Followers

Thursday 31 May 2012

tamat sudah



now playing : Untuk Dia by Najwa Latiff
mood : oh penat !


Assalamualaikum *bersihkan sawang lalang habuk

kita dilahirkan sebagai manusia, bukan robot.. tulang temulang bukannya diperbuat daripada besi.. urat juga bukanlah sekeras dawai.. normal jika kita merasa penat, letih, lenguh lenguh badan.. otak kadangkala dah jemu untuk berfungsi, dah sakit.. pening pening pening !

untuk pengetahuan semua, tepat jam 3.30 petang (khamis, 31 May 2012), aku berjaya menamatkan kursus Transformasi Mahasiswa UiTM anjuran Biro Tata Negara di Felcra Tebing Tinggi, Segamat Johor.. phewww penat ! itu saja perkataan yang boleh menggambarkan keseluruhan kursus itu.. selama 3 hari 2 malam, aku dan rakan rakan yang lain didedahkan mengenai hal ehwal negara seperti undang undang, isu semasa, how to become a leader.. it's fun, no doubt..

Fasilitator yang terdiri daripada golongan yang sudah berumur dah berjaya membuatkan hati aku sakit, gembira, tersentuh dan err errr kira macam mix feelings lah ! mereka sangat sempoi dan psiko, fuhh itu tak tahan.. biasa lah manusia yang dah makan garam awal daripada kita, cara layanan pun agak asing bagi kami.. tapi itu tidak mendatangkan masalah, psiko mereka adalah untuk memberi input yang berguna, untuk mengajar kami berani ke hadapan, berani bersuara, berani mempertahankan hak hak kami.. tidak lah 100% tapi adalah sedikit perubahan dalam diri aku yang aku rasa selama ini aku hanya sorokkan.. insyaAllah aku dah mula berani untuk menyuarakan pendapat :)

kawan kawan yang baru kenal? Alhamdulillah mereka sporting, best, friendly, lawak, sekepala.. dalam satu taman bunga, tak semua bunga cantik, ada lah sekuntum dua yang buruk layu.. macam itu jugak kawan kawan di kursus ini, tak semua aku rapat, aku kawan, aku tegur, aku berkenan.. ada sebilangan kecil yang tidak menunjukkan minat untuk berkawan dengan aku, takpa.. tak kesah :)

err dan,

sebenarnya kursus ini adalah untuk membentuk, menunjuk dan melatih kami untuk menerajui Minggu Destini Siswa (MDS) bermula 2 Jun - 8 Jun ini.. kami adalah Pembantu Mahasiswa yang terpilih dikalangan beribu mahasiswa UiTM Segamat yang memohon sebelum cuti semester yang lepas.. Alhamdulillah bila diberi peluang untuk memimpin adik adik semester satu nanti, kami akan dilaksanakan sehabis baik..

kawan kawan, mohon kalian mendoakan kami semua selamat, sihat dan tabah mengharungi hari hari di Segamat.. doakan juga niat kami tidak terpesong jauh daripada niat yang sebenar.. maaf jika sejak kebelakangan ini tidak dapat selalu meng-online kan diri di Facebook, Twitter dan Blog kerana kesempitan waktu.. banyak kerja dan hal penting yang harus diselesaikan terlebih dahulu, ada rezeki kita jumpa lagi :)

Monday 21 May 2012

Minggu Destini Siswa


now playing : Boyfriend by Justin Bieber
mood : puasa !

Assalamualaikum
jeng jeng jengggggggggg

hari ini 1 Rejab, ramai yang ambil peluang untuk berpuasa hari ini, termasuklah aku.. tiada halangan, boleh lah berpuasa, banyak keberkatan berpuasa hari pertama bulan Rejab, nak tau apa keberkatannya, google sendiri !

berbalik kepada tajuk, oh yaaa.. singkatannya ialah MDS, minggu dimana pelajar semester 1 di orientasikan oleh abang kakak senior.. oh jangan takut, insyaAllah kami semua baik baik sahaja..

pada suatu hari,

zreeeettt zreeeeettt *phone bergegar

aku : hello assalamualaikum
dia : waalaikumussalam, nie Ahmad Nufairi ke?
aku : iyee saya, ada apa ek?
dia : saya dari HEP UiTM Segamat, awak ada mohon nak jadi PM kan?
aku : err yup ada, kenapa?
dia : okay tahniah, anda dapat tawaran tu.. sila hadirkan diri ke blablabla.....

Alhamdulillah,

aku dapat menjadi Pembantu Mahasiswa (PM) untuk MDS semester hadapan, insyaAllah 28 May 2012, aku akan jejak kaki ke Segamat untuk mendaftar.. awal 2 minggu jee :) bila dah dapat jadi PM, beban untuk mencari rumah sewa dah tiada.. aku automatik akan dapat stay kolej for next semester, yabedabeduuuuu ! 

so adik adik sekalian,

semoga pertemuan kita nanti akan mengubah mimik muka anda yang pada mulanya takut untuk ke alam Universiti kepada tersenyum dari telinga ke telinga :) kita jumpa nanti yaaa !

kepada kawan kawan,

yang tak dapat kolej, sila lah buat surat rayuan, apa salahnya sekali sekala merayu kat orang sana, bukannya jatuh maruah pun.. bagi yang dah ready nak duduk rumah sewa, selamat datang ke dunia sebenar orang bujang :) segala galanya bergantung kepada diri sendiri ! yang mahu illegal di mana mana bilik, pastikan anda kuat berlari, pandai menyorok dan bijak menggunakan kata kata untuk memutar belit segala situasi jika anda ditangkap pak guard ! haha takpa, kita sama sama lari.. buat marathon dalam kampus, apa ada hal :)

Sunday 13 May 2012

capital F


now playing : Happy Birthday song's
mood : sleepy


semenjak dua menjak ni, hidup aku dikuasai oleh huruf F
huruf lain cuba untuk datang
cuba untuk duduk dalam hati
tapi entah, pengaruh F sangat kuat

W pernah datang dan hadir dalam hidup
Q pula pernah cuba curi hati
H dan N masih dalam keadaan samar, samaada mahu atau tidak

tapi bagi aku
F tetap yang teristimewa
F selalu ada dalam ingatan
F suka muncul dalam mimpi
F suka buat diri aku tak senang duduk

betul kata senior
terlalu banyak capital dalam hidup aku
aku tak pernah minta semua ni
sejak jejak kaki ke dunia diploma
hati aku selalu di ketuk
bukan nak acah acah jiwang, this is the true story

dalam ramai ramai
F is the first person entered my heart
my life and my soul
sounds geli right?
face the fact

dan sekarang, 14 May 2012
aku masih rindu dia
aku masih fikirkan dia
aku masih sayangkan dia

tapi Allah dan tentukan
yang kita berdua hanya berkawan
aku cuba untuk terima hakikat
walaupun sukar untuk membuka hati menerima takdir ini

" F pun sayang F "
aku masih ingat text yang kau beri padaku
ringkas tapi bermakna
yaa yaaa
anda semua makin geli dengan entry ini
tapi beb, ini luahan hati aku
hmmm

hingga hari ini
aku tetap dan sentiasa berdoa yang kita tidak akan terpisah
kita tidak akan jauh
kita tidak akan lupa satu sama lain
walaupun kita hanya kawan

woi F
jaga diri
jaga makan minum
jaga kesihatan
terima kasih hadir dalam hidup aku
susah senang, jatuh bangkit aku 
sedikit sebanyak adalah sebab kau

ingat
aku percaya pada rezeki dan jodoh
ada rezeki kita jumpa
ada jodoh kita bersama
Assalamualaikum F 
:)

macam ni ceritanya


now playing : Permaisuriku (ost Jangan Ambil Padang Kami)
mood : diet !

cuti semester semakin ke penghujung, bayangan kampus sudah kelihatan seakan melambai lambai tangan nya memanggil kami pulang.. ceh ayat, metafora sungguh ! hari hari terakhir kat rumah dihabiskan bersama keluarga saja, kadang kadang je keluar rumah, lepak dengan kawan kawan.. ada duit, ada masa, ada kawan, keluarlah aku dengan senyuman dari telinga ke telinga :)

macam ni ceritanya..

tarikh 27 April yang lepas, kesemua budak diploma UiTM seluruh Malaysia dikejutkan dengan pengumuman keputusan final exam yang sudah kami jalani bulan Mac yang lepas.. keputusan semester ini tidak terlalu hampa, tidak terlalu bangga.. yes pointer saya turun tapi masih di peringkat zon selamat, masih 3 pointer, Alhamdulillah.. tiada repeat paper, tiada masalah apa apa, tiada itu ini, hanya hembusan nafas lega sahaja..

ada kawan yang tersangkut paper, ade kawan yang menggapai Anugerah Dekan, ada yang terpaksa melangkah keluar dari kampus.. yang paling sedih, kawan rapat aku, seorang lelaki dan seorang perempuan, terpaksa melupakan niat untuk menamatkan zaman diploma semester depan kerana mendapat keputusan yang tidak memberansangkan.. erti kata lain, mereka dismiss ! apa boleh buat, ini takdir.. kalau mereka boleh terima dengan hati terbuka, masakan aku tidak? hidup perlu diteruskan, semester hadapan harus aku tempuh walaupun mereka tiada di sisi..

macam nie ceritanya..


nampak gambar diatas?
pada 5 May 2012, aku merancang satu awesome hangout dengan mereka mereka seperti di dalam gambar.. setelah tamat puasa nazar sempena keputusan final, aku keluar lah berjimba dengan mereka.. ini pertemuan kali pertama saya dengan mereka setelah cuti semester bermula sebulan yang lepas..

seawal jam 3 petang *awal ke? aku dan Madi a.k.a Banana naik kereta pecut ke Ampang, nak jemput permaisuri Ampang yang dah lama tunggu kami, haha well kami sesat lah.. bukan familiar sangat jalan jalan Ampang yang banyak simpang, selekoh, papan tanda yang mengelirukan.. jam 6 petang baru selamat culik Putri dan kami terus ke KLCC.. tujuan utama? nak lepak makan makan :)

after maghrib, kami pecut kereta ke Times Square.. jejaka Negeri Sembilan nak beli hadiah untuk si jantung hati, sehelai dress.. whoaaa semua kedai kami ceroboh masuk dan akhirnya jam 10 malam baru jumpa, pinggang hampir patah, kaki dah reput, mata dah sembab.. wee tapi syok sebab kali pertama seorang lelaki terjah masuk hampir kesemua butik perempuan.. sebelum balik, kami sempat lepak sekejap dengan Noda, senior kami yang datang terkedek kedek pakai baju bunga dan short pants.. eh awesome lah hangout nie !

macam ni ceritanya..


7 May, tarikh keramat setiap tahun..

birthday saya yaa kawan kawan, aku suka ! tepat jam 12, macam biasa, rutin tahunan, family buat surprise walaupun kita dah agak memang akan ada surprise.. HAHA mak bagi hadiah dan kakak bagi cup cakes ! tu macam dalam gambar, comel boleh cup cakes.. sayang, taknak makan ! haha

sambut birthday di rumah sangat seronok kerana kalau sambut di kolej, gerenti aku akan kena mandi wing.. mandi apa? haaaaa meh sini nak cerita, mandi wing ialah satu tradisi kolej kat kampus aku.. setiap penghuni yang menyambut birthdaynya pada hari itu, akan dimandikan dengan air campuran pelbagai jenis perisa dan bahan.. seperti contoh campuran meggi kari, air teh minggu lepas, air rendaman baju kotor, kuah laksa 3 minggu lepas.. haa hadap ! geli tak geli lah kan, tapi best lah.. ada kawan sambut, kira hadiah dari mereka -.-'

macam ni ceritanya..


sekali lagi berjimba, tapi dalam tempoh sekejap saja ! petang 8 May, aku dijemput oleh Banana untuk ke Alamanda, teman shopping lagi.. haha kerja aku cuti sem meneman orang shopping, aku sikit tak keluar duit :) sebelum jejak Alamanda, pergi ambik puteri lilin si Erna kat rumah dia, jarak rumah dia dan Alamanda tak sampai 100m aku rasa tapi berbekalkan alasan tak boleh kena panas, kami ikutkan saja..

jalan jalan, gelak gelak, tepuk tampar, itu je yang kami buat di sekitar Alamanda.. and gambar diatas ketika kami singgah ke kedai iStudy iaitu kedai gajet dan kami cuba satu application dalam kedai itu.. TADAAAAAA application itu berjaya membuatkan mata kami semua besar ! kedai itu kami punya, gelak sakan, punyalah kelakar..

so itu sahaja peristiwa yang terjadi sepanjang cuti semester ini, yang dikira bermakna laa.. save space blog kan? haha satu entry, 4 cerita.. inilah kreatif + pemalas.. dah lama tak sentuh blog, bila dah menaip, aku taip semua ! jimat masa tenaga dan sewaktu dengannya.. ada apa yang best, nanti aku update lagi, terima kasih membaca :)