Followers

Friday 20 April 2012

Al-Fatihah


now playing : usah lepaskan
mood : lemah

nama dia Azlan Jamal
aku panggil dia Lan
dia kawan aku
dia kawan baik aku
dia kawan sekolah rendah & menengah aku
dia lawak
dia suka kacau aku
dia care kat kawan kawan dia
dia suka buat mulut muncung
dan
dia dah takde..

10 APRIL 2012
SELASA

malam itu
aku ingat lagi
sebelum aku masuk tidur
aku IM dengan semua budak yang masih online
dan budak itu termasuk laa kau Lan

fuhhh
kau reply wish yang aku bagi
kita dah lama tak chat sama sendiri
rupanya itu chat yang terakhir Lan
itu wish yang terakhir dari aku untuk kau
dan
itu kali terakhir kita berinteraksi..

19 APRIL 2012
KHAMIS

malam itu aku bergurau dengan kakak
kata aku..
" dah dah, esok aku pulak nak keluar.. pukul 8 aku keluar"
aku hanya bergurau
tiada niat lain

dalam jam 11 malam
aku bukak lappy, aku sign in facebook
aku memang suka online malam malam

malam itu jugak
seorang abang berpangkat senior IM aku
katanya
apa akan aku fikirkan kalau dia sudah tiada dalam dunia
erti kata lain, mati..
fuhhhh soalan yang masih aku anggap gurauan

then aku ternampak satu post
"Al-Fatihah, aku sayang kau Lan"
dalam otak aku masa itu
aku hanya fikir yang itu juga gurauan dari rakan rakan
aku endahkan saja

bila jam sudah menunjukkan jam 12
post mengenai "ketiadaan" kau makin banyak, buat aku rasa curiga
rupanya betul
Lan, kau dah takde..

hanya air mata yang membasahi pipi
hanya kenangan kita berdua yang bermain dalam ingatan
hanya gelak tawa kau yang aku dengar

aku terfikir akan pertanyaan senior aku
memang menjadi kenyataan
hanya si empunya badan yang berubah
bukan dia yang pergi
tetapi kawan baikku yang sudah dijemput Illahi
pertanyaan tadi satu petanda atau kebetulan?

20 APRIL 2012
JUMAAT

betul gurauan aku terhadap kakak
seawal jam 8 pagi
aku dan berapa lagi kawan menaiki kereta
menuju ke rumah kau Lan
walaupun di Nilai
kami sanggup, hanya nak jumpa kau

tapi trip ke Nilai bukanlah dirancang lama
ia kebetulan
kebetulan yang mengejutkan

sampai jee kat rumah kau Lan
ramai jugak yang datang melawat
Lan, ramai yang sayang kau
kami datang nak jenguk kau Lan..
kau nampak tak aku masuk rumah
baca Yaasin untuk kau
nampak tak?

kau kaku Lan
aku hanya nampak sekujur tubuh jee atas katil
aku cepat nafikan itu kau
tapi kan Lan
tujuan aku datang Nilai memang untuk ziarah kau
ziarah arwah Lan
so aku harus terima memang itu kau, yang kaku..


Lan
aku suka kawan dengan kau
kau lawak Lan, sumpah lawak
kau suka kacau aku
adoii

Lan
kau ingat tak kita pernah lepak BBQ sama sama dulu?
masa tuh kau banyak cerita pasal diri kau
yelaa lepas SPM mana jumpa
bila lepak, macam macam kau cerita
eh rindu doh !

tapi BBQ minggu lepas aku tak join
aku takde member nak pergi
kalau aku tau kau nak tinggalkan aku macam nie
aku datang BBQ tuh, aku spent time dengan kau
tapi Lan
semua dah terlambat
nak menyesal dah tak guna
aku rindu kau Lan..


Lan Lan
tengok chat kita berdua !
masa nie kau teruja nak bagitau aku
walaupun kita tak berapa rapat
tapi kau tetap bagitau aku yang kau dah berjaya dapat sambung belajar
aku bangga dengan kau
dengan semangat kau
kau betul betul nak further study


Lan
aku nak minta maaf kalau selama perkenalan kita
aku ade buat salah kat kau
dan untuk pengetahuan kau
aku dah maafkan segala tindak tanduk kau
aku halalkan makan minum kau

Lan
aku tetap doakan kau
aku akan selalu sedekahkan Al-Fatihah untuk kau Lan
aku harap kau gembira kat sana
aku harap kau tenang disamping-Nya

aku nak kau tahu Lan
aku rindu kau !
kau tetap kawan dunia akhirat aku
aku sayang kau !

DALAM KENANGAN
- Azlan Jamal -
- 1992 - 2012 -

2 comments:

  1. Salam takziah. Semoga Lan tenang di sana. Insyaallah.

    ReplyDelete
  2. ayie pon harap macam tuh, thanks syirah :(

    ReplyDelete