Followers

Saturday 1 September 2012

it's been a long time


now playing : Oppa Gangnam Style !
mood : penat

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum segala makhluk bumi *tiup habuk*

finally, aku dapat jugak buat entry baru, kira ini entry sempena 1 september la ! dah lamaaaaa gila tak update, mesti peminat aku kat luar sana tertunggu tunggu, meroyan, terketar ketar menunggu entry aku setiap minggu.. awwhhhh terima kasih !

aku mengaku, semester 5 nie aku banyak habiskan masa dengan segala perkara berkaitan dengan universiti. dari awal aku jejak kaki kat kampus hinggalah sekarang, jadual aku sangat penuh. kadang kadang masa untuk family dan kawan baik pun terbatas, al maklum lah, tanggungjawab bersepah, nak kena penuhkan satu satu tanggungjawab tu yang ambil masa sikit. kadang aku terfikir, adakah aku terlalu fokus akan aktiviti universiti hingga hubungan aku dengan manusia sekeliling terputus? hmmm entah, aku pun tak tahu..

sekarang dah bulan sembilan, lepas ini bulan sepuluh, itu bermaksud hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk aku berada di bumi Segamat, InsyaAllah pertengahan bulan sepuluh, aku sudah tidak bergelar pelajar diploma :) pejam celik pejam celik, dah 5 semester aku berada di sini. bermacam kenangan, sahabat, ragam aku tempuhi. naik turun, bangun jatuh semuanya kat sini. pahit manis kehidupan mahasiswa aku sudah rasa, dah sebati dalam diri. berubah? yes aku dah berubah.. banyak yang aku dah ubah, banyak yang sudah ter-ubah dan banyak yang harus diubah..


semester akhir nie, puasa dan raya banyak dihabiskan di kampus.. hanya bersederhana menyambut raya kerana kepala otak masih terisi dengan segala macam assignments, project, test, quiz, events bla bla blaaa.. pathetic right? nak buat macam mana, ini semua untuk kebaikan diri sendiri jugak.. mengeluh, menangis, mengamuk macam mana sekalipun, sampai masa kena berdepan jugak dengan semua ini..

BULAN 9 BULAN MEMBUNUH ! 

kenapa? kenapa? kenapaaaaaa? sebab dalam bulan sembilan, setiap minggu akan ada pelbagai jenis "juadah" yang perlu aku telan.. kadang badan dah tak larat, otak naik tepu, mata tak henti henti mengalirkan air mata, tapi bila fikir tentang family, tentang niat sebenar kita ke UITM, nak tak nak kena tabahkan juga hati ini..

aku sedar hubungan antara aku dan kawan baik aku semakin renggang, semakin jauh, semakin hilang. nak salahkan siapa? tiada siapa yang salah, hanya kerana keadaan yang memaksa, kita jadi macam ini.. aku mengaku aku terlalu sibuk dengan MPP, sibuk dengan meeting itu meeting ini, sibuk dengan appointment segala macam, sampai waktu makan atau lepak dengan kawan baik semua terkubur.. maaf dari hati tapi tolong faham situasi aku.. aku tak boleh lari dari tanggungjawab, ini amanah. sesibuk mana pun aku, aku nak semua tahu yang aku masih lagi fikir tentang kamu semua..

ini bukan sesi luahan perasaan ke apa, ini lah masa yang terbaik untuk aku terangkan apa yang terbuku dalam hati. orang keliling kadang tak faham apa yang kita alami. mereka hanya nampak dan hebohkan, tidak mahu selidik dan bertanya. bukan aku saja saja mem-busy-kan diri, aku tak pernah minta semua ini.. aku dah dipilih oleh Allah untuk melakukan kerja kerja sedemikian, siapa boleh tolak? kadang waktu makan aku juga terganggu, waktu tidur, waktu aku istirehat dalam bilik juga makin kurang.. aku tak mahu berubah tapi keadaan yang mengubah aku, maaf sekali lagi..


untuk kesekian kalinya,

aku mohon maaf kalau anda semua terasa dengan saya.. marah dengan perubahan saya, kesal dengan perbuatan saya, menunggu entry entry saya, maaf seribu kali maaf.. ini pun entah bila dapat update blog lagi, haaaaaa takut tak ! so doakan aku tabah untuk berdepan sebulan lebih di Segamat, insyaAllah ada masa, ada jodoh, ada rezeki, aku update lagi blog tersayang muahh muahhh ini.. ok bye, Assalamualaikum :)

1 comment: