Followers

Wednesday 20 July 2011

ayie rindu ibu :'(


SUZANA BINTI MD. NOOR
44 TAHUN
CIKGU DI SMK PUTRAJAYA P9(1)
STAY DI PRESINT 11, PUTRAJAYA
SEORANG IBU KEPADA 7 ORANG ANAK
1 PEREMPUAN, 6 LELAKI
SUKA MEMASAK, ORANGNYA GEMBIRA SENTIASA

**********************************************************************

 KHAMIS
12 MAY 2011
JAM 6.30 PETANG

hujan turun dengan lebat, lebat sangat
petir sabung menyabung
1st time selepas aku cuti sem
putrajaya hujan, before this panas..
aku baru je lepas online, cuti sem kan.. 
takde bende yang boleh buat selain ber-facebook
kebetulan hari tuh, aku puasa sunat
so, dalam time2 gini, kene laa sediakan makanan berbuka
dah nak maghrib pun
abah tengah ambik kaklong kat tempat kerja
so, atas perintah kaklong
aku kene rebus spegetti tok digoreng

dalam sebuk rebus2
kaklong n abah balik, but..
dalam keadaan tergesa, mcm something happend
aku n adik2 tercengang
kami tanye kenape, abah jawab..
"makcik ana excident, dye masuk hospital, ta sedar lagi"
i was like, oh okayy
jom jom, siap ! kite g hospital

dalam 10 minit cmtuh, sedang siap2
abah turun bawah, mate dah berair
dalam suara serak2, abah cakap
"makcik kau dah takde, dah takde !!"
kami semua was like kene sumpah jadi batu
semua macam ta percaya ape yang abah cakap

malam tuh, ramai sangat kat hospital
jiran2, anak murid, cikgu2, sanak saudara
adik beradik, imam masjid..
semua datang coz nak bagi penghormatan terakhir
semua nak tengok arwah
semua tak percaya arwah dah takde
sedangkan siang tuh arwah ade kat sekolah
mengajar anak2 muridnya
hmm..

kata mak
arwah excident langgar pokok
nak elak 1 kereta yang tibe2 mencelah masuk
lagi berape KM jee nak sampai rumah
arwah sempat tunaikan solat asar
ketika kejadian
arwah nak pulang bersiap ke MASJID PUTRA
ade bacaan yassin sempena hari guru yang bakal tiba (16may)
tp apakan daya
Allah lebih sayangkan arwah
selepas excident, arwah sempat memberi keterangan kepada polis
sebelum tidak sedarkan diri semasa dalam perjalanan ke hospital

***********************************************************
JUMAAT
13 MAY 2011
SELEPAS SOLAT JUMAAT

kami solat jenazah di surau presint 11
selepas solat jumaat
ramai yang datang, turut solat
aku terharu, sedih, hiba
kata mak, selepas nie arwah akan di kebumikan di presint 20
tapi kan mak, nazihah belum sampai..
siapa NAZIHAH??
itulah anak sulung arwah
sebaya dengan aku, study di mesir, course dental
nazihah akan tiba di malaysia tepat jam 8.15 malam ini
"mayat tak boleh biar lame2 ayie"
kita kene kebumikan juga
air mata tidak henti henti mengalir
emak aku adalah kakak kepada arwah
aku lihat emak tabah, walaupon kadang2 terlepas juga emosi nya
namun, aku faham..

jam 9.45 minit malam
anak sulung arwah
cousin rapat aku
selamat sampai ke rumah
terus mendapatkan ayah n adik adiknya
mengalir air mata ini sekali lagi
melihat keluarga yang besar sudah tiada ibu di sisi

*******************************************************

ISNIN
16 MAY 2011
3.00 PETANG

sudah 4 hari arwah meninggalkan aku
meninggalkan keluarga
meninggalkan kami semua
hari ini adalah HARI GURU
yang patut disambut oleh arwah
tapi tahun ini, disambut dengan sederhana
mungkin anak anaknya menyambut dengan menziarahi pusara ibu tersayang

makcik, ayie rindu makcik
ayie dah lame tak panggil IBU :(
ayie banyak terhutang budi dengan makcik
makcik selalu jage ayie kalau mak pergi outstation
makcik jenguk, makcik singgah rumah lepas balik sekolah
makcik makcik
ayie rindu dengan bubur lambuk makcik !
rindu dengan air jagung, air apple, air anggur makcik
ayie rindu meehon black pepper makcik..
rindu nak pergi hotel yang makcik selalu bawak kami pergi tuh

insyaAllah, lepas nie
ayie akan tengok2 kan nazihah dan adik2 nya
ayie akan happy kan dorang
ayie akan selalu datang ziarah kubur makcik

kepada yang baca entry ini
sedekahkan al-fatihah
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman
 amin~

- AYIE RINDU IBU -


No comments:

Post a Comment