Followers

Sunday 24 June 2012

Pre-Graduation Night


now playing : untuk dia hey untuk dia hey !
mood : sleepy -.-'

Assalamualaikum kum kum..

eh hoi, gua boleh update blog dengan senang hati hoi.. inilah istimewa jadi senior, boleh rembat broadband junior bila bila masa ! HAHA terima kasih junior, sayang kau ketat ketat :)

back to the title,

Pre-Graduation Night adalah malam dimana pihak Universiti menghargai dan mengadakan makan malam untuk semua pelajar degree yang ada di kampus Segamat.. tema yang dikenakan untuk mereka yang datang pada malam itu ialah Movie Character ! haaaaaaaaaaaaa masyuk tak masyuk.. ada yang macam Princess, macam Harry Potter, Mask Rider, ratu bollowood, Ben 10.. eh macam macam la !

malam itu tugas aku adalah untuk menghiburkan mereka, haha.. bukan aku disuruh untuk berpakaian seperti badut dan membuat lawak bodoh atas pentas, oh tidak ! aku dikehendaki untuk menari lagu hindustan dan itu sangat tidak awesome pada mulanya.. bila dah habis menari terkinja kinja atas pentas, rasa puas hati dan macam nak menari lagi pun ada.. wooohooooooo ! hanya mengambil masa selama 7 jam, aku berjaya berlatih menari dan berjaya perform depan orang ramai..

well, nama pun last semester aku berada kat UiTM Segamat kan.. so bagi laa aku peluang untuk cuba segala macam benda yang ada dalam kampus ni.. terima kasih bagi yang datang malam itu, terima kasih bagi sesiapa yang tak henti henti menganjing aku dan terima kasih bagi semua yang menyokong HAHA bye !

No comments:

Post a Comment