Followers

Monday 5 March 2012

kawan


now playing : what makes you beautiful
mood : study week

hello ladies and gentlemen, puhhhhh *tiup habuk!
kemain lama aku tinggalkan dunia blog, aku lebih pentingkan urusan universiti beb.. sorry gila tak update ape ape ! now study week and aku kat rumah, jumpa mak abah jap ! mintak restu bagai, wajib wooo sebelum melangkah masuk ke minggu final :)

wanna talk about friends :) 

tak kira lah kawan biasa ke, kawan baik ke, kawan karib dunia akhirat ke, kawan seperjuangan ke.. asalkan ade word kawan disitu ! wahai adik adik sekolah, jika anda mahu masuk ke alam universiti, perkara paling penting ialah pemilihan kawan yeee.. jangan fikir pasal takut kene buli dengan senior lah, stok meggi cukup ke tak lah, wayang paling dekat kat mana lah.. fikir kawan woii, 6 sem kau meringkuk dalam universiti, yang jadi peneman kau ialah kawan ! bukan akak jaga kaunter popcorn kat wayang tuh -.-'

bila nak pilih kawan, pilih yang betul.. jangan kau pilih yang handsome, wangi, pandai mengampu jee jadi kawan kau ! kadang kadang yang muka seposen tuh laaa paling baik dan perlu dijadikan kawan..

dalam dunia universiti, kau akan jumpa bermacam macam jenis manusia yang pegang title kawan.. serious ! bagi aku, kawan is someone yang ada kat sisi susah senang, yang tahu luar dalam pasal kita.. bila kau susah, sedih, dia takde kat sisi kau.. itu kawan ke? aku tanye jelaaaa, taknak jawab takpe :)

kau akan jumpa kawan yang hanya mempergunakan kau, kawan yang main tikam belakang, kawan yang suka mengutuk mengeji, kawan yang suka tutup periuk nasi kita, kawan yang hipokrit 100%, kawan yang talam bermuka muka, kawan yang tangan panjang, kawan yang dengki nak mampos.. haa itulah perangai yang wajib wujud dalam universiti !

"lah perangai macam nie, kat sekolah pun ade"

adik oii, memang zaman persekolahan pun ade.. tapi tidak seteruk zaman universiti ! zaman kau sekolah, berapa jam jee kau berkeliaran dalam kawasan sekolah? kalau universiti, memang 24/7 kau akan berada dalam kawasan kampus.. kalau kau jumpa kawan yang teruk waktu pagi, waktu petang dan malam pun  confirm confirm akan jumpa jugak.. so ade kepayahan disitu !

one of masalah yang kau akan hadapi bila memasuki zaman universiti ialah kawan :) macam aku, dah 4 sem berkeliaran dalam dunia pengajian tinggi.. well, so far there is too many fakers than the real one ! sorry to say.. bukan nak tunjuk aku acah acah baik, aku sempurna.. tidak ! tapi kalau kau sebagai kawan dahulunya, dah berjaya buat air mata aku jatuh, buat aku sedih sepanjang hari, buat aku sakit hati, buat perjalanan hidup aku terumbang ambing, buat ape simpan kau dalam kamus KAWAN aku.. 

sumpah aku taknak benci orang, tapi kalau orang tuh suka dirinya dibenci, why not.. memang kita tak boleh hidup tanpa kawan, tapi kalau terpaksa, nak buat macam mana.. kita boleh jee berkawan dengan sesiapa, dengan semua orang, tapi hanya sesetengah sahaja yang boleh kita percaya.. maksud aku, jangan senang senang bagitahu rahsia, segala masalah kat semua kawan kau.. memang binasa ! just share your secret with who are deserve to be your bestfriend.. takut takut kalau kamu ada masalah dengan dia, dia akan bongkarkan segala ape rahsia kamu kat orang lain.. nampak tak kesannya kat situ?

so adik adik,

sebelum kamu kamu menderita kerana kawan, lebih elok kamu tahu bagaimana cara pemilihan kawan yang sebetulnya.. abang taknak adik adik menderita macam mana abang menderita sekarang ! menyesal pun tak guna kan.. so lebih baik berdoa dan minta petunjuk dari Allah :)

2 comments: