Followers

Monday 9 April 2012

perlu anda tahu


now playing : gadis semasa
mood : hujaaaannn ~

attention ! 


attention !


attention !

terima kasih, salam petang Isnin kepada semua.. entry kali nie, aku nak bicara tentang fakta diri aku yang perlu atau yang wajib anda semua, seluruh makhluk bumi, tahu tentang diri aku *keningkening

1) tidak suka kopi

jeng jeng, minuman paling ditakuti untuk didekati.. iyeee, saya adalah remaja yang tidak akan sesekali minum kopi ! tak tahu dimana kesilapan, yang penting kopi tak sedap langsung.. pahit dan hitam :) maaf bagi penggemar kopi sekalian, aku sanggup minum 3 tong air sirap kenduri kahwin daripada mengadap secawan kopi yang entah tahun bila akan aku habiskan HAHA

2) tak pernah pergi

wahai semua, saya tak pernah pergi genting highlands, sila gelak perlahan yee.. yes, ini tak tipu.. aku tak pernah jejak itu tempat main roller coaster ! The Curve tak pernah, Broga Hills tak pernah, Sunway Lagoon tak pernah.. so lepas nie, stop lah kata budak Putrajaya semua kaya, semua suka bersosial, semua tempat pernah jejak.. sepak kang ! aku salah seorang budak putra yang tak berkesempatan lagi untuk jejakkan kaki di sana..

3) lesen kereta?

tahun ini bakal menjadi remaja yang berumur 20 tahun, tetapi tiada lesen kereta membuatkan aku dipandang seperti budak bawah umur ! puhhhhhhhh ~ aku belum terbuka hati lah beb nak ambik lesen kereta, lagipun kes dulu dulu masih memberi impak negatif dalam hidup aku.. wee :) aku tau ramai kawan kawan aku yang sudah ada lesen, cemburu lah sikit.. tapi nak buat macam mana, aku belum berminat nak pandu kereta ! masih lagi seronok menjadi penumpang sahaja, haha.. doakan yee aku dapat lesen kereta dengan cepat

4) Neelofa

perghhh gadis cantik comel molek pilihan hati, haha.. artis baru muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan ! Kilafairy, Izara Aishah, Sara Ali, Tasha Shila, Fathia tetapi yee, tetapi hati aku terpaut pada Neelofa seorang.. tapi ramai jugak manusia sekeliling dengki akan ini wanita, tak tahu kenapa ! cuba anda semua tengok mata Neelofa, tak kee jantung dup dap dup dap.. fuhyoooooo ;D

5) badut dan belon

dua dua melambangkan keceriaan, kegirangan, ke-WOW-an.. tapi aku tak suka mereka ! firstly, badut.. iyee manusia yang terkinja kinja melompat, buat belon bentuk anjing dan mewarna mukanya seperti melukis poster.. tingkah laku kau memang digemari kanak kanak, tapi aku tak ! kau sungguh menakutkan tahu tak? jangan sesekali kau datang menghampiri aku, nescaya tangan aku akan ringan untuk tarik rambut palsu kerinting kau tuh..

oh belon, satu lagi masalah dunia -.-' nampak jee warna warni, tapi disebalik simbolik warna itu akan ade satu bunyi POOMMM !! tak trauma ke namanya.. elok elok berjimba dengan kawan kawan, main tiup belon and suddenly benda alah colourful itu meletup tepat dalam mulut engkau..tepuk tangan ajelaa !

6) atlit sekolah

aku adalah salah seorang atlit lumba lari suatu ketika dahulu, iyee dahulu.. sekarang muatan pada badan sangat membataskan aku untuk berlari -.-' dulu saya kurus okay, zuupp zappp zuupp zaappp aku lari.. pantas bak angg ! 100m, 200m, 4x100m, 4x400m, lari berpagar.. semua aku masuk, semua aku sapu ! tapi itu masa zaman sekolah rendah hew hew..  selain itu, aku diingati oleh ramai budak sekolah sebagai atlit tetap lompat tinggi ! sebagai remaja kurus yang tinggi, acara seperti ini sangat kacang untuk aku.. HAHAHAHAH nak buat macam mana, itu semua dulu.. sekarang acara yang sebati dalam diri adalah tarik tali, poker face please -.-'

itu ajelaaa kot buat masa sekarang, aku nak layan youtube jap ! byebye ~

No comments:

Post a Comment