Followers

Sunday 14 August 2011

a day with anak yatim :)

bismillahirrahmannirrahim !

tanggal 13 ogos 2011, aku telah diajak untuk join satu trip ke sebuah rumah anak yatim di Muar, Johor.. at first, macam macam yang aku rasa.. taknak pergi laa, penat laa, malas laa.. tapi pada masa yang sama, perasaan nak berjumpa anak anak yatim nie membuak buak ! ini first time aku ke rumah kebajikan macam nie, actually aku dah lame nak jejak kat rumah kebajikan macam nie.. maybe ini rezeki aku yang Allah dah tetapkan..

dalam pukul 7.30 pagi, kami berkumpul di depan admin untuk mendaftar dan bersiap nak masukkan beg semua dalam bus.. trip nie sehari jee, so aku akan gunakan masa yang ada dengan anak anak yatim tuh.. kami semua sampai di sana dalam pukul 9.30 pagi dan disambut mersa oleh budak budak tuh ! semua comel, muka mereka terlalu ceria menyambut kami.. okay, wanna cry that time :')







dah breafing semua bende kat anak anak yatim tuh, mula laa segala permainan ! yeahoooo, fun sangat.. kami main banyak game, lihat budak budak nie gembira, gelak ketawa.. hati nie rase tenang jee :) selepas solat zohor berjemaah, ade 1 slot dimana kami para peserta diberi beberapa adik angkat untuk mengenali mereka dengan lebih dalam.. saya, AHMAD NUFAIRI dapat dua orang adik angkat iaitu, SHAH & YUSRY ! mula mula malu laa, sepatah ditanya, sepatah dijawab.. tapi lame lame, keseronokan makin terase.. masing masing dah mula sporting, kami menjadi sangat rapat..


 this is YUSRY
standard 5
sudah tiada ayah, tinggal bersama ibu
seorang yang sangat humble, suke gelak, pandai berkata-kata



ini SHAH ! 
tingkatan 2 tahun ini
juga tiada ayah, tinggal bersama ibu
suka bergurau, suke ketawa, sangat humble, memang pelawak !

so kawan kawan, mereka inilah adik angkat saya ! comel kan.. memanggil aku, abang fairi, sudah cukup buatkan mereka rase seperti memanggil abang kandung.. perbualan selama 30 minit bersama mereka telah bagi aku satu kesedaran tentang erti kasih sayang.. macam macam cerita mereka kongsikan, pengalaman di sekolah, di asrama, di rumah cukup menghiburkan hati aku.. waktu berbuka hampir tiba, makanan dan minuman sudah disediakan.. ketika menunggu azan berkumandang, muncul kumpulan ASTRO OASIS di sini.. anak anak yatim gembira sekali lagi apabila ternampak artis datang ke kediaman mereka.. ada budak AF (akim, toi, idayu), ada imam muda, kumpulan VE dan ada kumpulan JAMBU (RAJA LAWAK).. kami berbuka malam itu bersama artis dan anak yatim, murah sungguh rezeki semua orang :)







after tarawikh prayer, kami bertolak balik ke UITM.. sebelum melangkah keluar, kedua adik angkat tarik tangan aku..

"abang abang"
"kami minta maaf kalau ade terkasar bahasa tadi"
"insyaAllah kami akan belajar bersungguh sungguh"
"kami nak tunaikan janji kami nak berubah satu hari nanti"
"abang jaga diri ok"
"abang abang, nak number phone & nama FB"
"nanti kami call & text abang"

air mata dah nak keluar, tahan ayie.. tahan ! selepas peluk kedua adik angkat, aku terpaksa melangkah pergi.. hanya kelihatan lambaian tangan mereka sehinggalah aku naik bas.. kepada shah & yusri, abang doakan adik abang nie berjaya dalam study, dapat keputusan cemerlang, jadi anak yang soleh.. adik jangan degil kat asrama tuh, dengar cakap penyelia.. jangan gaduh gaduh, jaga diri ! abang sayang korang..







INI SEDIKIT VIDEO UNTUK KALIAN, SELAMAT MENONTON ~


1 comment: