Followers

Wednesday 24 April 2013

Geng Lacursssss

siapa kata aku dah gemuk, aku doakan dia gemuk jugak. settle. 

now playing : Macklemore - Thrift Shop ft. Wanz
mood : gembira angat angat

tarik nafas, hembus. tarik nafas, hembus. tarik, hembuuussssss ~
ahhh nyaman sungguh udara kat Langkawi. hidung rasa senang lenang untuk tarik nafas, paru paru pun tak payah bersusah payah nak pam oksigen kat seluruh pelosok tubuh aku. kalau kat KL, bukan main payah nak dapat hirup udara yang bersih. susah, kotor yang amat. debu debu hitam bertempiaran kat atmosphere. 

oh yaa, pada yang tak tahu, aku baru jee jejak kaki ke Langkawi. salah satu tempat kat utara semenanjung Malaysia yang jauh gila nak mati, kalau kau naik bas dari Johor. program anjuran MPP UiTM Segamat Johor ni adalah satu program lawatan penghargaan untuk kami, si bekas bekas MPP, yang dah bertungkus lumus bawak jawatan tu sebelum ni. kira macam sesi berterima kasih laa kat kami, ecehhh. lawatan 4 hari 3 malam ni cukup buat aku gembira. walaupun aktiviti yang disediakan hanyalah lawatan ke makam mahsuri, telaga mahsuri, kilang minyak gamat, galeri Tun Dr. Mahadhir. hmmm seperti lawatan sekolah bukan? tapi chill, tempat tempat ni best sebenarnya. yelaa, walaupun aku dah 21 tahun, aku baru tau yang Mahsuri tu ada penyakit Leukimia, pasal tu dia ada darah putih. hahaha. okay gurau gurau, sorry. 

kat sana, kami semua tetap ikut program dan aktiviti yang disediakan. ikut saja. ikut ikut ikut. dan bila bosan, kami yang diberi nama Geng Lacursssss akan buat hal sendiri. seperti apa? yaaaa kami buat acapella kuat kuat tanpa rasa segan silu, kami naik banana boat, kami pergi karaoke malam malam buta, kami menganjing orang yang lalu lalang. pehh pehh. Langkawi tu memang kami punya. actually, Geng Lacursss tu bukanlah geng geng pelacur yang nak perhatian dari abam abam dompet tebal. tidak tidak. kami ni semua pelajar Universiti yang educated pulak. mana main duduk tepi lorong, skirt ketat, gincu nahh setebal yang boleh. nama geng ni wujud entah bila pun aku tak tahu, pum pang pum pang, eh tiba tiba dah ada nama geng. pelik jugak. meh laa kenal dengan Geng Lacurss.

- 12 manusia yang tak pernah duduk diam -

Fairi : handsome, kacak, putih, tough, wangi, pandai, alim, comel.
Kulai : budak UiTM Larkin, ramping, kuat marah, suka bukak pintu bilik air walaupun ada orang tengah mandi.
Diba : Fazura wannabe, Atashinchi jadian, jiwa kacau, scandal Faidi.
Dila : budak diploma lagi, pendiam, mata juling.
Che'ai : datin sangat, acah model, kaki lemas, budak system.
Amin : putih melepak, kuat blushing, budak PERMAS, alim *pakai kopiah*.
Awin : Ainan Tasnum, Najwa Letop, kasut berlubang, gelak tak ingat dunia.
Syarani : abam k-pop, kaki gayut, suka pow power bank Diba.
Kyrel : pendiam, pandai silat, scandal Che'ai eh eh eh eh eh eh eh eh eh eh eh?
Dharwis : bos, keding nak mati, cepat mengantuk, budak topi yaww.
Faidi : kaki menganjing, Shah Jazle kepala hotak dia, seluar ketat, komander. haipp kiri kanan kiri kanan ! 
Fandi : ratu tonggek, pengacara Nona, minat Elly Mazlien. 

TADAA TADAAAAAAAA

terima kasih sebab semua sudi datang dalam hidup aku dan bagi hidup aku huru hara. terima kasih sebab sudi jalinkan hubungan persahabatan dengan aku dan buat diri aku sentiasa gila. terima kasih untuk layanan baik yang seakan akan buruk. terima kasih sebab buat geng kita semua menjadi target untuk dibenci manusia sekeliling. oh apa kesah? terima kasih sebab buat Langkawi ni macam bapak korang yang punya tempat. terima kasih sebab buat riuh satu bas, kalau bas tak bising, senyap je, baik aku naik van jenazah, yee dok? kih kih kih. 

masing masing ada perangai masing masing. dan perangai yang berbeza tu lah yang membuatkan satu dunia tunggang terbalik kalau semua berkumpul. semua the best. taktau dapat jumpa lagi ke tidak lepas ni. taktau dapat lepak lagi ke tidak. dapat gelak sama sama ke tidak. people come and go but memory still there. aku malas nak taip panjang panjang, assignment essay 10 muka surat aku tu pun tak siap lagi, nak menapak lama lama kat blog pun tak boleh brader. so bai bai, nikmatilah gambar gambar percutian kami di Langkawi. nah ambik. 






























































5 comments:

  1. pat kau je baik2 eh.....dasar jaffar onn...ahaks

    ReplyDelete
  2. aku baca balik post ni. sumpah gila rindu weyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

    ReplyDelete
  3. takleh nak byk lagi ke gmbr?

    ReplyDelete