Followers

Monday 6 February 2012

kampung parit bugis






now playing : set fire to the rain
mood : lapar !

hoi hoi
salam isnin malam guys
today cuti maulud nabi
and saya berada di kolej :)

back to title, itu adalah nama kampung yang aku dan rakan rakan pergi untuk menjayakan program operasi khidmat masyarakat dan anak angkat di Muar, Johor.. program selama 3 hari 2 malam telah melantik aku menjadi ketua aktiviti dan ia sangat awesome ! aku kene uruskan majlis perasmian, penutupan, sukaneka, senamrobik, malam kebudayaan, gotong royong dan segala bagai aktiviti yang kami jalankan.. phewwww penat, sumpah aku tak tipu ! tapi itulah pengalaman :)

test

hari pertama, supposed bergerak dari UiTM ke kampung pukul 12 tengah hari.. but me and a few of them ada test yang perlu dilaksanakan.. test kami bermula jam 2.30 petang dan aku mampu menjawabnya.. woohoooo lepas test, balik kolej, ambil beg dan bergerak lah kami ke Muar ! setiba kat sana, pergi salam mak bapak angkat wehh.. oh god, kami tidur di homestay milik parents angkat ! kau ade? haaaaaaa rumah itu kami punya :)

malam kebudayaan

okay malam, ingat dapat rest.. fuhh terpesong jauh ! haha kami terus ke rumah penghulu kampung untuk malam kebudayaan.. mula mula dinner lah bro, makan lauk pauk yang aku tak pernah nampak + rasa + terfikir akan makan.. well, ini pengalaman baru.. sedap weh, apa nama lauk itu aku pun tak ingat ! haha blurpp Alhamdulillah kenyang :)

dalam pukul 9, bermula malam kebudayaan ! warga kampung akan membuat persembahan kuda kepang.. yup, kuda yang diperbuat daripada kain dalam cerita pontianak harum sundal malam itu.. jujur, aku tak pernah layan benda alah nie.. malam tuh aku kene menghadap kuda kepang yang ramai kata, BERHANTU ! aku telan air liur sambil lap peluh.. ape yang aku akan tengok nie ! zasss zassss *bunyi orang sebat lantai pakai tali.. okay persembahan bermula ! mak angkat aku cakap, kalau lemah semangat jangan duduk depan.. aku tarik kerusi pergi belakang, iyeee aku lemah semangat =.='

okay, aku buat bodoh jee sepanjang persembahan nie.. makin malam, makin menjadi ! sorang sorang penari kuda kepang tuh kene rasuk.. hoi, nie dah melampau ! siap makan kaca, pecahkan kelapa guna dahi, kopek kulit kelapa pakai gigi.. wuishh dah macam wrestling ! bila keadaan makin teruk, kami anak beranak berangkat balik rumah.. yeayyy aku suka ! well yang aku tak paham, kenapa orang kampung nak jugak buat persembahan macam nie sedangkan dorang tahu akan ade rasuk rasuk, puja syaitan, bakar kemenyan segala.. iyeee, aku bukan remaja yang suka tradisi ini !

senamrobik

pagi sabtu menjelma, hohoho mengantuk ! dengan kes kuda kepang semalam, belum hilang penat.. kene bangun awal pagi bila mak angkat dah bising ketuk pintu suruh bangun :) "yee mak, tengah siap nie" sambil tarik selimut HAHAHAHA bila sampai sekolah rendah, ohh gosh budak sekolah sampai awal dari fasilitator ! maaf yee kanak kanak, abang kakak kamu nie tak biasa bangun pagi kat kolej :)

bila dah berkumpul semua, kami start senamrobik yang entah ape jenis tarian kami buat ! hahaha budak budak tuh joget jeee, lantak.. asalkan pagi tuh keluar peluh, objektif senamrobik tercapai !

latihan dalam kumpulan

part nie, club ELS (english language society) ambik alih.. dorang buat lah spelling B dan banyak lah ! memang fun bila tengok adik adik cakap english.. buat trademark, joget joget ! kami budak PAC (performing art club) siap sedia barang untuk aktiviti seterusnya.. ada jugak aku join budak budak nie main game, sumpah seronok !

sukaneka

ini part yang paling dinanti oleh kanak kanak kampung parit bugis dan paling berdebar oleh aku ! kenapa aku yang dup dap dup dap? sebab segala jenis game, hadiah, peralatan adalah dibawah kelolaan aku =.=' sukaneka start dalam pukul 3 dan tamat jam 5 ! ade game ikatan kasih, pecahkan belon, bawak pingpong, masuk jarum dalam benang, cari gula gula dalam tepung, isi air dalam botol.. aku tau game nie macam sakai kan? tapi game macam nie lah buatkan budak budak itu tersenyum :)

paling penat weh ! aku berlari ke sana ke sini, nak tengok setiap game berjalan dengan lancar.. well, aku tau ade kelemahan and kekurangan tapi semua gembira.. itu aku suka !

kolam air panas

fuhh fuhhh badan penat, kaki lenguh dan family angkat bawak kami layan kolam air panas ! kasi tenangkan segala otot otot yang tegang.. terbaik lah mak abah :) aku rendam kaki dalam air sederhana panas, gila ahh ding dong.. kecut sudah kaki, kami balik lah rumah.. maghrib sudah tiba !

ceramah maulidur rasul

malam, kami diisi dengan slot kerohanian.. sempena maulud nabi (ahad), ketua kampung ada menjemput seorang ustaz untuk memberi ceramah selepas makan malam.. banyak input yang aku dapat dalam ceramah tuh, me like it :)

gotong royong

again, bangun awal wajib pada hari ini ! mak angkat kejut, bangun bangun... breakfast melantak nasi lemak ayam sedangkan kejap lagi nak kene cat tadika ! mampos... satu tadika kene cat, dengan dinding, bangku batu, tembok masuk tadika.. ingat aku nie buruh? dari ikhlas terus menjadi terpaksa, haaaaa.. best actually, dah lama tak cat cat nieh !

mengecat sambil dengar lagu, sambil mengumpat, sambil main cat kaki kawan adalah moment yang tak boleh dilupa ! peluh yang menitik umpama cat yang mengalir di dinding :) tepat jam 1, kami pulang ke homestay untuk berkemas diri.. mandi, beg perlu pack dan lunch harus diambil kerana jam 2 ada majlis penutupan.. there you go, program dah nak habis !

ronda kampung

lepas majlis penutup habis, ketua projek cakap bas akan sampai jam 4 petang ! whooaaa ade lagi 1 jam setengah nie, nak buat ape yee... fikir fikir fikir, tingg !!!!! idea mari.. "mak mak, nak pinjam motor boleh? ingat nak jalan jalan kampung lah".. yes mak bagi, green light sudah dapat ! aku bawak skuter weh, itu jee yang mampu.. motor yang ada gear nie aku tak berani nak angkut, kang masuk longkang memang gelak je yang aku dapat..

vrrooomm vrooommmm, aku pecut ! haaaaaa kalah mat rempit.. dengan tak pakai helmet, dengan pecut laju, dengan redah bumper, redah lubang.. haha.. rambut terkibai kibai macam lepak tepi pantai ! semua orang kampung aku lambai, aku senyum... best nya, aku nak rempit lagi ! jauh siak kami ronda, memang tak puas..

well, semua perkara akan best jika kita yang best-kan ia ! nie first event yang aku arrange by myself.. it's fun, fun gila ! so lepas nie kalau ada event lagi, memang aku nak join :) dah aku nak buat assignment ! adios ~

2 comments:

  1. wahh..rindu ni kg parit bugis..heehehe ^_^

    ReplyDelete
  2. Assalam. Boleh dapatkan any contact number pihak kg parit bugis? Kami berminat untk berprogram di sana. Do contact me at aisyenur77@gmail.com. thanks

    ReplyDelete