Followers

Saturday 31 December 2011

ohh new year






now playing : i'm coming home
mood : tired

assalamualaikum, wee weee

selamat tahun baru
selamat menempuh hari pertama
selamat menjadi orang yang berbeza dari tahun lepas

yeahh todays was the first day in 2012, sunday :) Alhamdulillah, diberi nikmat untuk meneruskan hidup di dalam tahun yang insyaAllah, baik untuk diri ini.. tahun 2011, banyak kenangan pahit manis yang sudah aku lalui, dengan sempurna.. banyak kisah menarik, titik hitam, gelak tawa yang aku sudah rasai.. sudah penat menangis, sudah penat tersenyum, sudah penat bersabar, itulah kehidupan :)

tahun 2011 juga mengajar aku erti pengorbanan, erti seorang kawan, erti kehidupan, erti perpisahan, erti kesabaran dan erti perubahan.. fuhh rasa seperti baru semalam aku melihat nombor 2011, hari ini nombor sudah bertukar kepada 2012 :)

azam?

aku tidak pernah menanam azam, bukan kerana tidak yakin.. tetapi bagi aku, biarlah waktu, persekitaran dan usaha yang membantu segala apa di dalam hidup ini.. aku pasti, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.. kita hanya merancang, tuhan yang tentukan.. biarlah apa yang terjadi, aku akan cuba hadapi dengan hati yang terbuka.. mungkin aku perlu lebih matang dalam menguruskan hal dunia dan lebih peka terhadap urusan akhirat..

seperti tahun lepas, tahun ini juga aku mengharapkan kejayaan yang setimpal dengan usaha ! nak berjaya, harus usaha + doa.. ingat ayie, kau dah makin besar.. kene pandai urus diri, urus masa, urus segala mungkin ! jangan seperti budak kecik, merengek kalau kalah.. menangis kalau ditimpa masalah.. mengeluh jika diherdik.. aku kene lebih kuat untuk menempuh hari yang mendatang :)

20 tahun?

yeahh umur kau dah 20 tahun ayie ! dah melangkah ke fasa yang baru, dunia baru, era yang baru.. well, tak semua boleh terima dirinya ditolak ke dalam zaman 20-an.. tapi aku cuba untuk terima kenyataan ini, terima untuk melupakan zaman belasan tahun, terima untuk menghadap umur 20 tahun ini :)

so new year
2012
be nice with me
then
i will be nice with you
:)

No comments:

Post a Comment