Followers

Sunday 24 June 2012

Pre-Graduation Night


now playing : untuk dia hey untuk dia hey !
mood : sleepy -.-'

Assalamualaikum kum kum..

eh hoi, gua boleh update blog dengan senang hati hoi.. inilah istimewa jadi senior, boleh rembat broadband junior bila bila masa ! HAHA terima kasih junior, sayang kau ketat ketat :)

back to the title,

Pre-Graduation Night adalah malam dimana pihak Universiti menghargai dan mengadakan makan malam untuk semua pelajar degree yang ada di kampus Segamat.. tema yang dikenakan untuk mereka yang datang pada malam itu ialah Movie Character ! haaaaaaaaaaaaa masyuk tak masyuk.. ada yang macam Princess, macam Harry Potter, Mask Rider, ratu bollowood, Ben 10.. eh macam macam la !

malam itu tugas aku adalah untuk menghiburkan mereka, haha.. bukan aku disuruh untuk berpakaian seperti badut dan membuat lawak bodoh atas pentas, oh tidak ! aku dikehendaki untuk menari lagu hindustan dan itu sangat tidak awesome pada mulanya.. bila dah habis menari terkinja kinja atas pentas, rasa puas hati dan macam nak menari lagi pun ada.. wooohooooooo ! hanya mengambil masa selama 7 jam, aku berjaya berlatih menari dan berjaya perform depan orang ramai..

well, nama pun last semester aku berada kat UiTM Segamat kan.. so bagi laa aku peluang untuk cuba segala macam benda yang ada dalam kampus ni.. terima kasih bagi yang datang malam itu, terima kasih bagi sesiapa yang tak henti henti menganjing aku dan terima kasih bagi semua yang menyokong HAHA bye !

Sunday 17 June 2012

saki baki cerita MDS


now playing : ombak rindu !
mood : rilex

fuhhh fuhhh *tiup habuk celah blog*
Assalamualaikum

maaf lah kawan kawan, baru ada peluang untuk aku update blog.. aku tau blog aku dah bersawang berlalang bersampah sarap bagai, tapi chill sudah :) dah seminggu pelajar diploma berada di kampus untuk menyambung kembali pelajaran di semester baru.. pheww penat !

entry kali ini, aku just nak cerita sikit tentang Minggu Destini Siswa (MDS) yang aku join baru baru ini.. seminggu yang penuh dengan suka duka ! bermula pada 2jun - 8jun, aku dan kawan kawan yang terpilih menjadi Pemimpin Mahasiswa (PM) berhempas pulas mengerjakan budak budak freshie.. HAHA !

dengan tak cukup tidur, kaki melecet, peluh melimpah ruah, pening kepala, demam selsema, kena menjerit jerit, berlari lari, eh serious banyak dugaan ! nasib baik Allah tabahkan hati aku untuk meneruskan hari hari bersama pelajar semester 1 yang banyak gila kerenah..

banyak kenangan pahit manis sepanjang MDS berlangsung, antaranya :

- ada student kata PM gay
- pelajar perempuan ramai yang tiba tiba pengsan !
- kejutan dapat kek besar dari siswa siswi semester 1
- kena sound dengan parents masa sesi pendaftaran
- menjaga skuad zombie (budak budak sakit)
- tidur lambat, bangun awal
- melecet gila besar punya celah kangkang !
- ramai puji abang abang PM handsome, weehoooo
- melantak coolblog hampir setiap hari
- ada sesi "membasuh" siswi sampai menangis nangis
- rush kolej lelaki then buat sesi membakar rokok besar besaran :)
- politik here and there

cukup laa kot, ada banyak lagi sebenarnya tapi memang kerja aku nak type semua kenangan kat dalam blog kan, sampai subuh pun belum tentu selesai ! so kamu kamu layan jelaa gambar gambar sepanjang MDS yee, rindu nak jadi abang PM yang hot lah :)

UiTM dihati ku :)

sesi pengagihan questionnaire 

from left : Afiq, Shah, Naim, Amer, Suhaila

kumpulan bola tampar course ape entah !

sesi perkenalkan diri, ini sumpah malu -.-'

di bilik muafakat, selepas post mortem 

yeah, kami Biro Makanan ! 

ini Biro Medic, aww awww !

pelajar Pra-dip yang sempoi !

Dharwis, Afiq, Ozil

ceramah pra-dip di LT, kami lepak bergambar !

Diba, Anas, Aizam :)

bila PM menggila atas pentas

abang abang PM yang handsome !

Diploma semester 1

akak PM yang ayu

me with junior, Syaza and Acap :)

kami tak cukup tidur, serious -.-'

tadaa tadaaaa, ini bukti yang budak part 1 puji kami handsome :)

apa pun, senyum !

tidur dan tidur..

last, kejutan dari siswa siswi semester 1 untuk PM :)

ini jelaa gambar yang boleh aku tunjuk setakat ini, aku nak minta maaf jika sepanjang MDS aku ada terkasar bahasa, terlepas cakap, terlebih gurau kat sesiapa pun.. halalkan makan minum ye ! walaupun ada sesetangah pihak kata aku dah berubah, tak text or call korang sepanjang MDS, maaf jugak.. aku bukan sombong atau dah berubah, aku penat + tak sehat + busy dengan segala perkara.. credit pulak takda ! harap faham keadaan aku, aku tetap Fairi yang sama..

cukup sampai sini sahaja, bye bye :)