Followers

Thursday 8 March 2012

dunia tingkatan 6


now playing : lagu by bedroom sanctuary
mood : sejuk !

wuuuuuuuuuuuu~
sejuk nak mati dalam bilik nie haaaa, hujan dari malam semalam tak henti turun.. dah laa aku sorang jee nie haaa dalam bilik, roomate semua sesat agaknya.. dah tak reti nak balik kolej -.-'

eh okay, back to the topic !

dunia form 6 :) well guys, sebenarnya aku adalah salah seorang pelajar tingkatan 6 sebuah sekolah jenis kebangsaan di Putrajaya.. lepas SPM, permohonan nak ke universiti tak kesampaian.. bapak sedih nak mati time nie ! kawan kawan lain semua dapat tawaran ke universiti, aku? :(

masa tuh Allah jelaa yang tau perasaan aku, malu teramat sebab tak dapat mana mana tawaran untuk melanjutkan pelajaran ! thank god, tingkatan 6 offer aku.. mula mula aku refuse nak sambung tingkatan 6, yelaa siapa jee sanggup nak sarung balik baju sekolah, datang perhimpunan, ikrar sekolah, beratur kat kantin.. blerghhh cukup laa 5 tahun, taknak dah nak berhadapan dengan sekolah ! tapi tapi, nie jelaa peluang aku untuk sambung belajar.. nak taknak, terima jee doh O.O

bila dah sebulan masuk dunia sekolah SEMULA, aku mula suka.. sumpah, aku suka ! jumpa kawan baru, pakai seluar hitam, boleh bawak handphone, keluar masuk sekolah suka hati, adik adik form 1 tergila gilakan aku, kat perhimpunan duduk atas kerusi.. woishhhhhh best lah !

nak dijadikan cerita, takdir Illahi, aku terima satu tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke UITM segamat johor ! aku tak excited, why? sebab aku dah mula sebati dengan persekitaran tingkatan 6.. taknak pergi UITM ! tapi yelaaa kan, sebagai anak mithali, aku turut jee perintah mak abah.. mak abah nak aku pergi UITM, katanya form 6 nie susah nak mam... so aku fikir, mungkin keberkatan parents aku ade kat johor tuh haaaaaa, terpaksa laa quit dari tingkatan 6 dan masuk belajar di UITM..

masa last day sekolah, air mata nie dah macam tsunami.. T.T .. yelaa nak tinggalkan kawan kawan yang dah rapat ! plus, aku nie dah lah ketua kelas.. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa mereka akan kehilangan ketua kelas yang ceria dan hotstuff :(

hari berganti hari, tahun berganti tahun.. now aku sudah semester ke 4 di UITM dan kawan kawan tingkatan 6 sudahpun berjaya melepasi peperiksaan STPM mereka ! hari keputusan pun menjelma, kebetulan aku cuti study week.. aku pun ape lagi, bajet nak bagi support kat member lah kan.. pagi pagi dah bangun, siap siap nak ke sekolah.. mahu jumpa semua kawan tingkatan 6 dulu dulu and teman mereka ambik result.. dup dap dup dap jantung mereka, aku cool je :)

bila penyerahan keputusan berakhir, sorang demi sorang menangis.. err ape aku nak buat ! haha.. aku pujuk jelaaa dorang.. kate bukan rezeki lagi, kate kuatkan semangat, kate pergi lah apply mana mana universiti, kate marilah join aku di segamat :)

ape yang aku nampak, ade sebab kenapa Allah tak bagi aku teruskan pengajian dalam tingkatan 6... ade hikmah, aku redha :) mungkin rezeki aku banyak di UITM dan mungkin bukan rezeki kawan kawan aku di tingkatan 6.. yang berjaya, Alhamdulillah.. yang tak berjaya, terimalah hakikat ! bila dah jumpa kawan kawan tingkatan 6, rasa rindu terhadap mereka berjaya dikikis.. semua dah berubah :) ada yang makin tembam, makin handsome, makin bergaya, makin tinggi heels nye HAHAHAHHAA

so kawan kawan form 6,

jika ade tawaran sambung belajar di mana mana, terima tau.. mungkin itu yang terbaik untuk kalian ! yang tak dapat tawaran, jangan sedih.. cari kerja and tolong keluarga yee :) ada masa, aku roger roger, kite keluar lah lepak sama sama ! bukan maksud aku dah masuk UITM, aku lupa korang.. no no no, korang tetap kawan form 6 yang paling terbaik aku ade ! walaupun sebulan jee aku pakai baju sekolah, tapi kenangan kita akan kekal sampai hujung nyawa :) see you later, byee ~


No comments:

Post a Comment