Followers

Monday 27 January 2014

2014



now playing : Muhasabah Cinta
mood : mengantuk

Assalamualaikum ~
pertama sekali, happy 2014 everyone. happy new year. aku tahu waktu ini agak lewat untuk ucap segala macam benda tapi heyy tak salahkan? baru 28 Jan 2014, kita masih di awal tahun, masih rasa seperti semalam tengok bunga api pomm pomm pommm.

kedua, maaf dari hujung ubun ubun rambut hingga ke hujung jari telunjuk kaki sekiranya engkorang semua telah lama menanti entry entry baru dari aku. jari jemari aku lebih cenderung ke arah menaip assignment, menekan punat "play" untuk melayan movie, mengedit gambar kulit gelap kepada kulit cerah. dunia blog semakin aku lupakan. keinginan untuk bercerita di alam maya kadangkala timbul kadangkala tenggelam. risau betul aku kat diri sendiri, hiks.

ketiga, just to let you know, i'm 22 years old. another one month, i will continue my studies in semester five. laju masa bergerak. setiap detik setiap saat minit jam, aku tak pernah hitung. setiap hari minggu bulan tahun, persetankan semua tu. aku tak pernah nak rasa yang dunia semakin tua, oh well me too. usia saban tahun makin meningkat, matangkah diri?

solat cukup?
banyak ke amalan baik?
emak abah, aku jaga? aku kisah?
pergaulan masih bebas. ilmu agama bukan seluas laut pun.

sampai bila nak bergelak ketawa. nak kesana kemari bergembira. sampai bila nak tutup mata dengan imaginasi, illusi bodoh rekaan sendiri. hakikatnya, kehidupan sebenar tercicir. masa depan tak pernah aku nak endah, agaknya kalau masa depan ni macam kotak kasut, mungkin aku dah tolak bawah katil, tolak dalam dalam. tak pun campak dalam stor. mudah. anggap semua benda mudah. sedangkan aku taktau esok ke, lusa ke, kejap lagi ke, aku dah ditemukan malaikat maut. mati itu pasti, kenapa tak pernah ambil peduli? muhasabah ~

keempat, aku buat entry ini disebabkan aku bosan, bila bosan, aku terfikir. elok juga aku bukak kaunter pertanyaan kat kengkawan aku dan biarkan mereka tanya apa saja soalan yang mereka rasa mereka nak aku ungkai setiap satu jawapan. ini antara soalan soalan yang aku terima.

Aida : Perancangan bila nak kahwin?

ini perancangan kahwin aku. berpegang pada 'kita hanya merancang, Allah yang tentukan', aku mula letak umur untuk aku tamatkan zaman bujang InsyaAllah pada usia aku 26 tahun, bermaksud lagi 4 tahun dari sekarang. wow ! kahwin awal, dapat elak maksiat. kahwin awal, dapat anak awal. kahwin awal, dapat tutup mulut makcik pakcik pak sedara mak sedara yang tetiap kali raya, akan tanya "hai Ayie, bila nak kahwin?". hihi gurau.

Jafni : Bila nak belanja?

ada rezeki ada jodoh, dapat laa saya belanja awak Jafni. awak doakan lah pintu rezeki saya terbuka luas, seluas langit dan bumi, ada rezeki lebih, dapat lah saya payung awak nasi lemak ayam berempah sebungkus dua. hihi.

Haniff : Rahsia kekal muda dan jelita?

lawak soalan ni. Nora bagi 4 bintang ! hihi mana ada muda dan jelita, agaknya kita dah lama sangat tak berjumpa, selisih bahu bertentang mata ni. punyalah berjerawat muka saya ni, gelap pulak kulitnya. saya cuma pakai pencuci muka sahaja, cuci setiap kali mandi. oh yaa selalu senyum. itu petua paling mujarab :)

Alia : Apa yang awesome sangat pasal Ahmad Nufairi ni?

kalau tanya saya, memang saya jawab panjang berjela laa. hihi. setiap manusia ada pandangan tersendiri. ada tanggapan, pendapat masing masing. ikut lah kata hati awak, tanya diri awak sendiri, apa yang awak rasa awesome sangat kat diri saya ni? InsyaAllah saya cuba jadi diri saya. apa yang awak suka pasal diri saya, itulah ke-awesome-man saya. 

Mumtaz : Dah berpunya ke belum?

sejujurnya, saya masih belum berpunya. saat ini, hati saya masih belum ada sesiapa yang istimewa. yang mereka mereka tu, itu cerita lama. sudah jadi kenangan. Allah bagi saya peluang untuk hidup secara single, tidak dikongkong dan tidak perlu mengongkong. bebas untuk buat apa saja. saya akan gunakan peluang ini sebaiknya. saya yakin dengan perancangan Allah, setiap manusia sudah ditetapkan pasangannya, masa saya akan tiba. yang penting, bukan sekarang. hihi

Syahmi : Sudah dapat lesen kereta? dan bila mahu bawa saya keluar?

budak diploma punya soalan memang panjang, sikap ingin tahu dia tu membuak buak. kihkih gurau. okay Syahmi, Alhamdulillah saya sedang berusaha untuk menghabiskan sisa sisa terakhir di Metro Driving Academy dan InsyaAllah jika saya lulus JPJ dan segala ujian, maka saya akan peroleh lesen kereta saya pada bulan Mac nanti. doa doakan lah yee. dan jika panjang umur, ada jodoh, saya akan angkut awak pergi keluar beli goreng pisang dan hantar awak balik semula ke dalam kolej. hihi. 

Herdayani : Betul tak aku wanita paling gorgeous dalam dunia? 

bunyi cengkerik.

Leesa : Awak suka tak kawan dengan saya? nyatakan sebab?

Alhamdulillah setakat ini, saya suka kawan dengan awak. sebab apa? sebab awak pun sudi kawan dengan saya, itu yang membuatkan kita masih berkawan. ada sebab kenapa Allah temukan kita dua Leesa oi, samaada untuk belajar sesuatu ataupun untuk kita membanding bandingkan anak anak kita nanti. kihkih. saya suka berkawan dengan anda semua, kalau tak suka, kenapa kita jadi kawan.

kan? 
:)

sampai sini sahaja entry aku untuk permulaan tahun 2014. quite long. terima kasih kepada semua yang sudi singgah di blog ala kadar ni. ada masa, aku update lagi. tata.