Followers

Tuesday, 26 February 2013

sedih, hiba, pilu


now playing : putih putih melati merah merah delimaaaaa ~
mood : berkeceramuk hati

Assalamualaikum

baru habis layan Meletop. terhibur sikit hati. sehari dua ni susah nak tersenyum, nak gelak seminit dua pun macam tak boleh. macam tersekat kat tengah tengah kerongkong ni. kalau rumah ada mesin x-ray, aku dah cuba tengok apa yang sekat tekak ni. apa yang sekat kegembiraan aku. cis. macam macam yang bergolek bersepah dalam kepala otak aku. berselerak. semua datang serentak, bukan reti nak beratur, masuklah satu satu, baru aku boleh manage satu persatu. macam manusia bangsa Melayu, tak reti sabar, tak reti beratur, berebut rebut nak masuk. ahh sial.

okay, pertama tentang degree.

yes yes yes degree, atau dalam kata lain ijazah sarjana muda. keputusan first intake dah cukup buat hati aku koyak rabak, macam baru lepas kena cakar dengan harimau. hyperbola aku teruk? pergi mati. kesah pulak aku. untuk pengetahuan semua, aku tak dapat ke degree untuk first intake. saat tu aku rasa masa depan aku dah gelap, hancur, macam baru lepas kena rogol lah rasanya. tapi bila dah muhasabah diri, dah masuk tanam sedalam dalamnya semangat positif dalam diri, okay. dah boleh move on. aku try buat rayuan. sampai sekarang, keputusan rayuan belum keluar. belum muncul. belum ada tanda tanda nak bagi aku tanda puas hati. ada hikmah, Allah nak bagi aku masa untuk berdoa, solat hajat.

kedua, tentang teater.

siapa yang baru kenal aku. siapa yang baru jinak jinak nak tahu tentang hidup aku. sebenarnya aku adalah seorang pelakon teater di UiTM Segamat, waktu zaman diploma dulu dulu. takdelah dulu mana, baru beberapa bulan yang lepas aku tinggalkan dunia diploma. ahh aku malas nak cakap pasal topik diploma. kang menangis aku. aku takdelah handal mana dalam bab bab teater ni, adalah sikit seciput ilmu tentang dunia lakonan. cara bercakap, intonasi suara, gaya percakapan, bahasa badan apa semua. aku mengaku, aku rindu nak berada atas pentas, nak bawa watak watak yang sesuai untuk aku, nak berlatih sampai pagi pagi buta. cis, rindu macam cipan tahapnya. kenapa cipan? amboi suka hati aku lah.

harini, 26 Februari 2013.

bebudak kelab teater aku waktu diploma dulu akan buat Teater Musical Tribute to P.Ramlee. best nye best nye. sejak aku habis diploma, aku duduk rumah, aku tak dapat keep in touch dengan kawan kawan teater aku. dapat bertanya khabar dua tiga kali jee. bila aku dapat tahu ada teater ni, aku nak pergi sangat. sangat sangat. aku nak sangaaaaatttttt pergi. aku nak datang tengok. nak datang support. nak tunjuk muka. nak bagi semangat kat mereka. tapi tahu tak apa itu tiada rezeki? kalau tahu, bagus. malas aku nak terangkan dari segi istilah dan bahasa. Allah dah tentukan, Allah dah tetapkan yang aku tak akan dapat tengok teater mereka. iyee aku sedih. hiba. pilu. tak dapat nak turun ke daerah tercinta untuk bagi sokongan kat bebudak teater. aku serba salah sangat, serba salah serba salah ! apa yang aku boleh buat, tengok je gambar gambar dorang dan tunggu video dari mereka. hati ni macam baru lepas kena himpap dengan gajah, gajah paling gemuk dalam dunia. dah penyek, remuk, hancur. pernah tengok tanah liat kena lenyek dengan tayar kereta? kalau pernah, bayangkan itu hati aku. kalau tak pernah, pergilah buat. tengok.

ya-Allah. aku rindu dunia teater. aku rindu dunia diploma. aku rindu suasana dua tahu setengah yang lepas. kenapa entah hidup aku selepas diploma ni macam macam macam tak best je. kenapa entah? bukan nak merungut, tak baik. cuma kadang kala manusia biasa macam aku ni tertanya tanya. tengah melanguk tepi tingkap, tengok awan gelap, tengok tupai tebuk buah jambu, tiba tiba timbul persoalan tu. biarlah. nanti nanti Allah akan tunjukkan hikmahnya. episod diploma dah habis. tamat. episod duduk rumah menganggur jadi surirumah tengah berlangsung sekarang, sedang enjoy. aku tengah tunggu episod baru. episod yang bakal mengubah hari hari bangun lambat aku. sebenarnya aku bosan duduk rumah. maaf lah kalau statement aku terlalu kasar. itu yang aku rasa. dah bai bai, Assalamualaikum

Monday, 18 February 2013

angka Twitter


now playing : waktu kita by Sobad
mood : puasa

tik tik tik tik tik
hujan turun membasahi bumi Putrajaya. langit yang tadinya cerah melempar cahaya matahari makin lama semakin menghitamkan diri. semakin gelap. seakan akan sudah malam, padahal jam dinding baru menganjak ke waktu petang. keliling yang sejuk sejuk manja menarik narik nafsu bujang aku untuk menghempas badan di atas katil empuk. ahhh bantal seakan akan gadis seksi yang mengharap aku untuk terus peluk bersetubuh dengannya.

nasib baik iman aku kuat. kukuh. padu. mantap.

aku yang dari tadi menjeling katil terus ambik novel, baca. iyeee aku anak lelaki Mohd Hasim dan Nor Rozilawati yang gemar membaca, menelaah novel novel separa jiwang. aku bukan kaki baca buku yang penuh fakta, risalah berkaitan politik. penulisan mengenai kisah cinta jiwang karat mendayu dayu. tidak. jiwa aku tak kena langsung dengan bahan baacn macam tu. mungkin satu hari nanti. bila semua hasil tulisan yang aku suka pupus, baru aku tatap bahan ilmiah sebegitu.

sebenarnya aku nak kongsi satu permainan di Twitter yang aku tiba tiba enjoy untuk bermain bersama. permainan yang aku rasa pernah menjadi satu fenomena ketika di Facebook, kini dimainkan di dalam Twitter. permainan angka yang memerlukan sesiapa bagi nombor yang mereka suka - tidak ada limit, kau nak bagi satu angka boleh, berpuluh ribu juta angka pun boleh. dan bila seseorang tu dah bagi kat kita nombor kesukaan mereka, kita harus describe anything yang kita nak tentang diri mereka. so untuk permainan ini, untuk diri ini, aku mewakilkan nombor 7 sebagai diri aku.

ini adalah pandangan, kejian, kutukan, pujian dan segala macam andaian dari kawan kawan Twitter tentang diri aku yang serba naif. eh geli. sila baca.

7 - One of my awesome friends. Tak pernah lupa kenangan dkt sklh dulu dgn dia. Baik & tak berkira dgn kawan. Can't wait to meet you again :)

7 - uitm mencemburui kita , sbab tu dia suruh aku quit , kalau tidak mahu bergegar satu TS tu aku mandikan , SR pakcik dah lejen

7 - untuk berterus terang , at first aku mmg tak kenal lansung kau , but lepas aku kenal sikit2 aku taw kau baik hati , n boleh masuk kepala

7 - sahabat yg baik. A very good person which can consult, persuade, motivate his friends. :D

7 - lu hutang gua chicken mcdeluxe. Lu rileks gua sampai putrajaya gua gegar lu.

7 - ex-uitm segamat. Tak tahu mana asal usul. Aleh2 follow. Current location putrajaya. Pernah nak try Jiha. Ape pon tak boleh.

7 - Emm tak pernah tfikir yg kita akan jadi kawan and boleh rapat. Sangat tidak ego dan rendah diri. Mmg seswai jadi abg long. Haha

7 - Fairi punya 7cm ke 7inci? Hmmm. Curious.

7 - eeeeeeek sgt friendly & talkative! sometimes got way out of hands. gittew x)

7 - skandal kak sarah.

7 - aku taktau orientasi dia apa sekarang bahahaha. dah sombong ajak lepak taknak (boooooo) . rumah aku ke rumah dia tak sampai 5 minit

 7 - suka tido lambat....bangun lagi lah lambat..ayam dah balik reban makan tgh hari pun,dia x bgun tido lg..hahaha☺

sudah baca? ini je yang dapat aku kumpul semalam. permainan sangat singkat sebab waktu sangat cemburu dengan kami. mana tak cemburu, waktu tu pukul 4 pagi. bukan setakat waktu, mata pun dah bagi hint hint untuk dia lelap, cemburu jugak lah rasanya. cis. sampai sini saja entry untuk kali ini, gua nak tolong mak gua sediakan makanan untuk gua berbuka. perut gua dah main keroncong, marhaban, lagu lagu shuffle apa semua. tunggu nak enjoy music


Saturday, 26 January 2013

Pergi Seorang Sahabat


now playing : Teman peganti
mood : redha

Assalamualaikum w.b.t
salam untuk semua pembaca
salam untuk kawan kawan dan ahli keluarga

Ahmad Shaznuriman
seorang rakan
seorang sahabat
seorang teman dunia akhirat
seorang yang lawak
seorang yang power main gitar
seorang yang suka senyum tak kira masa

menggigil jari jemari saya taktala menaip semua ini
masih berdegup kencang jantung ini
masih tertanya tanya, ini mimpi atau realiti?

Ahmad Shaznuriman
pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Perniagaan (DBS)
UiTM Segamat, Johor
kolej Sempana Riau

25 Januari 2013
hari Jumaat
dalam jam 8 malam
dia sudah pun meninggalkan kita semua
meninggalkan dunia yang sementara ini
kemalangan motosikal mengakhiri segalanya
kawan kawan, Man dah takda :'(


tegak bulu roma bila dapat berita sedih ini
tak percaya
tak boleh terima
terlalu awal kau pergi
terlalu muda kau menghadap yang Maha Esa
hanya bacaan Yaasin dan surah al-Fatihah yang mampu tenangkan keadaan

Sabtu pagi
26 Januari 2013
sesudah Subuh
aku dan beberapa lagi kawan tangkas keluar
kami ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
ramai rakan rakan UiTM yang ada di sana
ramai yang sanggup turun
ramai yang nak lihat arwah untuk kali terakhir
ramai yang masih sayang kau Man, Alhamdulillah

pagi ini jenazah akan di post mortem
kami tunggu di luar bangunan Forensik
selang beberapa minit
kami semua diarah untuk ke Masjid Dato' Haji Kamaruddin, Petaling Jaya
jenazah akan dimandi dan disolatkan di sana

selepas jenazah dimandikan
kami semua diberi peluang untuk melihat arwah
seorang demi seorang pergi
aku?
aku masih berdiri di tepi
aku menggigil, mahu lihat atau tidak
aku tenangkan diri
melangkah setapak demi setapak ke arah jenazah

maaf
aku tak cium dahi arwah
bukan aku sengaja, bukan aku taknak
aku teringin kucup dahi arwah
teringin sangat ya-Allah
tapi aku tak kuat
aku tak kuat hadapi semua ini
yang kaku di depan mata aku ini ialah kawan aku
aku berdebar
bertakung air mata, tunggu untuk mengalir saja
apa yang aku boleh buat, hanya tatap wajah kau
Man, wajah kau tenang
setenang air mata yang mengalir


ayah arwah sangat tabah
tabahnya dapat dilihat dari air muka
dari percakapan
dari tindak tanduknya menguruskan jenazah anak tercinta
sangat tabah

ayah arwah berpesan
jika arwah ada salah silap sepanjang hidup
ada buat sesiapa marah, terasa hati, terkecil hati, terguris perasaan
maafkan arwah
tolonglah, ayah arwah merayu kepada kami
kepada kita semua
maafkan arwah

halalkan makan minum arwah
halalkan ilmu yang telah sesiapa curahkan kepada arwah
jika ada hutang, sila tuntut
jangan pendam
ayah arwah dan keluarga akan langsaikan

Ahmad Shaznuriman
walaupun kita tak rapat
tak pernah bertegur aku rasa
kau tetap sahabat aku dunia akhirat
kita sekampus
kita sebaya
kau dan aku saudara sesama Islam
aku dah maafkan segala perbuatan kau
aku dah halalkan apa jua yang aku dah bagi
secara sedar ataupun tidak sedar

Ahmad Shaznuriman
setiap kali kita selisih di kampus
setiap kali kita terserempak di kolej
setiap kali aku terpandang kau, kau terpandang aku
apa yang aku ingat
kau selalu senyum kat aku
walaupun tak bertegur, tak bercakap
senyuman kau tetap segar dalam ingatan aku
itu saja kenangan persahabatan kita

kita pernah lepak sekejap di kolej
sekejap sangat
kau sibuk ke hulu ke hilir dengan gitar
mulut kau selalu mengalunkan lagu
tenang hati aku bila teringat saat itu

semoga kau tenang di sana Man
rehatlah sepuasnya di samping Allah s.w.t
aku akan selalu sedekahkan al-Fatihah untuk kau
muncul lah kau dalam mimpi kami
mimpi kawan kawan kau
biar hilang sikit rasa rindu kami terhadap kau
tunggu kami semua di sana
kami akan menyusul, cuma awal atau lambat saja
kami sayang kau
aku sayang kau
- Ahmad Shaznuriman -

terima kasih kepada semua kawan kawan UiTM
yang turun ziarah arwah untuk kali terakhir
Alep Tomok, Zamel, Greenday, Sufi, Adib
Tobi, Sandra, Exco, Sopi, Poku
Nicky, Razzmir, Alat, Satek, Hikari, Aliff
Syaheedan, Gory, Soy
Putri, Nad, Juju, Syifa Mat, Liena Carino, Alia, Dee
dan kawan kawan lain yang tidak disebut disini
kita semua kuat
kita semua kena tabah
kita redha akan pemergian arwah
Al-Fatihah

Tuesday, 22 January 2013

ini peluang


now playing : Never say never
mood : selsema ! 

eheeemmm eheeemmmm
tadaaaa tadaaaa Assalamualaikum kepada seluruh manusia di muka bumi ini ! 
nak tumbuk saya? silakan
nak marah saya? silakan
nak hentam kutuk jeling saya? silakan

bukan sengaja tak update blog. tahukah kalian, bila seseorang manusia itu sudah diselubungi dnegan perasaan malas tahap dewa naga berkepala tujuh, kemungkinan untuk dia tidak meng-update blog sangat tinggi ! yes saya cakap benda yang betul. cerita memang ada, idea mencurah curah, cuma semangat nak menaip tu hilang. takda. misteri sungguh. tapi jangan risau, aku tetap akan update blog kesayangan anda anda ini. hew hew hew ! actually aku baru saja lepak dengan one of my schoolmates Isnin lepas and bila lepak, soalan pertama dia ialah "weh, kau dah lama kan tak update blog?" and i was like -.-' 

"err kau pun baca blog aku jugak ke? okay malu, ada baldi? nak tutup muka" 
sambil cakap dalam hati

terkejut laa kan, orang yang kita tak sangka itulah orang yang rupa rupanya selalu layan cerita dalam blog sakai aku nie. aku takde laa pulak update cerita pasal Dato' K accident patah tangan ke, cerita Neelofa menggedik ke, cerita Dalam Hati Ada Taman ke. semua cerita cerita aku cerita yang bosan, iyeee bosan ! HAHA tapi takpa, aku hargai mereka mereka yang sanggup on laptop, semata mata nak layan blog aku. oh sumpah terharu, rasa macam nak menangis sekejap.

oh yaaa back to the title,

actually aku ada seorang kawan. dia nie jenis yang sempoi, pakai short bila keluar, layan heavy metal, rambut pacak pacak, smoke, alaaaa ibarat remaja remaja hipster yang lain. bagi mata aku, okay je. aku tak kesah kawan dengan sesiapa pun. maybe dari pandangan mata manusia lain, dia seperti remaja yang nakal. ouchhhh ! tapi bukan itu yang aku nak cerita woi, rilex rilex.

one day dia story kat aku,

Dia : Fairi, aku ada cerita ni
Aku : haaaaa cerita laa
Dia : macam ni, mak dengan kakak aku nak pergi umrah. kan kena bawak seorang mahram lelaki kan?
Aku : err haaa, yup ! so?
Dia : tapi nenek aku sakit, kena buat operation. so bapak aku kena jaga dia.
Aku : okay then?
Dia : so mak aku ajak abang aku, abang aku pulak busy dengan kerja kerja dia.
Aku : aku macam dah dapat hidu jee ending cerita kau -.-'
Dia : last sekali, mak aku ajak aku ! 
Aku : whoooaaaa great ! pergi lah, tahniah weh
Dia : masalah sekarang, aku belum sedia. kau tengok jelaa diri aku macam mana kan? nanti kalau dah pergi sana, then balik sini, takkan aku nak terus jadi baik, pakai kopiah semua. aku belum sedia weh.

*begini lah perbualan kami berdua. ada sikit tokok tambah, tapi macam inilah ceritanya*

apa yang aku nak cakap ialah, ambil peluang itu wahai kawan. kalau nak tunggu kita sedia 100%, memang lama lagi lah gamaknya. ini semua rezeki Allah. bukan senang nak buat umrah dalam usia muda macam kau. kau patut bangga weh. mungkin ada hikmah kenapa Allah pilih kau untuk dijadikan salah seorang manusia yang akan mnegerjakan umrah. cuba fikir dari sudut positif. 

kalau tanya aku, aku pun sayang diri aku yang sekarang. gila gila, carut carut, lepak sana lepak sini. tapi kalau kita dah jejak kaki ke sana, semestinya kita kena berubah. tak payah berubah 100%, semata mata nak tutup pandangan orang lain terhadap kau. maksud aku, berubah dari sudut lain. mungkin bila kau dah balik Malaysia, kau boleh jee pakai seluar panjang instead of short tu. kau boleh jee lepak lepak asalkan tak melampaui batas. chill. kau jangan risau, aku ada, kawan kawan kau ada, awek kau ada, kami semua sokong kau. kami ada jee kat belakang kau. bukannya bila kau dah pergi sana then balik sini kami semua taknak kawan dengan kau sebab kau dah mengerjakan Umrah. gila jahat kalau macam itu. kau tetap kawan aku lah, baik buruk kau, kau tetap kawan dunia akhirat. 

so kepada kawanku,

terima ini sebagai peluang dari Allah untuk kau. tak semua orang dapat peluang ini. go for it ! InsyaAllah ada hikmah yang baik untuk kau, keluarga kau, masa depan kau dan untuk kami semua, kawan kawan kau. chill, ada masa kita lepak lagi. adios amigos ~

Monday, 7 January 2013

Segamat Aku Datang


now playing : Ku Pinang Kau Dengan Bismillah
mood : rindu

weee weee weeeeeeeeeeee
hai Assalamualaikum !
saya nak bagitahu bahawasanya saya baru sahaja menjejakkan kaki ke bumi Segamat
fuhyoo fuhyooo

Ahad, 30 Disember 2012

Rashid : Fairi, jom pergi Segamat woi
Aku : serious?
Rashid : serious lah. kita pergi hari selasa nie.
Aku : serious? haha kenapa tiba tiba woi
Rashid : saja jelaa, lepak lepak dengan budak sana.
Aku : habis kau tak kerja ke?
Rashid : pandai pandai lah aku deal dengan boss aku. haha jumpa selasa nie :)

HAAAAAAAAAAA
gila babi tak happy? tiba tiba ada orang ajak lepak Segamat. aku nie dah lah suri rumahtangga, takde kerjaya, duduk rumah, besarkan perut. bila ada jemputan istimewa cenggitu, apa lagi, bantai. esoknya aku tanya mak abah, dan satu keajaiban berlaku, MAK ABAH BAGI AKU PERGI SEGAMAT ! arghhhhh aku apa lagi, joget joget laa. 

waktunya sudah tiba, Selasa jam 12.30 tengah hari, aku tunggu dua manusia yang tak pernah punctual, si Rashid dan Salim. dua dua buat aku sakit hati, tapi takpa. dua dua kawan baik aku, rindu punya pasal, sakit hati aku tolak tepi. nampak tak aku nie sebenarnya baik? muahahahahahahha. eh sorry, over pulak :)

bila dah sampai Segamat, aku happy sangat. bandar yang dah lama aku tak jejak, bandar yang aku rindu, bandar yang mengajar aku erti kehidupan sewaktu zaman diploma, perghhh. di kampus, aku stay kat bilik Huss, Faizal dan Zairul. they're my best friends, thanks for letting me stayed there :) aktiviti aku kat sana? lepak lepak jelaaa, itu pun dah cukup bahagia. teman Zairul pergi latihan teater, dinner dengan junior, teman Huss berjimba kat induksi course. 



Khamis, jam 11.30 pagi.

aku keluar berfoya foya di bandar Segamat dengan jantan jantan aku yang aku sayangi ! haha Faidi, Khai dan Dharwis, bebudak jantan yang aku rapat semasa Diploma dulu dulu. thanks sebab ajak aku lepak bersama. kami makan makan, karaoke 3 jam tanpa henti. gila tak gila? memang lepas rindu sangat sangat. lagu Jangan Pisahkan, Kau yang Bernama Seri, Cintaku 100%, Melompat Lebih Tinggi, Sephia. WOISHHH banyak lagi lah. kau bayangkan, 3 jam memekak dalam bilik kecik tu, semua lagu kami bantai. 

untuk pengetahuan semua, sepatutnya aku kena balik ke Putrajaya hari Jumaat, yelaaa sebab dah janji dengan mak abah yang anak lelakinya ini akan pulang selepas solat Jumaat. tapi keajaiban terjadi sekali lagi, muehehehehhe

zreeettt zreeettt *phone berbunyi*

Mak : Assalamualaikum Ayie
Aku : Waalaikumussalam Mak
Mak : Ayie balik bila?
Aku : Ayie balik hari ini laa, kenapa mak?
Mak : eh kenapa balik harini? tak payah balik, tak payah. Ayie balik hari ahad okay? nanti mak abah ambik Ayie kat Segamat.
Aku : haaaaaaaaa apa? serious? haha yeayyy yeayyy okay mak, jumpa ahad ni

HAAAAAAAAA !
gila tak happy? mak bagi extend sampai hari ahad, maknanya aku ada lagi 3 hari untuk dihabiskan di Segamat. ololololoooo comelnya keajaiban ini ! so aku pun berjimba lagi sampai hari ahad. Ahad pagi, jam 10, aku dan mak abah pun bertolak lah balik ke bumi Putrajaya. awwhhhhhh bye bye Segamat.

aku plan, bulan February nanti, aku akan jejakkan kaki lagi ke sana. nak jumpa kawan kawan sebelum aku melangkah ke dunia degree, jika dapat lah :) so doakan saya dan kawan kawan batch saya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah yee. keputusan akan keluar hujung bulan satu ini ! phewww berdebar. okay dah, nak layan Adam Hawa pulak :)








Monday, 31 December 2012

Selamat Pengantin Baru


now playing : Pandang Pandang Jeling Jeling
mood : lega

HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHA 
okay Assalamualaikum !
sorry sorry sorry kali sejuta
dah lamaaaaaaaaa gila aku tak update blog
bukan taknak update ke sentuh ke apa ke, cuma takda masa
oh yaa alasan takda masa cliche' sangat kan?
okay sebenarnya aku dah lama nak update, cuma mood nak menaip tu hilang
haaaa hilang entah kemana, epic bukan alasan aku? haha

lepas aku grad Diploma dalam awal bulan 11 haritu
dengan takda rezeki nak kerja
aku tolong mak abah uruskan hal hal kahwin Bangah
yes, abang aku akan tamatkan zaman bujang dia
excited? sudah tentu :)

so pada 21 December 2012
lepas solat Asar
di Masjid Muadz, Setiawangsa
Ahmad Zakwan selamat menjadi suami kepada Siti Fairuz
and yes yes
saya sudah ada kakak ipar
weeehooooooooooooooooooooooo












pada 22 December 2012
bertempat di Equestrian Park, Putrajaya
berlangsung majlis makan makan dari pihak lelaki

harini paling penat dalam dunia aku
HAHA
first time urus majlis macam ini
dari pagi sampai petang
tetamu tak putus putus datang
tangan kaki aku yang nak putus layan tetamu !
tapi fun laaa
bukan selalu kan buat benda benda cenggini













Thursday, 25 October 2012

aku harap..


now playing : live while we're young
mood : puasa

Assalamualaikum,

yes yes hari ini Hari Arafah, means ramai umat Islam berpuasa sunat, termasuk aku yang comel dan handsome nie, haha ! lagi berapa jam saja nak berbuka, sabar ayie sabar, memang banyak makanan bawah tudung saji tu, sabar yee..

bila Diploma dah melabuhkan tirai
Degree pula melambai lambai

aku harap 
hubungan aku dan kawan kawan tidak terputus
tidak terhenti di tengah jalan
tidak hilang dari pandangan mata

aku harap
jika Allah benar benar pisahkan kami
pisah dari pandangan zahir
Allah juga akan dekatkan kami melalui doa
rapatkan kami melalui doa
hadirkan rasa rindu kami melalui doa

aku harap
kami semua mencapai kejayaan
kami mendapat apa yang kami impikan
kami berjaya melangkah setapak ke hadapan
kami mampu menggembirakan ibu bapa kami dengan kejayaan kami

ya-Allah ya-Tuhanku
moga Kau makbulkan harapan aku
hanya ini yang aku pinta
hanya ini yang aku mohon
aku masih belum bersedia untuk menerima perpisahan secara keseluruhan
mungkin perlahan lahan aku terima
kuatkan hatiku
kuatkan semangatku
insyaAllah
kami bertemu kerana-Mu
kami berpisah juga kerana-Mu