habis, ketua projek cakap bas akan sampai jam 4 petang ! whooaaa ade lagi 1 jam setengah nie, nak buat ape yee... fikir fikir fikir, tingg !!!!! idea mari.. "mak mak, nak pinjam motor boleh? ingat nak jalan jalan kampung lah".. yes mak bagi, green light sudah dapat ! aku bawak skuter weh, itu jee yang mampu.. motor yang ada gear nie aku tak berani nak angkut, kang masuk longkang memang gelak je yang aku dapat..

vrrooomm vrooommmm, aku pecut ! haaaaaa kalah mat rempit.. dengan tak pakai helmet, dengan pecut laju, dengan redah bumper, redah lubang.. haha.. rambut terkibai kibai macam lepak tepi pantai ! semua orang kampung aku lambai, aku senyum... best nya, aku nak rempit lagi ! jauh siak kami ronda, memang tak puas..

well, semua perkara akan best jika kita yang best-kan ia ! nie first event yang aku arrange by myself.. it's fun, fun gila ! so lepas nie kalau ada event lagi, memang aku nak join :) dah aku nak buat assignment ! adios ~