Followers

Thursday 29 March 2012

mereka senior

*muka gelap kan? abaikan boleh -.-'

now playing : sway
mood : ohh bosan

tadaa tadaa tadaaaaaaa *goyang goyang tangan !

aku dah bebas, aku dah aman, aku tidak akan diganggu lagi dengan segala perkara di segamat ! assignment belambak, test mengejut, perangai kawan kampus, masalah makanan, final exam dan sebagainya sudah tiada.. woohooooooooo now cuti 2 bulan, nak rilex dan cool.. 

final exam selama 3 minggu sangat membunuh ! 4 paper aku dah berjaya bunuh dan aku harap, paper paper itu tak hidup balik, jadi zombie dan jumpa aku next sem.. tak larat nak bunuh kau lagi -.-' usaha sudah, so sekarang tawakkal jee.. teruskan berdoa dan solat hajat, moga doa dimakbulkan.. amin !  

oh weh,

sekarang aku nak tunjukkan kat kamu semua senior senior aku di UITM segamat, tak semua lah aku paparkan kat sini.. just a few of them yang aku kira, rapat dengan aku :) well, i'm not so popular untuk kenal dengan semua senior, cukuplah 10-20 orang jee.. HAHA *keningkening

meet him, karjo !

nickname dia umpama manusia indonesia bukan? haaaaaaaa, aku pun taktau ape maksud disebalik nickname dia tapi, lantak laa.. siapa yang kesah? haha :D aku mula rapat dengan ini abang sejak awal semester nie, well mula mula nampak muka jee.. ternampak muka dia masa aku dijemput untuk menghadiri sesi oriented budak budak freshie, haha.. nampak tak aku legend, orang sanggup jemput aku untuk tengok budak budak didera ! haha.. 
then after dera dera budak, aku mula rapat dengan dia.. yup, he's nice ! aku anggap dia abang aku kat UITM, dia care kat aku.. biase lah remaja macam aku, mesti nak cuba benda baru and dia tak suka aku cuba BENDA baru itu.. haaaaa care tak care lah kan ! lepas abang angkat aku grad, aku harapkan dia jelaa untuk jaga aku.. lepas nie dah tak jumpaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa T.T

amri othman *abang payung rainbow !

hew hew hew, abang amri yang sangat cool ! dia friendly nak mati, serious nak mati.. haha :) dulu aku tak berapa rapat dengan dia nie, just jeling jeling gitu jee.. but then, entah macam mana kami rapat.. cop cop, kami rapat dalam facebook je -.-' tak pernah bertegur kat dunia reality ! BHAHAHAHAAAA.. terserempak kat mana mana penjuru UITM, tak bertegur pon.. senyum jee, tapi dalam facebook, kemain pum pang pum pang borak..

aku suka payung rainbow dia ! eh comel boleh? dia sorang jee dalam UITM yang ada payung sebegitu warna warni, dari jauh nampak kesepaduan teguh kombinasi warna warna indah.. ceh ayat ! dan dia jugak one of blogger yang paling hot dalam segamat, nah link blog dia http://putrakakashi.blogspot.com/ kasi tekan, kasi baca dan kasi follow lah blog abang nie.. and korang akan nampak payung dia yang awesome !! oh yaa, aku akan cuba tegur abang hot nie walaupun dia dah semester akhir kat UITM.. aku cuba okay, cuba :)

panggil dia abang ajid sambil goyang perut !

haziq zainal, juga abang senior paling hot meletup kebabooomm dalam UITM ! sebut jee nama dia, semua penghuni kampus segamat kenal.. yang tak kenal, aku taktau kenapa kau tak kenal dia ! haha.. aku kenal dan rapat dengan senior nie masa aku semester 3 ! masa itu, classmate aku ade kirim barang untuk bagi kat dia nie.. kebetulan masa itu, kolej aku dekat dengan kolej dia.. dengan berbekalkan number phone yang diberi, aku call dan cakap nak jumpa dia bawah kolej.. ade barang member suruh bagi !

then bila dah bagi, bertentang mata, kami pun rapat lah.. haha ! simple nak mati pertemuan kami tapi mampu mewujudkan satu ikatan persahabatan sampai sekarang *ayat mintak kaki.. since that, aku selalu lepak dengan dia.. banyak masalah aku share dengan dia, banyak benda kami gelak ketawa sama sama, banyak rahsia yang tersemat diantara kami berdua.. hewhewhew, abang ajid abang paling cool ! sem depan, dia dah takde dan dengan siapa aku nak lempiaskan rahsia dan masalah aku -.-'

akak cun akak cun !

senior perempuan yang aku rapat... rapat jugak laa ! hikhok.. yang sebelah kiri, kak Syaza Maya dan sebelah kanan, berbaju kurung polka dot seperti teletubbies cutenya ialah kak Fara Izyan.. dua dua cun bak angg ! aku mula kenal akak akak nie dalam facebook kot, haha.. korang nampak tak kelebihan facebook sekarang? mampu mendekatkan aku kepada orang yang aku tak pernah kenal :) mereka berdua nie BFF laa katenye, ke hulu ke hilir bersama.. kalau online, dua dua mesti online ! kalau pergi makan, dua dua mesti melantak bersama..

mereka berdua sumpah baik ! and and, kak Syaza Maya pernah IM aku kat facebook sambil berkata.. "okay, get to go lah fairi.. btw, nama awak best.. bye !" meremang bulu roma bila akak cun UITM puji nama kau, haaaaaaaaaaaaaaa.. bangga tak bangga sekarang, terima kasih mak abah for that name *keningkening and the worst moment with them is bila satu masa, aku pergi makan dengan kawan kawan aku dan kebetulan meja aku sebelah meja akak akak cun nie.. tapi haram jadah, tak tegur ! puii, malu -.-' bila balik bilik, on facebook, akak cun wall post..

"ape cer tadi jumpa tak tegur akak senior?"

okay, dah kene sound... byebye -___________-

abang kujam, masterchef segamat !
*clapclapclap

HAHAHAHHAHA takde makna chef, sebab gambar dia pegang sudip jee aku cakap masterchef.. bila lepak dengan dia, aku tengok dia makan fast food jee -.-' HAHA takde lah, joke ! okay abang kujam, badan dan dada yang bidang lagi sasa.. kalah badang yang makan muntah hantu sungai apebenda bagai :) dia sangat sporting, tutur kata yang sangat sopan santun.. bila cakap dengan dia, macam tengah bercakap dengan gundik istana.. tak pernah dengar dia cakap merapu ke, suara kuat kuat ke, gosip kee.. tak pernah ! eh jap, tak pernah ke atau belum ade rezeki untuk dengar -.-' hmmm abaikan

aku suka berborak dengan dia dan ade satu part dimana masa aku lepak bilik dia dan dia datang kat aku dan dia tanya.. 

"fairi fairi, tolong carikan abang kujam awek"

kalau masa itu aku tengah makan sate, ade tercekik lidi sate kangg.. lawak dan comel ! walaupun badan dia macam ahli bina badan, tapi jiwa dia masa melayan junior seperti badut yang sedang bagi belon kepada budak budak di sarkis, okay hyperbola aku over..

noda si keldai tua !

Noda nickname mamat nie kat UITM dan keldai tua pulak nickname dari aku untuk dia ! HAHAHHA kenapa keldai tua? ini adalah kerana kalau kami chat kat facebook, mesti dia akan type hikhook.. dan bagi aku, bunyi itu refer kepada seekor keldai dan disebabkan dia sudah part 6, itu bermakna dia sudah tua dan sekaligus menimbulkan perkataan KELDAI TUA ! okay dah jangan melebih.. noda noda noda, aku rapat semester lepas.. dia adalah salah seorang daripada manusia dalam kampus yang sanggup tolong aku siapkan assignment macromedia yang aku rasa paling payah nak mati.. dan keputusannya, macromedia aku dapat A !! SILA BERI TEPUKAN PALING GEMURUH :)

dia jugak manusia yang selalu dengar masalah aku, selalu jadi tempat untuk aku bertepuk tampar, tempat untuk mengorek rahsia dia yang bernilai, tempat untuk menganjing manusia manusia yang menjadi scandal dia.. haha ! you know what, keldai nie suka ajak lepak dengan dia pagi pagi buta.. walaupun hanya lepak bawah kolej, tapi kalau sampai pukul 2-3 pagi borak pasal rokok laa, junior laa, scandal laa.. memang tak jadi macam panda mata aku ! benda paling seronok bila hari hari terakhir aku kat UITM untuk semester nie ialah bila aku sempat lepak dengan dia.. seronok !

mak ayam ikan kambing serigala !

aku panggil dia aru jee, iyee aru ! simple bukan? haaaaaaaaaaa nama sebenar Syukri Abdullah dan dari celah mana word aru itu muncul, aku taktau.. haha ! yeahh kenal dia dah lama, since semester 1 lagi.. tapi mula rapat semester lepas dan jadi makin rapat bila masalah yang terjadi melibatkan kami berdua.. well, bila ada manusia cari gaduh dengan budak hot UITM, memang nahas laa.. haha aku dengan aru hot pulak ! kalau dengki, boleh pergi mam.. haha :D aku boleh kategorikan aru sebagai seorang pendengar yang baik dan seorang pemberi motivasi yang cemerlang ! dia banyak bagi aku nasihat, kata kata semangat bila aku down.. dia selalu ade kat sisi aku bila aku perlukan telinga untuk mendengar rintihan hati aku.. haha !

setiap event UITM, dia lah yang jadi emcee.. event itu mesti akan jadi fun! bukan dia sorang jee, ramai lagi yang berpotensi jadi emcee tapi tapi biasalah dunia pengacaraan, ade naik turun dia ! HAHA.. dah malas aku nak cakap pasal emcee, kang terbukak cerita lain :P

muka si budak poyo

jeng jeng jeng, inilah Nazmi Yahya.. one of my senior yang selalu poyo kerek dan seangkatan dengannya bila jumpa aku ! haha.. dulu aku rasa dia lah manusia paling sombong atas muka bumi segamat, but i was wrong.. dia peramah jugak laa, dulu masa tegur tegur dalam facebook, dia sporting ! dia layan aku macam layan kawan kawan dia yang dah sejuta tahun dia kenal.. haha :) 

aku dapat bergambar dengan dia sekali jee, masa dinner fakulti hari tuh ! itupun susah sebenarnya nak ajak abang futsal yang hot nie bergambar.. phewww -.-' and finally, dapat laa bergambar ! sedih bila dapat tau, aku rapat denga dia masa dia dah semester akhir.. which means lepas nie dia dah takde, uwaaaaa T.T

Aqimie si abang ceplos

haaaaaa dia sporting ! sumpah dia sporting.. abang senior course Quantitative Science nie jugak aku kenal daripada facebook ! aku add dia sebab ramai kawan kawan aku memperkatakan tentang beliau.. seorang blogger segamat yang popular, pasti aku nak add kan ! then bila dah add, hmmm dia best.. sekepala dengan aku, merepek meraban sepanjang masa ! haha.. kami suka borak borak, kami suka comment comment dalam facebook, umpama sedang skype :)

then bila dah lama berselubung dalam facebook, sudah sampai masanya aku ajak dia lepak bersama ! masa tengah final exam hari tuh, aku sempat lepak dengan dia.. kami lunch sama sama dan dia banyak cerita tentang life dia kat aku.. dia lahir kat kampung, adik dia kat UITM jengka, ayah dia kerja itu mak dia kerja ini, dia ade 4 orang adik beradik dan banyak lah ! kira dia takde laa pemalu, itu yang penting :)

so senior sekalian,

jaga diri okay ! jangan nakal nakal.. please jangan lupekan fairi ! thanks for everything, thank you so much.. ada rezeki, kita jumpa yee :) nie kira hadiah dari seorang junior kepada senior nya, harap terima yee :) entry yang bermakna untuk fairi dan memori untuk kalian ! adios ~


Wednesday 21 March 2012

semangat turun


now playing : ku ingin kamu
mood : seperti tajuk entry

Assalamualaikum kum kumm ~
yeah hari ini hari rabu, jam 4.30 petang
hujan mula membasahi bumi segamat
tap tap tap, bunyi air hujan melepek atas atap kolej

kenapa down sangat nie ayie? macam nie, hari nie adalah hari ke-3 untuk paper final aku.. paper untuk kali nie, aku rasa susah.. entah kenapa, paper kali nie aku macam tak boleh jawab.. kiri kanan kiri kanan mata aku melilau dalam dewan exam tadi, dup dap dup dap jantung aku.. menggigil tangan aku nak bukak kertas, berdenyut kepala aku nak memerah otak cari jawapan..

tapi..

aku bukan tak boleh jawab keseluruhan, ade jugak soalan yang aku boleh jawab.. just macam, entah ! ade some part aku lost, some part aku blur ! bila masa dah tamat, riak muka kawan sekeliling cukup menunjukkan mereka bahagia dengan soalan tadi.. woi, cuba tengok muka aku ! punya lah masam cuka, nak heret kaki keluar dewan pun dah tak larat.. sedih alahai ! 

aku bukan ape, aku takut pointer semester nie jatuh! aku taknak :( aku taknak ade capital R dalam keputusan aku nanti, cukuplah sekali aku dah tempuh dulu.. sakit perit weh ! pointer aku semester lepas cukup membanggakan dan aku taknak semester nie punya pointer, meng-hodohkan balik pointer yang aku dah dapat sem lepas.. ape pulak kata orang keliling, ape pulak perasaan mak abah, ape pulak pandangan lecturer kat aku?  semester nie, aku target DEKAN ! 

"jangan target tinggi tinggi lah fairi"

kenapa aku target macam nie? sebab semester lepas pointer aku dah nak DEKAN, pasal itu sem nie aku target dekan terus.. bukannye aku letak target saje saje, semua bersebab ! bayangkan, kalau anda dalam perjalanan ke utara, dah nak sampai kedah tapi kat perak kereta anda rosak.. adakah anda mahu berpatah balik ke selatan sedangkan arah ke utara dah dekat, dah hampir ! why not teruskan jee target kita nak ke utara.. sama juga keadaan aku sekarang, dah nak cecah dekan, why not sem nie aku teruskan niat nak jejak kaki ke dunia dekan :) dapat ke tidak, bergantung kepada usaha dan rezeki kita.. aku masih berusaha sekarang, dan lepas nie aku serahkan segalanya kat Allah ! 

bak kata ZAIRUL ISHAK,

kita manusia berhak letak target hidup masing masing, itu hak kita kerana itu melibatkan hidup kita.. hiraukan orang lain, pekakkan telinga dengan semua bisikan masyarakat ! yang penting, niat kita :) mereka siapa nak mempersoal, memperkotak katik, menyindir target kita? yeahhh aku mula bersemangat, usaha selagi boleh.. Allah dan aturkan yang terbaik untuk hamba-Nya, jangan pernah wujud sikap putus asa !

so kawan kawan,

doakan saya dan semua kawan diploma memperoleh keputusan yang cemerlang semester ini ! moga Allah membalas jasa baik kalian, sekian wassalam ~

Thursday 8 March 2012

dunia tingkatan 6


now playing : lagu by bedroom sanctuary
mood : sejuk !

wuuuuuuuuuuuu~
sejuk nak mati dalam bilik nie haaaa, hujan dari malam semalam tak henti turun.. dah laa aku sorang jee nie haaa dalam bilik, roomate semua sesat agaknya.. dah tak reti nak balik kolej -.-'

eh okay, back to the topic !

dunia form 6 :) well guys, sebenarnya aku adalah salah seorang pelajar tingkatan 6 sebuah sekolah jenis kebangsaan di Putrajaya.. lepas SPM, permohonan nak ke universiti tak kesampaian.. bapak sedih nak mati time nie ! kawan kawan lain semua dapat tawaran ke universiti, aku? :(

masa tuh Allah jelaa yang tau perasaan aku, malu teramat sebab tak dapat mana mana tawaran untuk melanjutkan pelajaran ! thank god, tingkatan 6 offer aku.. mula mula aku refuse nak sambung tingkatan 6, yelaa siapa jee sanggup nak sarung balik baju sekolah, datang perhimpunan, ikrar sekolah, beratur kat kantin.. blerghhh cukup laa 5 tahun, taknak dah nak berhadapan dengan sekolah ! tapi tapi, nie jelaa peluang aku untuk sambung belajar.. nak taknak, terima jee doh O.O

bila dah sebulan masuk dunia sekolah SEMULA, aku mula suka.. sumpah, aku suka ! jumpa kawan baru, pakai seluar hitam, boleh bawak handphone, keluar masuk sekolah suka hati, adik adik form 1 tergila gilakan aku, kat perhimpunan duduk atas kerusi.. woishhhhhh best lah !

nak dijadikan cerita, takdir Illahi, aku terima satu tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke UITM segamat johor ! aku tak excited, why? sebab aku dah mula sebati dengan persekitaran tingkatan 6.. taknak pergi UITM ! tapi yelaaa kan, sebagai anak mithali, aku turut jee perintah mak abah.. mak abah nak aku pergi UITM, katanya form 6 nie susah nak mam... so aku fikir, mungkin keberkatan parents aku ade kat johor tuh haaaaaa, terpaksa laa quit dari tingkatan 6 dan masuk belajar di UITM..

masa last day sekolah, air mata nie dah macam tsunami.. T.T .. yelaa nak tinggalkan kawan kawan yang dah rapat ! plus, aku nie dah lah ketua kelas.. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa mereka akan kehilangan ketua kelas yang ceria dan hotstuff :(

hari berganti hari, tahun berganti tahun.. now aku sudah semester ke 4 di UITM dan kawan kawan tingkatan 6 sudahpun berjaya melepasi peperiksaan STPM mereka ! hari keputusan pun menjelma, kebetulan aku cuti study week.. aku pun ape lagi, bajet nak bagi support kat member lah kan.. pagi pagi dah bangun, siap siap nak ke sekolah.. mahu jumpa semua kawan tingkatan 6 dulu dulu and teman mereka ambik result.. dup dap dup dap jantung mereka, aku cool je :)

bila penyerahan keputusan berakhir, sorang demi sorang menangis.. err ape aku nak buat ! haha.. aku pujuk jelaaa dorang.. kate bukan rezeki lagi, kate kuatkan semangat, kate pergi lah apply mana mana universiti, kate marilah join aku di segamat :)

ape yang aku nampak, ade sebab kenapa Allah tak bagi aku teruskan pengajian dalam tingkatan 6... ade hikmah, aku redha :) mungkin rezeki aku banyak di UITM dan mungkin bukan rezeki kawan kawan aku di tingkatan 6.. yang berjaya, Alhamdulillah.. yang tak berjaya, terimalah hakikat ! bila dah jumpa kawan kawan tingkatan 6, rasa rindu terhadap mereka berjaya dikikis.. semua dah berubah :) ada yang makin tembam, makin handsome, makin bergaya, makin tinggi heels nye HAHAHAHHAA

so kawan kawan form 6,

jika ade tawaran sambung belajar di mana mana, terima tau.. mungkin itu yang terbaik untuk kalian ! yang tak dapat tawaran, jangan sedih.. cari kerja and tolong keluarga yee :) ada masa, aku roger roger, kite keluar lah lepak sama sama ! bukan maksud aku dah masuk UITM, aku lupa korang.. no no no, korang tetap kawan form 6 yang paling terbaik aku ade ! walaupun sebulan jee aku pakai baju sekolah, tapi kenangan kita akan kekal sampai hujung nyawa :) see you later, byee ~


Monday 5 March 2012

kawan


now playing : what makes you beautiful
mood : study week

hello ladies and gentlemen, puhhhhh *tiup habuk!
kemain lama aku tinggalkan dunia blog, aku lebih pentingkan urusan universiti beb.. sorry gila tak update ape ape ! now study week and aku kat rumah, jumpa mak abah jap ! mintak restu bagai, wajib wooo sebelum melangkah masuk ke minggu final :)

wanna talk about friends :) 

tak kira lah kawan biasa ke, kawan baik ke, kawan karib dunia akhirat ke, kawan seperjuangan ke.. asalkan ade word kawan disitu ! wahai adik adik sekolah, jika anda mahu masuk ke alam universiti, perkara paling penting ialah pemilihan kawan yeee.. jangan fikir pasal takut kene buli dengan senior lah, stok meggi cukup ke tak lah, wayang paling dekat kat mana lah.. fikir kawan woii, 6 sem kau meringkuk dalam universiti, yang jadi peneman kau ialah kawan ! bukan akak jaga kaunter popcorn kat wayang tuh -.-'

bila nak pilih kawan, pilih yang betul.. jangan kau pilih yang handsome, wangi, pandai mengampu jee jadi kawan kau ! kadang kadang yang muka seposen tuh laaa paling baik dan perlu dijadikan kawan..

dalam dunia universiti, kau akan jumpa bermacam macam jenis manusia yang pegang title kawan.. serious ! bagi aku, kawan is someone yang ada kat sisi susah senang, yang tahu luar dalam pasal kita.. bila kau susah, sedih, dia takde kat sisi kau.. itu kawan ke? aku tanye jelaaaa, taknak jawab takpe :)

kau akan jumpa kawan yang hanya mempergunakan kau, kawan yang main tikam belakang, kawan yang suka mengutuk mengeji, kawan yang suka tutup periuk nasi kita, kawan yang hipokrit 100%, kawan yang talam bermuka muka, kawan yang tangan panjang, kawan yang dengki nak mampos.. haa itulah perangai yang wajib wujud dalam universiti !

"lah perangai macam nie, kat sekolah pun ade"

adik oii, memang zaman persekolahan pun ade.. tapi tidak seteruk zaman universiti ! zaman kau sekolah, berapa jam jee kau berkeliaran dalam kawasan sekolah? kalau universiti, memang 24/7 kau akan berada dalam kawasan kampus.. kalau kau jumpa kawan yang teruk waktu pagi, waktu petang dan malam pun  confirm confirm akan jumpa jugak.. so ade kepayahan disitu !

one of masalah yang kau akan hadapi bila memasuki zaman universiti ialah kawan :) macam aku, dah 4 sem berkeliaran dalam dunia pengajian tinggi.. well, so far there is too many fakers than the real one ! sorry to say.. bukan nak tunjuk aku acah acah baik, aku sempurna.. tidak ! tapi kalau kau sebagai kawan dahulunya, dah berjaya buat air mata aku jatuh, buat aku sedih sepanjang hari, buat aku sakit hati, buat perjalanan hidup aku terumbang ambing, buat ape simpan kau dalam kamus KAWAN aku.. 

sumpah aku taknak benci orang, tapi kalau orang tuh suka dirinya dibenci, why not.. memang kita tak boleh hidup tanpa kawan, tapi kalau terpaksa, nak buat macam mana.. kita boleh jee berkawan dengan sesiapa, dengan semua orang, tapi hanya sesetengah sahaja yang boleh kita percaya.. maksud aku, jangan senang senang bagitahu rahsia, segala masalah kat semua kawan kau.. memang binasa ! just share your secret with who are deserve to be your bestfriend.. takut takut kalau kamu ada masalah dengan dia, dia akan bongkarkan segala ape rahsia kamu kat orang lain.. nampak tak kesannya kat situ?

so adik adik,

sebelum kamu kamu menderita kerana kawan, lebih elok kamu tahu bagaimana cara pemilihan kawan yang sebetulnya.. abang taknak adik adik menderita macam mana abang menderita sekarang ! menyesal pun tak guna kan.. so lebih baik berdoa dan minta petunjuk dari Allah :)