Followers

Monday 22 July 2013

comeback


now playing :Dendang Perantau
mood : welcome back ! 

assalaaaaaaaaaamualaikum ~

iyee tahu, dah lama aku tak update blog. lama sangat. lama gila nak mati. maaf sangat bagi sesiapa yang tertunggu tunggu entry baru dalam blog ni. sejak melangkah masuk dunia degree, nafsu nak menaip naip ni semua hilang. lesap. entah, tak tahu mana nafsu tu pergi. oh oh salam Ramadhan, selamat berpuasa kawan kawan semua. sekarang dah 13 Ramadhan, so sempat lagi kan nak wish wish ni? 

sejak puasa ni, macam satu tradisi dalam dunia urban ni bila tengok TV, mesti cerita Tanah Kubur. si Nasir Bilal Khan yang jadi penggali kubur, setiap kali gali, ada balasan Allah. maksudnya memang penduduk kampung si Nasir tu semua jahat jahat belaka, haaa gitu. tapi baguslah, cerita ni ada pengajaran. ada satu, eh bukan satu tapi beribu elemen positif yang boleh meresap masuk dalam jiwa jiwa penonton. selain Tanah Kubur, bermacam macam cerita pasal anak derhaka, Ramadhan terakhir, mak bapak tak berbuka sama, kisah anak yatim, semua tu boleh meruntun jiwa. boleh mengalir ngalir air mata ni bila tengok. itulah Malaysia, tradisi turun temurun. 

nak cerita pasal bazar Ramadhan? lokasi untuk melempias nafsu. nafsu lapar, nafsu dahaga haus tekak kering, nafsu mata meliar liar cari jodoh untuk kebaikan masa depan. juadah berbuka kat bazar belambak, bersepah. macam macam jenis ada. nak ayam ada, nak kuih ada, nak nasi itu nasi ini ada, nak air bermacam warna, pilih je. tinggal nak keluarkan duit, hulur, kasi himpit himpit manusia lain, settle. kalau kat bazar Putrajaya, gerai roti john Uunan ke apekebende ejaan dia, itu paling laris. manusia beratur gila bapak punya panjang, hanya semata mata untuk meratah beberapa potong roti berintikan daging ataupun ayam, disalut dengan sos dan mayonis. gila tak telan air liur? 

yang si kaum Hawa pergi bazar macam nak pergi dinner kat hotel pun ramai. tak payah susah susah jenguk kiri kanan, nahhhhh berterabur depan biji mata. kain meleret leret macam nak sapu semua cawan plastik dan lidi fishball yang manusia lain buang atas jalan. bukan nak kutuk, tak baik, bulan Romodhon ni. cuma nak nasihat, cuba awak gayakan pakaian tu kena dengan tempatnya. kang esok lusa saya terpijak lebihan lebihan kain awak yang tengah syok mengelibas ngelibas atas jalan tu, awak jugak yang akan jatuh tersembam ke depan, jadi bahan ketawa instead of menjadi simpati kepada makcik makcik jual kuih cakoi mahupun abang TauFuFa. 

apa yang aku suka bila pergi bazar ialah bila aku nampak si penjual penjual juadah berbuka tu rata rata budak sekolah. bagus, kecik kecik dah ada semangat usahawan gitu. kecik kecik dah tolong mak abah abang pakcik jiran. kecik kecik tak kesah, lepas tersengguk sengguk tahan bosan kat sekolah, petang terus ke bazar, tolong apa patut, penat lenguh badan semua tolak tepi. salute lah. semangat bersaing tu bagus. kiri kanan peniaga memekik mekik, panggil pelanggan. ada yang siap tarik tangan orang ramai, suruh beli juadah mereka. macam macam marketing strategy yang aku boleh tengok. ada yang guna budak budak comel, letak depan kedai untuk tarik pelanggan. ada yang guna gadis gadis montok untuk tolong bungkuskan nasi kerabu, pun boleh tarik pelanggan. yang guna nama nama pelik atau bahasa sopannya, nama unik untuk setiap juadah. bagi pelanggan macam "eh eh ehhhh pelik ahh nama kuih tu. kuih jhsdhgsdkahdbdsjej namanya. jom beli 8 bungkus", haaa. ketawa aku kadang kadang.

baru 13 Ramadhan

lepas ni, esok lusa, minggu depan, kita taktau apa akan jadi. so setakat ni, Alhamdulillah Malaysia masih aman walaupun shisha diharamkan, walaupun ramai cikgu jadi mangsa kena tembak, walaupun Jaasuzuran kena bash teruk gila dengan admin Sampah Remaja dalam Twitter, walaupun Abby Abadi dan Ashraf Muslim kahwin baru, walaupun Astro tayang drama dan filem yang dah sejuta kali tayang. takpa, Malaysia masih aman. 

lepas ni saya update lagi yaa, muahhh kiri muahh kanan :)