Followers

Thursday 8 September 2011

tired !!

assalamualaikum ~

ya-Allah, ujian dan dugaan silih berganti ! makin nak final, makin banyak bende terjadi.. hati tak larat, badan lemah, kepala sakit.. kuatkan lah aku ya-Allah, makin penat untuk harungi semua nie.. kesabaran senipis kulit bawang, tebalkan lah ia setebal mungkin.. nak mengamuk, nak menjerit, nak meroyan tapi seperti tiada guna ! hanya hati yang tahu bagaimana situasi sebenar.. mungkin orang sekeliling mampu menjadi tempat meluahkan perasaan tapi mereka tetap tidak dapat duduk di tempat kita.. sejuta orang mengenali kita, tapi hanya kita seorang yang mengenali hati ini.. dear heart, be strong ! just a few days to go, then all gone.. face it with your smile ayie, even you wear a fake one !

assignment makin penghujung sem makin bertambah, kenape? tipu kalau insan yang lemah nie tak salahkan lecturer kerana assignment hanya datang dari manusia yang bergelar lecturer je.. but, bila fikir balik it for our own good ! sometimes rasa nak give up dah capai tahap maksimum, lepas satu, satu lagi datang.. satu belum siap, satu lagi muncul ! nak salahkan siapa? buat assignment awal pun, tetap beratur yang lain.. lagi laa buat last minute :(

bila bicara pasal test, lagi pening ! dalam sehari ada 1 test, ape itu? nak focus yang mana? nak baca yang mana? kami nak score semua, tapi.. so kalau tak dapat pegang markah yang tinggi untuk mana-mana paper, salah kami ke?

perangai lecturer, nampak indah dimata, tapi disaster dalam hati ! bukan niat meng-aibkan sesiapa, ini luahan hati.. ini antara perangai seorang lecturer yang dari awal sem sampai nak penghujung sem, kami satu kelas bersabar..

- batal kelas sesuka hati
- buat kelas ikut masa dia
- tak cakap apa apa, tapi tiba tiba marah sambil cakap.. "kan saya dah bagitahu hari tuh"
- selalu salah ajar silibus
- suruh buat presentation belambak dalam seminggu
- bagi banyak kerja, tapi last last takde apa apa pun
- selalu salahkan pelajar
- suka mengamuk and menangis tanpa sebab
- suka buat test tiba tiba

mungkin yang baca nie rasa, normal laa.. nama pun student university.. kenapa korang cakap macam tuh? sebab bukan korang yang alami.. at first dengar dari senior tentang ini, aku pun tak percaya.. then bila alami sendiri, rase menyesal sebab tak percaya ! kami student hanya bersabar dengan segala perlakuannya terhadap kami.. dalam seminggu, empat hari kelas dye ! setiap hari lah kene bersabar :(

awak awak sekalian, tolong doakan aku & kawan kawan kelas aku dapat bersabar tempuh bende nieh ! lagi berape hari jee sebelum study week.. bagi laa kmai semua tempat yang selesa untuk bernafas dan bergerak... terima kasih ~

No comments:

Post a Comment