Followers

Tuesday 24 April 2012

Assalamualaikum bang..

i miss you Afrina comel comel

now playing : starshipd by nicki minaj !
mood : banyak nyamuukkkk -.-'

zreeettt zreeettt ~
*phone vibrate

1 new message

peluang untuk menang The New iPad dengan melanggan
saluran yoomusic.. RM 5/bulan

PERGI MATI ! 
SAKIT HATI !
AKU INGAT SIAPA MESSAGE !

okay..
bukan itu tujuan entri ini direka, haha.. itu adalah selingan jee ! tengah nak type tadi, masuk message tuh.. punya lah gembira, i tought siapa laa kan yang hantar message secara tiba tiba, rupanya... dah malas nak cakap, buat lemah jantung jee -.-'

well berdasarkan tajuk, macam sopan je kan?

yeah memang sopan, ucapan sopan ini didengari bila rumah kau kene ketuk POM POM POM, then tekan loceng kat sebelah pintu DING DONGGG DING DONGGG dan aku bukak pintu, nampak dua budak dalam lingkungan 13-15 tahun, pakai tudung berbaju kurung, bawak satu beg berisi CD ceramah agama, nasyid semua dan mereka berkata.. "Assalamualaikum bang"

sambil garu garu kaki sebab nyamuk menyerang, aku jawablah walaiikumussalam.. oh yaa, jangan lupa ubah mimik muka kepada yang paling suci ! yelaaa yang datang ketuk pintu, main loceng rumah kau ialah budak Maahad, budak Tahfiz tuh.. chill, buat buat kau macam cool jee nak menghadap mereka..

"iyee adik, cari siapa?"
*even kau dah tau tujuan mereka datang situ -.-'

ohh, hmm, yeah, haaa, okay..

itu jee jawapan aku untuk membalas balik setiap kata kata yang keluar dari mulut budak dua orang nie.. ape yang aku dengar, sebab macam acuh tak acuh jee aku nak layan, mereka nie datangnya dari sekolah agama blablablaaaaaa, datang nak kutip derma untuk membina madrasah blablablaaa, sambil tuh ada jual CD nasyid kumpulan blablablaa dan ceramah agama dari blablablaaa.. okay !

"amboi dik, laju nyee cakap.. dah hafal skrip ke sebelum ketuk rumah aku?"
*kata aku dalam hati

err macam nie lah adik,

mak bapak abang takde kat rumah *sedangkan terang lagi bersuluh ade 2 kereta kat porch -.-' abang pulak jobless, so kalau abang tak beli CD nie semua takpe kan? abang derma jee boleh?

then lepas derma sebanyak ........... then mereka pon pergi lah ke rumah lain ! persoalan sekarang, kalau kau budak sekolah, kenapa datang rumah aku waktu persekolahan? siapa yang hantar kau ke perumahan aku? ape yang hantar kau takde kaki, tangan nak mintak derma sendiri? betul ke kau kutip derma, jual barang segala sebab nak bina madrasah bagai? ape yang boleh kau bagi bukti? kalau madrasah dah siap, nak rasmi, kau jemput lah orang orang yang dah derma kat kau.. baru kami nampak buktinya, takde lah selalu syak wasangka kat korang -.-'

aku bukan nak pandang serong kat orang orang yang macam nie, tapi the way mereka mintak derma macam was was nak percaya.. just imagine, budak budak yang entah dari mana asal usul, ketuk pintu rumah, mintak derma ! where the hell you guys come from? kalau kamu semua datang dari kajang lah katakan, apebende sampai ke putrajaya minta derma.. kamu datang naik apa? ada tambang? siapa suruh? mana wakil pihak sekolah? mana mana MANA...

kalau aku tanya semua soalan nie kat budak dua orang tadi, sure budak budak tuh berbuih mulut nak jawab ! bukan nya aku sebok, nak jaga tepi kain korang.. tapi aku sebagai penderma, nak jugak tau pokok pangkal sesi menderma aku.. kesian aku tengok korang, panas panas, jalan jauh jauh mintak derma.. entah dah makan ke belum., minum ke belum, solat ke belum.. teringin jugak aku follow korang menderma then bila korang nak balik ke "sekolah" korang nanti, aku nak tanya pemandu van atau kereta yang jemput korang..

" oh pakcik ke yang hantar jemput dorang? "
" tak kesian kat dorang ke? "
" ape pakcik dah tak cukup sifat nak buat kerja nie sorang sorang? "
" kan mereka sekolah, kenapa suruh buat kerja nie time weekdays? "
" oh nie kerja luar kelas laa yeee? "
" dah berapa lama buat kerja macam nie? "
" nie ada sijil kelayakan tak nak mintak mintak derma?"
" mana guru besar, saya nak jumpa.. nak borak borak kosong, nak jugak tau apa nama madrasah itu nanti"

HAAAAAAA,

masa itu kita lihat, muka pakcik or abang or kakak yang memandu itu macam mana.. kalau macam gelabah tahi, sah sah kau buat kerja salah ! tapi kalau kau jawab dengan elok, yakin sambil letak bukti bukti yang memang betul mintak derma for this and that, then i will believe you :)

Friday 20 April 2012

Al-Fatihah


now playing : usah lepaskan
mood : lemah

nama dia Azlan Jamal
aku panggil dia Lan
dia kawan aku
dia kawan baik aku
dia kawan sekolah rendah & menengah aku
dia lawak
dia suka kacau aku
dia care kat kawan kawan dia
dia suka buat mulut muncung
dan
dia dah takde..

10 APRIL 2012
SELASA

malam itu
aku ingat lagi
sebelum aku masuk tidur
aku IM dengan semua budak yang masih online
dan budak itu termasuk laa kau Lan

fuhhh
kau reply wish yang aku bagi
kita dah lama tak chat sama sendiri
rupanya itu chat yang terakhir Lan
itu wish yang terakhir dari aku untuk kau
dan
itu kali terakhir kita berinteraksi..

19 APRIL 2012
KHAMIS

malam itu aku bergurau dengan kakak
kata aku..
" dah dah, esok aku pulak nak keluar.. pukul 8 aku keluar"
aku hanya bergurau
tiada niat lain

dalam jam 11 malam
aku bukak lappy, aku sign in facebook
aku memang suka online malam malam

malam itu jugak
seorang abang berpangkat senior IM aku
katanya
apa akan aku fikirkan kalau dia sudah tiada dalam dunia
erti kata lain, mati..
fuhhhh soalan yang masih aku anggap gurauan

then aku ternampak satu post
"Al-Fatihah, aku sayang kau Lan"
dalam otak aku masa itu
aku hanya fikir yang itu juga gurauan dari rakan rakan
aku endahkan saja

bila jam sudah menunjukkan jam 12
post mengenai "ketiadaan" kau makin banyak, buat aku rasa curiga
rupanya betul
Lan, kau dah takde..

hanya air mata yang membasahi pipi
hanya kenangan kita berdua yang bermain dalam ingatan
hanya gelak tawa kau yang aku dengar

aku terfikir akan pertanyaan senior aku
memang menjadi kenyataan
hanya si empunya badan yang berubah
bukan dia yang pergi
tetapi kawan baikku yang sudah dijemput Illahi
pertanyaan tadi satu petanda atau kebetulan?

20 APRIL 2012
JUMAAT

betul gurauan aku terhadap kakak
seawal jam 8 pagi
aku dan berapa lagi kawan menaiki kereta
menuju ke rumah kau Lan
walaupun di Nilai
kami sanggup, hanya nak jumpa kau

tapi trip ke Nilai bukanlah dirancang lama
ia kebetulan
kebetulan yang mengejutkan

sampai jee kat rumah kau Lan
ramai jugak yang datang melawat
Lan, ramai yang sayang kau
kami datang nak jenguk kau Lan..
kau nampak tak aku masuk rumah
baca Yaasin untuk kau
nampak tak?

kau kaku Lan
aku hanya nampak sekujur tubuh jee atas katil
aku cepat nafikan itu kau
tapi kan Lan
tujuan aku datang Nilai memang untuk ziarah kau
ziarah arwah Lan
so aku harus terima memang itu kau, yang kaku..


Lan
aku suka kawan dengan kau
kau lawak Lan, sumpah lawak
kau suka kacau aku
adoii

Lan
kau ingat tak kita pernah lepak BBQ sama sama dulu?
masa tuh kau banyak cerita pasal diri kau
yelaa lepas SPM mana jumpa
bila lepak, macam macam kau cerita
eh rindu doh !

tapi BBQ minggu lepas aku tak join
aku takde member nak pergi
kalau aku tau kau nak tinggalkan aku macam nie
aku datang BBQ tuh, aku spent time dengan kau
tapi Lan
semua dah terlambat
nak menyesal dah tak guna
aku rindu kau Lan..


Lan Lan
tengok chat kita berdua !
masa nie kau teruja nak bagitau aku
walaupun kita tak berapa rapat
tapi kau tetap bagitau aku yang kau dah berjaya dapat sambung belajar
aku bangga dengan kau
dengan semangat kau
kau betul betul nak further study


Lan
aku nak minta maaf kalau selama perkenalan kita
aku ade buat salah kat kau
dan untuk pengetahuan kau
aku dah maafkan segala tindak tanduk kau
aku halalkan makan minum kau

Lan
aku tetap doakan kau
aku akan selalu sedekahkan Al-Fatihah untuk kau Lan
aku harap kau gembira kat sana
aku harap kau tenang disamping-Nya

aku nak kau tahu Lan
aku rindu kau !
kau tetap kawan dunia akhirat aku
aku sayang kau !

DALAM KENANGAN
- Azlan Jamal -
- 1992 - 2012 -

Monday 9 April 2012

perlu anda tahu


now playing : gadis semasa
mood : hujaaaannn ~

attention ! 


attention !


attention !

terima kasih, salam petang Isnin kepada semua.. entry kali nie, aku nak bicara tentang fakta diri aku yang perlu atau yang wajib anda semua, seluruh makhluk bumi, tahu tentang diri aku *keningkening

1) tidak suka kopi

jeng jeng, minuman paling ditakuti untuk didekati.. iyeee, saya adalah remaja yang tidak akan sesekali minum kopi ! tak tahu dimana kesilapan, yang penting kopi tak sedap langsung.. pahit dan hitam :) maaf bagi penggemar kopi sekalian, aku sanggup minum 3 tong air sirap kenduri kahwin daripada mengadap secawan kopi yang entah tahun bila akan aku habiskan HAHA

2) tak pernah pergi

wahai semua, saya tak pernah pergi genting highlands, sila gelak perlahan yee.. yes, ini tak tipu.. aku tak pernah jejak itu tempat main roller coaster ! The Curve tak pernah, Broga Hills tak pernah, Sunway Lagoon tak pernah.. so lepas nie, stop lah kata budak Putrajaya semua kaya, semua suka bersosial, semua tempat pernah jejak.. sepak kang ! aku salah seorang budak putra yang tak berkesempatan lagi untuk jejakkan kaki di sana..

3) lesen kereta?

tahun ini bakal menjadi remaja yang berumur 20 tahun, tetapi tiada lesen kereta membuatkan aku dipandang seperti budak bawah umur ! puhhhhhhhh ~ aku belum terbuka hati lah beb nak ambik lesen kereta, lagipun kes dulu dulu masih memberi impak negatif dalam hidup aku.. wee :) aku tau ramai kawan kawan aku yang sudah ada lesen, cemburu lah sikit.. tapi nak buat macam mana, aku belum berminat nak pandu kereta ! masih lagi seronok menjadi penumpang sahaja, haha.. doakan yee aku dapat lesen kereta dengan cepat

4) Neelofa

perghhh gadis cantik comel molek pilihan hati, haha.. artis baru muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan ! Kilafairy, Izara Aishah, Sara Ali, Tasha Shila, Fathia tetapi yee, tetapi hati aku terpaut pada Neelofa seorang.. tapi ramai jugak manusia sekeliling dengki akan ini wanita, tak tahu kenapa ! cuba anda semua tengok mata Neelofa, tak kee jantung dup dap dup dap.. fuhyoooooo ;D

5) badut dan belon

dua dua melambangkan keceriaan, kegirangan, ke-WOW-an.. tapi aku tak suka mereka ! firstly, badut.. iyee manusia yang terkinja kinja melompat, buat belon bentuk anjing dan mewarna mukanya seperti melukis poster.. tingkah laku kau memang digemari kanak kanak, tapi aku tak ! kau sungguh menakutkan tahu tak? jangan sesekali kau datang menghampiri aku, nescaya tangan aku akan ringan untuk tarik rambut palsu kerinting kau tuh..

oh belon, satu lagi masalah dunia -.-' nampak jee warna warni, tapi disebalik simbolik warna itu akan ade satu bunyi POOMMM !! tak trauma ke namanya.. elok elok berjimba dengan kawan kawan, main tiup belon and suddenly benda alah colourful itu meletup tepat dalam mulut engkau..tepuk tangan ajelaa !

6) atlit sekolah

aku adalah salah seorang atlit lumba lari suatu ketika dahulu, iyee dahulu.. sekarang muatan pada badan sangat membataskan aku untuk berlari -.-' dulu saya kurus okay, zuupp zappp zuupp zaappp aku lari.. pantas bak angg ! 100m, 200m, 4x100m, 4x400m, lari berpagar.. semua aku masuk, semua aku sapu ! tapi itu masa zaman sekolah rendah hew hew..  selain itu, aku diingati oleh ramai budak sekolah sebagai atlit tetap lompat tinggi ! sebagai remaja kurus yang tinggi, acara seperti ini sangat kacang untuk aku.. HAHAHAHAH nak buat macam mana, itu semua dulu.. sekarang acara yang sebati dalam diri adalah tarik tali, poker face please -.-'

itu ajelaaa kot buat masa sekarang, aku nak layan youtube jap ! byebye ~