Followers

Sunday 13 May 2012

macam ni ceritanya


now playing : Permaisuriku (ost Jangan Ambil Padang Kami)
mood : diet !

cuti semester semakin ke penghujung, bayangan kampus sudah kelihatan seakan melambai lambai tangan nya memanggil kami pulang.. ceh ayat, metafora sungguh ! hari hari terakhir kat rumah dihabiskan bersama keluarga saja, kadang kadang je keluar rumah, lepak dengan kawan kawan.. ada duit, ada masa, ada kawan, keluarlah aku dengan senyuman dari telinga ke telinga :)

macam ni ceritanya..

tarikh 27 April yang lepas, kesemua budak diploma UiTM seluruh Malaysia dikejutkan dengan pengumuman keputusan final exam yang sudah kami jalani bulan Mac yang lepas.. keputusan semester ini tidak terlalu hampa, tidak terlalu bangga.. yes pointer saya turun tapi masih di peringkat zon selamat, masih 3 pointer, Alhamdulillah.. tiada repeat paper, tiada masalah apa apa, tiada itu ini, hanya hembusan nafas lega sahaja..

ada kawan yang tersangkut paper, ade kawan yang menggapai Anugerah Dekan, ada yang terpaksa melangkah keluar dari kampus.. yang paling sedih, kawan rapat aku, seorang lelaki dan seorang perempuan, terpaksa melupakan niat untuk menamatkan zaman diploma semester depan kerana mendapat keputusan yang tidak memberansangkan.. erti kata lain, mereka dismiss ! apa boleh buat, ini takdir.. kalau mereka boleh terima dengan hati terbuka, masakan aku tidak? hidup perlu diteruskan, semester hadapan harus aku tempuh walaupun mereka tiada di sisi..

macam nie ceritanya..


nampak gambar diatas?
pada 5 May 2012, aku merancang satu awesome hangout dengan mereka mereka seperti di dalam gambar.. setelah tamat puasa nazar sempena keputusan final, aku keluar lah berjimba dengan mereka.. ini pertemuan kali pertama saya dengan mereka setelah cuti semester bermula sebulan yang lepas..

seawal jam 3 petang *awal ke? aku dan Madi a.k.a Banana naik kereta pecut ke Ampang, nak jemput permaisuri Ampang yang dah lama tunggu kami, haha well kami sesat lah.. bukan familiar sangat jalan jalan Ampang yang banyak simpang, selekoh, papan tanda yang mengelirukan.. jam 6 petang baru selamat culik Putri dan kami terus ke KLCC.. tujuan utama? nak lepak makan makan :)

after maghrib, kami pecut kereta ke Times Square.. jejaka Negeri Sembilan nak beli hadiah untuk si jantung hati, sehelai dress.. whoaaa semua kedai kami ceroboh masuk dan akhirnya jam 10 malam baru jumpa, pinggang hampir patah, kaki dah reput, mata dah sembab.. wee tapi syok sebab kali pertama seorang lelaki terjah masuk hampir kesemua butik perempuan.. sebelum balik, kami sempat lepak sekejap dengan Noda, senior kami yang datang terkedek kedek pakai baju bunga dan short pants.. eh awesome lah hangout nie !

macam ni ceritanya..


7 May, tarikh keramat setiap tahun..

birthday saya yaa kawan kawan, aku suka ! tepat jam 12, macam biasa, rutin tahunan, family buat surprise walaupun kita dah agak memang akan ada surprise.. HAHA mak bagi hadiah dan kakak bagi cup cakes ! tu macam dalam gambar, comel boleh cup cakes.. sayang, taknak makan ! haha

sambut birthday di rumah sangat seronok kerana kalau sambut di kolej, gerenti aku akan kena mandi wing.. mandi apa? haaaaa meh sini nak cerita, mandi wing ialah satu tradisi kolej kat kampus aku.. setiap penghuni yang menyambut birthdaynya pada hari itu, akan dimandikan dengan air campuran pelbagai jenis perisa dan bahan.. seperti contoh campuran meggi kari, air teh minggu lepas, air rendaman baju kotor, kuah laksa 3 minggu lepas.. haa hadap ! geli tak geli lah kan, tapi best lah.. ada kawan sambut, kira hadiah dari mereka -.-'

macam ni ceritanya..


sekali lagi berjimba, tapi dalam tempoh sekejap saja ! petang 8 May, aku dijemput oleh Banana untuk ke Alamanda, teman shopping lagi.. haha kerja aku cuti sem meneman orang shopping, aku sikit tak keluar duit :) sebelum jejak Alamanda, pergi ambik puteri lilin si Erna kat rumah dia, jarak rumah dia dan Alamanda tak sampai 100m aku rasa tapi berbekalkan alasan tak boleh kena panas, kami ikutkan saja..

jalan jalan, gelak gelak, tepuk tampar, itu je yang kami buat di sekitar Alamanda.. and gambar diatas ketika kami singgah ke kedai iStudy iaitu kedai gajet dan kami cuba satu application dalam kedai itu.. TADAAAAAA application itu berjaya membuatkan mata kami semua besar ! kedai itu kami punya, gelak sakan, punyalah kelakar..

so itu sahaja peristiwa yang terjadi sepanjang cuti semester ini, yang dikira bermakna laa.. save space blog kan? haha satu entry, 4 cerita.. inilah kreatif + pemalas.. dah lama tak sentuh blog, bila dah menaip, aku taip semua ! jimat masa tenaga dan sewaktu dengannya.. ada apa yang best, nanti aku update lagi, terima kasih membaca :)

No comments:

Post a Comment