Followers

Friday 22 March 2013

minggu pertama


now playing : that should be me by Justin Bieber.
mood : i'm home.

seminggu yang penat. seminggu yang penuh masalah. seminggu yang ke hulu ke hilir. yang paling sibuk, kalah perdana menteri. kalah Siti Nurhaliza. kalah Hatta Dolmat. semua kalah. aku yang menang. minggu yang memerlukan peluh aku mengalir kencang. deras. mencurah curah. minggu pertama degree betul betul menguji kesabaran aku. tapi buat rilex sudah. inilah kehidupan. baru ada umphh.

Alhamdulillah

perihal rumah sewa dah selesai. dapat duduk sebumbung dengan housemate yang tak kurang perangai masing masing. mereka kelakar. mereka suka sakat menyakat. solat Alhamdulillah tak tinggal. pinggan ada yang basuh ada yang tidak. sidai lipat baju? tak semua boleh buat. ada yang bawak kereta, ada yang tunggang motor. ada yang jadi penumpang. yang kaki dota? kaki layan movie? semua ada. si perokok samaada rokok Dunhill ataupun rokok elektrik yang kena charge tu, pun ada. barang dapur beli sama sama, shopping perkakas rumah sama sama, lepak ketawa makan semua bersama. semangat housemate kami kuat. InsyaAllah makin kuat dan kukuh dari semasa ke semasa. masalah kelambu tidak akan aku cerita di sini. tak sesuai nak dijadikan santapan mata kalian. baca masalah orang, apa faedah kan?

minggu ini, baru dua hari ke kampus. dalam dua hari, baru tiga kali masuk kelas. dalam tiga kelas, macam macam ragam dah terpacul keluar. kerenah lecturer yang sporting, yang suka menganjing, yang tiba tiba mengamuk sakan. eh semua ada. kadang tergelak sendiri dalam hati, saya belajar course Record Management atau course lakonan? haha. lantak. perangai rakan sekelas dah cukup buat dahi aku berkedut seribu. kening kadang naik kadang turun. sebok otak fikir pasal benda ni. untuk pengetahuan semua, kelas saya dimonopoli oleh dua kumpulan, kumpulan UiTM Segamat dan kumpulan UiTM Machang. yang minoriti diwakili oleh sekepala dua budak UiTM Merbok dan seorang gadis UiTM Sarawak. mungkin kami belum sedia nak join sekepala dengan bebudak dari kampus lain. satu hari nanti mungkin.

apa lagi yang nak dikongsi.

yaa yaaa, hujung simpang perumahan aku, ada dua jenis gerai yang selalu menjadi sasaran kami se-housemate untuk memborong hasil jualan mereka. satu kedai jual air. macam macam jenis air. yang buat kami ketagih untuk beli setiap petang ialah air tebu. pehh pehhhh Segamat yang sentiasa bahang dan panas dek kerana limpahan cahaya matahari dah membuatkan kami selalu menelan air warna hijau kusam kusam tu. sedap dan sejuk nak mati. lega tekak, tekak yang kering macam kat Mesir dah dibasahi seperti air sungai Congkak yang mengalir tenang. eceewah.

kedai lagi satu, kedai jual kuih. kuih kuih yang makcik makcik kampung buat memang sedap. aku taktau apa rahsia mereka. ada ramuan ramuan pelik yang mereka masukkan kot. sedap hingga jilat jari. kegemaran kami bebudak rumah ialah donut Alai. lembut dan gebu macam peha amoi cina yang selalu jual topup kat kedai Maxis. donut yang disaluti gula sudah cukup buat perut aku melonjak gembira. tak kurang hebat makcik tu punya keropok lekor dan pisang goreng dan ada satu dua lagi kuih. aku tak ingat nama dia, aku makan jee.

ini saja yang dapat aku kongsikan untuk minggu pertama sebagai seorang pelajar degree. mungkin akan ada banyak lagi cerita yang akan menyusul selepas beberapa minggu akan datang. doakan kami semua tabah harungi semua ini. Assalamualaikum ~

Wednesday 13 March 2013

Dunia Degree


now playing : apo kono eh jang
mood : berdebar debar

apa apa pun, Assalamualaikum semua

Alhamdulillah. syukur sangat sangat bila Allah curahkan rezeki yang tak semua orang dapat. tak semua rasa. tak semua peroleh. rezeki untuk sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda cukup buat aku gembira. senyum dari telinga kiri ke telinga kanan. kalau boleh nak senyum sehari semalam, non stop. kalau boleh lah. Alhamdulillah, Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Rekod di UiTM kampus Segamat Johor cukup buat aku bangga. cukup buat mak abah gembira.

dari bulan sebelas tahun dua ribu dua belas, aku duduk rumah. tak buat apa apa. kerja? jauh menyimpang. bukan malas, cuma takda rezeki nak ke alam pekerjaan lagi. aku rela jadi surirumah tangga sepenuh masa. hampir 5 bulan duduk rumah, berdoa siang malam nak masuk degree. sampai aku paksa orang keliling turut doakan. apa aku kesah. doa banyak banyak kan berkat.

dunia diploma dah selamat aku tinggalkan. macam macam kenangan ada. bersepah. nak ingat satu satu memang payah. sekarang aku kena tempuh dunia degree. dunia yang lagi mencabar aku rasa. lagi banyak masalah kena hadapi. lagi besar kemungkinan menghidap stress melampau, migrain, cubaan bunuh diri. insyaAllah, apa yang terjadi di zaman diploma tak akan berulang di kehidupan degree. aku akan pastikan, tak akan berulang. tak akan ! gila bosan benda yang sama, yang pernah kita tempuh, jadi lagi sekali. bergaduh perang mulut? dah lapuk. dengki? talam dua muka? pengkhianat? semua tu golongan yang aku dah bunuh dalam kotak fikiran aku. kalau wujud lagi manusia macam tu, tahu lah apa aku nak buat.

betulkan niat. aku sambung belajar kerana Allah. aku nak tuntut ilmu Allah. keberkatan tu penting. aku nak mulakan hidup baru. kisah baru. episod baru dalam diari jangka hayat aku. bukan senang nak dapat rezeki macam ni. bila dah dapat, gunakan seeloknya. sampai sini saja penulisan aku. nak terkoyak perut tahan lapar. aku perlukan sumber tenaga seperti KFC ataupun Kenny Rogers Roasters. pehhh pehhhh sedap ! insyaAllah, lain waktu aku update tentang kehidupan aku. challo betei ~