Followers

Friday 13 July 2012

tadaaa tadaaaaaaa !


now playing : pendam by Shahir
mood : oh malas -.-'

Assalamualaikum kawan kawan tercinta ! 

maaf seribu kali maaf kerana sudah lama tidak datang menjenguk keadaan blog tercinta, aku harus mendahulukan mana yang penting selain daripada meng-update entry baru, pheww.. dah sebulan lebih aku tak balik rumah, tak jejak Putrajaya, tak terlangkah kaki ini untuk membeli tiket bas.. bukan sengaja taknak balik rumah, hobi aku pulak balik balik rumah ni.. tapi semester ni macam takda masa, setiap hari busy, banyak kerja kena siapkan, banyak event kena attend, alahai..

mesti ramai dah tahu bahawa aku adalah salah seorang mahasiswa yang terpilih untuk menggalas jawatan sebagai Seki Eksekutif Caretaker, UiTM Segamat Johor ! bila dah bawak jawatan ni, memang kau tak akan ada masa yang terluang seperti semester semester yang lepas.. meeting memanjang, event belambak, masalah berterabur, hal hal lain banyak yang kena fikir.. bukan senang pegang jawatan terbesar dalam Uitm tapi aku percaya, Allah pilih aku mesti bersebab.. aku kena pikul tanggungjawab ini sehabis baik, hmm..

bukan itu jee,

semester ni jugak aku pegang jawatan Exco Teater, sambung untuk semester lepas punya jawatan.. jawatan ni pun berat, kadang kadang penat nak menghadap.. walaupun event tak banyak tapi once ada sesiapa request untuk buat satu persembahan teater, boleh lumpuh aku.. nak fikir jalan cerita, nak pilih pelakon, nak buat latihan setiap malam, nak pantau segala proses latihan, nak bincang skrip.. woishhhhh bukan senang woi kerja ni..

dan lagi satu, aku adalah seorang class rep atau dalam bahasa mudah faham ialah ketua kelas.. nampak ringan kan jawatan aku? tapi tidakkkkk.. perlu kesabaran beb bawak jawatan ni, budak budak kelas bukan semua akan ikut cakap kau.. ada yang sokong, ada yang tidak, ada yang buat endah tak endah.. ikut hati, lantak korang lah.. tapi kalau ikut amanah dan tanggungjawab, eh senyum jelaa mampu.. kadang kala emosi jugak bila apa yang kita cakap, apa yang kita bagitahu, tak dipandang serious oleh budak kelas.. amboi, tolong fikir aku yee ! dengan nak tukar kelas lagi, dengan lecturer kejap datang kejap batal kelas lagi, dengan tangkap gambar kelas lagi, baju kelas lagi lagi lagi..

so guys,

nampak tak betapa sibuk dan penat nya aku? itu belum campur masalah dalam kolej.. dengan isu HOT lah, dengan masalah air lah, dengan perangai kawan kawan lah, budak junior lah.. adoi ! sebab sebab di atas lah yang membuatkan aku terbantut untuk balik ke rumah, yang membuatkan aku jarang berada di bilik, yang membuatkan aku penat selalu.. harap kalian faham, sekian terima kasih :)

2 comments:

  1. kalau aku jadi kau, aku balik terus sebab tension haha

    ReplyDelete
  2. tension memang tension erna, amanah tu yang kita kena ingat.. hmmm

    ReplyDelete