Followers

Tuesday 8 November 2011

jika aku mati


jika aku mati
aku mohon pada-Mu ya-Allah, kuatkanlah hati keluarga ku untuk menerima qada' dah qadar MU.. tenangkan lah hati mereka.. tabahkan lah hati mereka.. bukalah hati mereka untuk meneruskan hidup tanpa ku di sisi.. berilah mereka kekuatan untuk terus berdoa agar roh ku aman di sana ya-Allah ! curahkan lah kebahagiaan dan keceriaan kepada mereka supaya aku tetap tersenyum di atas sana..

jika aku mati

kawan kawan kene laa teruskan hidup tanpa gelak ketawa, gurauan aku lagi.. mungkin itu kali terakhir kita gembira bersama, mungkin itu kali terakhir kau nampak aku tersenyum dan mungkin itu kali terakhir kau panggil nama ku.. sedekahkan lah Alfatihah kepada ku, jagalah kuburku dan simpanlah kenangan yang kita semat sepanjang perkenalan jauh di dalam lubuk hati.. ada rezeki, kita akan berjumpa di dalam mimpi ataupun di akhirat kelak..

jika aku mati..

sesiapa pun, minta tolong tengok tengok kan barang peribadi ku.. bantal busuk, patung angry bird, kasut kungfu warna warni, my phone, all my awesome t-shirt, al-Quran pemberian abang.. jaga dan simpan supaya bila rindu, keluarkan dan lihatlah barang yang aku ada sepanjang hidup ku ! mungkin itu sahaja pengubat rindu kalian terhadap ku.. 

jika aku mati..

jangan lupa facebook, twitter, blog aku ! itu aje lah social network yang berjaya menghubungkan aku dengan korang semasa hidupku.. banyak memori dan pahit manis semasa mengendalikan teknologi itu ! gambar gambar yang ada, segala ayat pepatah yang aku gunakan, jadikan ia sebagai satu motivasi kepada korang.. yang buruk jahil itu datang daripada aku sendiri, minta dijauhkan dari hidup kalian ! 

jika aku mati..

awak jaga diri awak baik baik ! saya dah takde nak duduk sebelah awak, tengok awak makan, ketawa sama sama, teman awak study, tenung mata awak, text sampai pagi buta, gaduh gaduh manja.. lepas nie awak buat lah dengan orang lain yang boleh menggantikan saya :) jangan risau, saya tak marah ! saya akan tersenyum dah rasa bahagia tengok awak ceria sepanjang ketiadaan saya.. awak simpan barang barang yang saya bagi tau, itu tanda sayang saya pada awak ! kalau awak sedih, awak down, awak rindu saya.. awak pejam mata, ingat kan saya ! insyaAllah nanti saya datang and teman awak.. :)

jika aku mati..

aku nak mati dalam iman yang penuh di dada.. aku taknak mati dengan hina, keji, jahil ! janganlah cabut nyawa ku semasa aku lalai pada-Mu ! aku mohon.. jika aku mati, aku nak mereka yang sayang, rapat dan kenal diriku, tabah dan terima pemergian ku.. maafkan segala silap salahku sepanjang hidup ku, halalkan segala makan minum dan ilmu yang telah kau kongsi kepadaku, minta jaga dan tengokkan ahli keluarga ku yang lain.. moga jasa kalian dibalas oleh Allah s.w.t..

amin ya-Rabbal al amin !

1 comment:

  1. Fairi.. sedih pulak baca ur entri ni.
    Tambah2 dengan background music Tanpamu.
    Hadoiii... You're my best friend ever !
    I Love you !

    ReplyDelete