Followers

Thursday 31 May 2012

tamat sudah



now playing : Untuk Dia by Najwa Latiff
mood : oh penat !


Assalamualaikum *bersihkan sawang lalang habuk

kita dilahirkan sebagai manusia, bukan robot.. tulang temulang bukannya diperbuat daripada besi.. urat juga bukanlah sekeras dawai.. normal jika kita merasa penat, letih, lenguh lenguh badan.. otak kadangkala dah jemu untuk berfungsi, dah sakit.. pening pening pening !

untuk pengetahuan semua, tepat jam 3.30 petang (khamis, 31 May 2012), aku berjaya menamatkan kursus Transformasi Mahasiswa UiTM anjuran Biro Tata Negara di Felcra Tebing Tinggi, Segamat Johor.. phewww penat ! itu saja perkataan yang boleh menggambarkan keseluruhan kursus itu.. selama 3 hari 2 malam, aku dan rakan rakan yang lain didedahkan mengenai hal ehwal negara seperti undang undang, isu semasa, how to become a leader.. it's fun, no doubt..

Fasilitator yang terdiri daripada golongan yang sudah berumur dah berjaya membuatkan hati aku sakit, gembira, tersentuh dan err errr kira macam mix feelings lah ! mereka sangat sempoi dan psiko, fuhh itu tak tahan.. biasa lah manusia yang dah makan garam awal daripada kita, cara layanan pun agak asing bagi kami.. tapi itu tidak mendatangkan masalah, psiko mereka adalah untuk memberi input yang berguna, untuk mengajar kami berani ke hadapan, berani bersuara, berani mempertahankan hak hak kami.. tidak lah 100% tapi adalah sedikit perubahan dalam diri aku yang aku rasa selama ini aku hanya sorokkan.. insyaAllah aku dah mula berani untuk menyuarakan pendapat :)

kawan kawan yang baru kenal? Alhamdulillah mereka sporting, best, friendly, lawak, sekepala.. dalam satu taman bunga, tak semua bunga cantik, ada lah sekuntum dua yang buruk layu.. macam itu jugak kawan kawan di kursus ini, tak semua aku rapat, aku kawan, aku tegur, aku berkenan.. ada sebilangan kecil yang tidak menunjukkan minat untuk berkawan dengan aku, takpa.. tak kesah :)

err dan,

sebenarnya kursus ini adalah untuk membentuk, menunjuk dan melatih kami untuk menerajui Minggu Destini Siswa (MDS) bermula 2 Jun - 8 Jun ini.. kami adalah Pembantu Mahasiswa yang terpilih dikalangan beribu mahasiswa UiTM Segamat yang memohon sebelum cuti semester yang lepas.. Alhamdulillah bila diberi peluang untuk memimpin adik adik semester satu nanti, kami akan dilaksanakan sehabis baik..

kawan kawan, mohon kalian mendoakan kami semua selamat, sihat dan tabah mengharungi hari hari di Segamat.. doakan juga niat kami tidak terpesong jauh daripada niat yang sebenar.. maaf jika sejak kebelakangan ini tidak dapat selalu meng-online kan diri di Facebook, Twitter dan Blog kerana kesempitan waktu.. banyak kerja dan hal penting yang harus diselesaikan terlebih dahulu, ada rezeki kita jumpa lagi :)

1 comment: