Followers

Saturday 26 January 2013

Pergi Seorang Sahabat


now playing : Teman peganti
mood : redha

Assalamualaikum w.b.t
salam untuk semua pembaca
salam untuk kawan kawan dan ahli keluarga

Ahmad Shaznuriman
seorang rakan
seorang sahabat
seorang teman dunia akhirat
seorang yang lawak
seorang yang power main gitar
seorang yang suka senyum tak kira masa

menggigil jari jemari saya taktala menaip semua ini
masih berdegup kencang jantung ini
masih tertanya tanya, ini mimpi atau realiti?

Ahmad Shaznuriman
pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Perniagaan (DBS)
UiTM Segamat, Johor
kolej Sempana Riau

25 Januari 2013
hari Jumaat
dalam jam 8 malam
dia sudah pun meninggalkan kita semua
meninggalkan dunia yang sementara ini
kemalangan motosikal mengakhiri segalanya
kawan kawan, Man dah takda :'(


tegak bulu roma bila dapat berita sedih ini
tak percaya
tak boleh terima
terlalu awal kau pergi
terlalu muda kau menghadap yang Maha Esa
hanya bacaan Yaasin dan surah al-Fatihah yang mampu tenangkan keadaan

Sabtu pagi
26 Januari 2013
sesudah Subuh
aku dan beberapa lagi kawan tangkas keluar
kami ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
ramai rakan rakan UiTM yang ada di sana
ramai yang sanggup turun
ramai yang nak lihat arwah untuk kali terakhir
ramai yang masih sayang kau Man, Alhamdulillah

pagi ini jenazah akan di post mortem
kami tunggu di luar bangunan Forensik
selang beberapa minit
kami semua diarah untuk ke Masjid Dato' Haji Kamaruddin, Petaling Jaya
jenazah akan dimandi dan disolatkan di sana

selepas jenazah dimandikan
kami semua diberi peluang untuk melihat arwah
seorang demi seorang pergi
aku?
aku masih berdiri di tepi
aku menggigil, mahu lihat atau tidak
aku tenangkan diri
melangkah setapak demi setapak ke arah jenazah

maaf
aku tak cium dahi arwah
bukan aku sengaja, bukan aku taknak
aku teringin kucup dahi arwah
teringin sangat ya-Allah
tapi aku tak kuat
aku tak kuat hadapi semua ini
yang kaku di depan mata aku ini ialah kawan aku
aku berdebar
bertakung air mata, tunggu untuk mengalir saja
apa yang aku boleh buat, hanya tatap wajah kau
Man, wajah kau tenang
setenang air mata yang mengalir


ayah arwah sangat tabah
tabahnya dapat dilihat dari air muka
dari percakapan
dari tindak tanduknya menguruskan jenazah anak tercinta
sangat tabah

ayah arwah berpesan
jika arwah ada salah silap sepanjang hidup
ada buat sesiapa marah, terasa hati, terkecil hati, terguris perasaan
maafkan arwah
tolonglah, ayah arwah merayu kepada kami
kepada kita semua
maafkan arwah

halalkan makan minum arwah
halalkan ilmu yang telah sesiapa curahkan kepada arwah
jika ada hutang, sila tuntut
jangan pendam
ayah arwah dan keluarga akan langsaikan

Ahmad Shaznuriman
walaupun kita tak rapat
tak pernah bertegur aku rasa
kau tetap sahabat aku dunia akhirat
kita sekampus
kita sebaya
kau dan aku saudara sesama Islam
aku dah maafkan segala perbuatan kau
aku dah halalkan apa jua yang aku dah bagi
secara sedar ataupun tidak sedar

Ahmad Shaznuriman
setiap kali kita selisih di kampus
setiap kali kita terserempak di kolej
setiap kali aku terpandang kau, kau terpandang aku
apa yang aku ingat
kau selalu senyum kat aku
walaupun tak bertegur, tak bercakap
senyuman kau tetap segar dalam ingatan aku
itu saja kenangan persahabatan kita

kita pernah lepak sekejap di kolej
sekejap sangat
kau sibuk ke hulu ke hilir dengan gitar
mulut kau selalu mengalunkan lagu
tenang hati aku bila teringat saat itu

semoga kau tenang di sana Man
rehatlah sepuasnya di samping Allah s.w.t
aku akan selalu sedekahkan al-Fatihah untuk kau
muncul lah kau dalam mimpi kami
mimpi kawan kawan kau
biar hilang sikit rasa rindu kami terhadap kau
tunggu kami semua di sana
kami akan menyusul, cuma awal atau lambat saja
kami sayang kau
aku sayang kau
- Ahmad Shaznuriman -

terima kasih kepada semua kawan kawan UiTM
yang turun ziarah arwah untuk kali terakhir
Alep Tomok, Zamel, Greenday, Sufi, Adib
Tobi, Sandra, Exco, Sopi, Poku
Nicky, Razzmir, Alat, Satek, Hikari, Aliff
Syaheedan, Gory, Soy
Putri, Nad, Juju, Syifa Mat, Liena Carino, Alia, Dee
dan kawan kawan lain yang tidak disebut disini
kita semua kuat
kita semua kena tabah
kita redha akan pemergian arwah
Al-Fatihah

2 comments:

  1. AL-fatehah! alhamdullillah selamat di kebumikan dalam kul5ptg lebih semalam..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah. abg Awie pergi tengok ke?

    ReplyDelete