Followers

Friday 26 August 2011

ramadhan rumah raya

bismillahirrahmanirrahim ~

minggu yang penuh dengan dugaan, ujian, cabaran ! badan harus kuat, emosi harus stabil, kesihatan harus terjaga.. kadang kala, perasaan putus asa sering terjadi ! terlalu cepat mengalah, menangis, lemah dengan segala tindak tanduk manusia sekeliling mampu membuatkan hari yang pada mulanya dihiasi pelangi indah, bertukar menjadi alam yang gelap gelita..

RAMADHAN - bakal meninggalkan aku, meninggalkan kita, meninggalkan tahun ini ! lagi beberapa hari, ia akan pergi.. adakah cukup amalan aku sepanjang bulan mulia ini? tepuk dada, tanya lah diri sendiri.. mengharungi hari hari puasa di kolej telah mengajar aku supaya terus berdikari di atas bumi tuhan ini.. bukan semua situasi kita harus bergantung kepada orang, adakala kita kena melangkah menggunakan kaki sendiri.. erti kesabaran, erti kepenatan, erti kesyukuran telah aku sematkan sedalam mungkin di hati ini..

RUMAH - Alhamdulillah, selamat menjejakkan kaki ke rumah ! selama 3 minggu tidak melihat segenap sisi ruang rumah, akhirnya aku berjaya keluar dari kepompong kolej.. tempoh 3 minggu terlalu lama bagi aku yang tidak pandai untuk menetap di sesuatu tempat asing terlalu lama.. rumah adalah tempat untuk aku bergerak bebas, tempat untuk aku melahirkan segala perasaan yang lama terbuku di dada.. bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan aku sebuah rumah yang indah, dilengkapi penghuni rumah yang sangat sayang kepada ku.. besar sungguh nikmat-Mu !

RAYA - bulan dimana aku dan seluruh umat Islam berpakaian baru, memakan kuih muih, melawat sanak saudara, menyanyikan lagu lebaran.. sungguh indah bulan ini ! setelah berjuang mempertahankan nafsu dan memperkukuhkan iman, tiba masanya meraikannya.. aku berharap, raya kali ini lebih bermakna dari raya yang sebelumnya ! semakin usia meningkat, semakin ramai kawanku.. semakin ramai kawan, semakin banyak dosa yang telah aku buat terhadap mereka, kecil besar itu terserah kepada Allah.. oleh itu, maaf dari hujung rambut ke hujung kaki aku pinta kepada semua kenalan diatas segala tindak tandukku yang negatif sepanjang perkenalan kita.. manusia tidak lari dari membuat silap, tetapi aku cuba untuk tidak melakukannya !

*bahasa di atas tidak seperti bahasa di entry yang lain.. mengapa? saje, tukar mood :)

No comments:

Post a Comment