Followers

Monday 31 October 2011

bola + wedding !

now playing : sexy and i know it
mood : Alhamdulillah kenyang :)

hujan hujan hujan ! yeahhh pagi sidai baju, petang angkat baju.. then hujan sampai pagi :) rutin harian HAHA.. eh yaa semalam aku baru jee lepas pergi wedding adik kepada pakcik aku kat melaka.. okay aku mengaku yang aku bosan pergi sana sebab yang kahwin tuh aku tak kenal.. nak bergambar pun rase macam takde point je kan, so let it be :)

kami sekeluarga gerak dua kereta dan sampai sabtu malam which is terus dinner lah kan.. itu yang terbaik bagi aku setakat itu HAHA then malam tuh kami semua layan bola.. alaaaaa game negeri sembilan lawan terengganu tuh ! eh mana boleh miss game tuh, my kampung pulak yang lawan kan :) so HOBIN JANG HOBIN ! okay aku over, sorry  =.=' whoaaa game tuh tersangat mendebarkan, kalah movie paranormal activity + saw 1-7 + final destination ! serious weh, muke sorang sorang tension je.. haha lagi lagi muka cousin aku coz kampung dye kat terengganu, memang berangin laa kan :D

"eh kate ayie tak layan bola, ape cer tetibe layan nie"

yaa yaaa aku memang tak layan bola means aku jarang layan bola ! sometimes aku layan laa jugak if aku berminat.. macam contoh game sabtu lepas nie kan, ade kene mengena dengan kampung aku.. so layan jela ! okay sampai situ jee aku cerita :D 

esoknya (ahad), kami semua siap siaplah nak pergi rumah orang kahwin tuh ! woi geng, panas tak payah sebut.. baju kemeja aku basah dengan peluh T.T ade laa sekeping dua pic aku kat sane, nak layan bosan kan, bergambar jelaa yang mampu :D








Sunday 30 October 2011

25 Things Random Giveaway by Penmerah.com






now playing - berdua bersatu (fourteen)
mood - belum mengantuk :D

cuti sem oooooo cuti sem..

ape jee nak buat setiap kali cuti sem? aku memang tak akan cari kerja laa beb kalau cuti pun macam tak cuti je nieh, seciput.. haha well, aku tetap bersyukur.. so kerja yang paling mudah dan cool ialah blog-walking and and masuk contest ! weehooooooo saya di tag oleh syaheedan malek, si jiran tersayang yang nak saya masuk bende nie and menang.. haha aku suke gila nak mati :)

so well, here we go !

blog pen merah nie adalah blog seorang wanita yang mahukan rakan rakan blogger yang lain dapat hadiah ! haha sungguh pemurah betul wanita ini, terharu dapat follow dye :D okay serious ! this girl nie buat contest laa and siapa yang ade luck tuh boleh menang lah hadiah hadiah yang woooooooow tersangat best.. iyee betul, ade itu, ade ini, ade macam macam.. okay stalker, take a look :






dear friends,

tak terkejut pulak kan hadiah yang menanti? ade skirt labuh, ade baju, ade perfume.. eh banyak lah ! kalau aku menang skirt tuh, aku nak pakai time Christmas nanti =.=' OKAY JOKE ! see, betapa pemurah hati wanita pen merah ini.. so bagi sesiapa yang bace entry nie and feels like to join, yeah come here dude ! join laa and tag kawan kawan korang seramai mungkin :) but bear in your mind, salah satu hadiah tuh pasti aku punya ! HAHAHAHA okay aku main main je *kalau betul pun takpe, amin :)

SAYA NAK TAG BUDAK INI :

aku taktau laa
apesal si azwa sorang je warna kuning =.='
ade luck?
in your dream HAHA
byebye

Saturday 29 October 2011

around the corner


aucak aucak aucaaakkk !
firstly, sorry gila coz lately entry aku banyak yang jiwang + sedih kan? yaa yaaaa sorry guys.. biase lah jiwa remaja, penuh emosi.. haha emosi yang terumbang ambing akan membuatkan persekitaran jadi tak tentu hala ! okay dah diam, mood harini happy jee.. dah penat laa menangis, air mata segala.. it's time for me to aucakk boom booomm dengan semua orang ;D

okay back to the title,

ape yang around the corner? takkan laa exam lagi kan.. wee no no no, cukup laa exam ! yang around the corner sekarang is result kepada itu final exam maa.. ura ura ada mengatakan bahawasanya this coming friday (4 nov 2011), adalah tarikh dimana kesemua mahasiswa dan mahasiswi UITM boleh mengetahui result final exam dengan melihat e-mail masing masing ! okay dah start cuak.. tengah type nie pun menggigil haaa ! 
for sure, absolutely sure, kami semua nak result yang gempak ! siape yang taknak kan.. dah berhempas pulas, bersengkang mata study untuk final hari tuh, so kami nak keputusan yang setimpal dengan usaha kami laa.. minta minta dijauhkan kegagalan dan repeat dalam result kami nanti, AMIN ! hamek caps lock terus, itu menunjukkan betapa gigih nye aku amin kan doa itu :) 

another six days beb ! perbanyakkan lah berdoa yee kawan kawan sekalian.. minta semua dapat keputusan yang cemerlang hendaknya.. eh aku rindu korang ! so aku harap next semester kita semua dapat jumpa and lepak macam dulu dulu, okay :) jangan laa ada diantara kita ter-campak keluar dari UITM, haihhh.. setiap semester pasti ade kawan aku yang dismiss.. HOI, nie jangan dibuat main.. sekali dah kene tendang, jangan harap dapat further study dalam UITM lagi.. pergi lah dikau sambung belajar di mana mana kolej swasta di Malaysia nie..

okay, enough for now ! tulis panjang panjang nanti, korang takde mood nak bace kan.. lagi lagi entry pasal result, memang semua pakat taknak bukak lagi blog aku T.T eh btw, semua mood kene happy okay ! sape yang sedih, hiba, kecewa dengan kehidupan.. pergi lah tenangkan diri dulu kat atas jambatan ke, ziarah kubur ke, ape ke.. aku taknak laa korang bukak blog aku dalam keadaan stress, tertekan segala bagai.. elok elok laptop baru, kang bace entry aku, habes dicampaknye laptop tuh.. huihhh aku taknak kene saman ! last from me, pergilah main kiss kiss macam gambar bawah nie HAHAHAH takde lah, joke jelaa.. selamat berhujung minggu guys :)


Friday 28 October 2011

if you can replace me






no mood at all.. i hate this situation.. i don't even know what should i do.. is that my fault.. if yes, what it is? if no, what is the reason you act like that? i hate semester break actually.. it make this situation getting worst because i can't see you, even meet you for a second to solve this stupid problem.. if you just found another person who can replaced me in your life, here you go.. i never stop your attention, that's your right..

if you, the person who has been chosen, can replace me.. you should know this :

1) dia suka makan nasi ayam and air soya.. do buy it, okay
2) dia selalu pening kepala, sediakan panadol untuk dia
3) dia memang suka buat muka annoying, jangan benci.. itu adalah sebahagian dari dia
4) yup, dia memang susah nak reply text.. once dia dah reply, please appreciate it..
5) please selalu ingatkan dia tarikh tarikh penting (exam, test quiz, birthday)
6) bagi dia semangat kalau dia down ! dia perlukan orang yang dia sayang
7) dia kalau study akan cepat bosan @ mengantuk, sudi sudi kan lah bagi dia gula gula :)
8) selalu wish good morning, afternoon, night kat dia.. yup, dia suka
9) bila online, bukak laa wall dia coz dia juga akan bukak wall awak bila dia online
10) jangan marah dia ! terima dengan hati terbuka semua perangai dia

bye bye :')

Thursday 27 October 2011

tired? yes i do


it's hard to let you go
yeah swear to god !

when you loved someone
you will do anything
you will sacrifice anything
you will make your life dull and his/her life full of rainbow

but what the others side do for you?
is he/she text you every morning and night?
is he/she call you if there is a free time?
is he/she appreciate all your action?
question marks there..

that is what actually happen in my life
right now !


Tuesday 25 October 2011

sad time


i'm feel lonely when
there's no family members beside me !
itu sangat tidak best
aku cepat menangis if tiba tiba
aku teringatkan mak, abah
kaklong, bangah bla bla bla..
kami satu family rapat
i want them in front of me every second

i'm feel lonely when
my friends especially the best one
ignored me, left me, mad at me
i want all of you next to me
make me laugh, make my day full of happiness
if not
i will sit by myself, cry and no mood at all

i'm feel lonely when
awak yang saya sayang tak ada depan mata
hilang ! 
just your pictures will make my day
that's why i keep texting, calling you
read your text or hear your voice can make me smile the whole day
serious !

i'm feel lonely when
too far from you Ya-Allah
i admit it
sometimes i forget about my responsibility as a human being
as a muslim
it's careless or what?
i don't know why
what is actually happend in my life right now
it is a punishment for what i've done before?
Ya-Allah
please protect me from any bad things
please protect my Iman, Akidah and also my Akhlak
i want to be a good muslim
if not of course
i will feel so lonely in this beautiful world

I WILL FEEL LONELY IF I FAR FROM MY FAMILY, FRIENDS, YOU AND OF COURSE ALLAH S.W.T

Monday 24 October 2011

^^






now playing : if i die young
mood : cold, it's raining here

assalamualaikum ~

mood untuk update blog datang secara tiba tiba.. tak tahu kenapa ! haha bila mood dah ada, lappy depan mata, teruskan saja niat ini.. so, how's your day readers? it's dull or have some rainbow there? tidak mengapa, bukan setiap hari kita akan bahagia, adakala kita kene mengharungi hari yang agak malap.. itukan dugaan :)

hari nie hari pertama aku di rumah setelah berhempas pulas menjalankan tanggungjawab di KARISMA since 14oct.. it's about a week and yeahh it's fun ! even tough makan tak cukup, penat, kemudahan tak sempurna but it still make me happy :) now, saya sedang bergolek golek di atas katil sambil mengadap lappy kesayangan.. seronok betul ! 

putrajaya dilimpahi hujan rahmat, fuyooo ! dah lama tak stay dalam rumah sambil tenung keluar tingkap melihat air hujan mencurau-curah.. terlalu rindu saat ini ! selalunya hujan kat segamat and saya sudah jemu HAHA dari tadi layan facebook, twitter, youtube dan sebagainya membuatkan hari nie terlalu senang lenang.. weehooo :D

si dia? yup saya rindu awak.. harini masih text dia tapi dalam bilangan yang sedikit.. dia busy kot, saye tak kisah :) cuti semester make me feel lonely without you besides me.. but it's okay, i tried to be strong as you ! nanti ada masa yang panjang, kita jumpa okay okay :)

Sunday 23 October 2011

my bad :(


dear you,
i'm really sorry
i know you're mad at me
i already make you sad
please
didn't mean it :(

i admit it
that's my fault !
but for your information
when i create that status
it just "creating a status"
not pointing to anyone
and for sure, not for you..


dear you,
i just need you besides me now
i just want you right next to me
i just imagine that you are laying in front of me
why?
because i am not always strong
i will cry if you left me
i will cry if you ignored me
i will cry if you act like you're fine..

I'M SO SORRY, MY BAD !


Sunday 16 October 2011

hari pertama



hari pertama di minggu baru
hari pertama KARISMA
hati pertama menjadi sukarelawan ~

whoaaaa, pagi pagi sudah bangun ! first day kene laa semangat kan, even mengantuk + sejuk gila nak mati bersusah payah goda aku untuk tidak bangun :) pagi nie ade perjumpaan kesemua atlet UITM segamat and sukarelawan untuk penyerahan bendera and piala pusingan kot.. aku pun tak jelas sebenarnye tujuan perjumpaan pagi nie, just bangun dari tido then pergilah join.. bende takde laa best mana HAHAHAH just beratur ramai ramai sambil tunggu rektor tersayang sampai..

panas wehh, serious ! tapi sinaran matahari pagi kan sihat, so tadah jelaa muka nie.. setibanya rektor dengan senyuman comel dye tuh, kami nyanyi laa lagu negaraku, UITM & KARISMA.. then ucapan bla bla bla and habis ! sekejap jee event nie tapi bangunnya taknak kalah awalnye =.='

tadi aku dah jumpe aku punya pengurus untuk game yang akan aku jaga sepanjang KARISMA nie berlangsung.. aku and beberapa lagi budak akan jaga game tenis, which is kami semua tak tau langsung about this game ! haha.. arhh lantak, ape aku kesah kan.. game aku bermula esok ( selasa, 18oct 2011), so hari nie aku rilex rilex jelaa dalam bilik.. esok kene dah berjemur, buang semua peluh + lemak, redha dengan kehitaman kulit ! doakan semuanya berjalan dengan lancar, okay stalker :)

Saturday 15 October 2011

maaf dari junior

Alhamdulillah, tamat sudah kursus sukarelawan KARISMA 3 hari 2 malam ini.. penuh sukadukaboring yang teramat ! tapi takpe, dapat pengalaman and kawan baru :)

untuk entry kali ini, aku nak merendahkan diri dan memohon maaf kepada seorang hamba Allah yang pada aku, dia adalah seorang kawan, senior dan abang yang baik.. kerana apa? sebab musabab aku mohon maaf mungkin hanya kami jee yang tahu, cukuplah.. tidak perlu dinyatakan disini kenapa.. bukan ade niat malam semalam nak berborak tentang perasaan, cuma nak tahu lagi mendalam tentang topic yang dibincangkan..

mungkin aku terlebih tanye ataupun over nak tau pasal itu, i'm so sorry ! aku tau pasal aku, kau sanggup delete entry entry dalam blog kau yang ade kaitan dengan topic yang kita bincang.. aku taktau kau akan buat tindakan drastik macam nie, sorry sangat ! aku actually tak kesah kalau kau taknak explain bende yang sebenar kat aku, aku bukan boleh pakse kau pun kan.. just sebab entry yang kau buat, memaksa aku untuk terus bertanya kat kau.. semalam kau dah bagitau aku bende yang sebenar, tapi aku tahu ade bende lagi yang kau simpan dari pengetahuan aku..

aku minta maaf lagi sekali okay :)

no smoking please

now playing : born this way (sam tsui)
mood : tired !

semalam aku tak dapat tidur ! entah kenape laa, pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena.. mungkin first time tidur kolej nie, so badan kurang selesa kot.. hmmm rupanya ramai jugak yang tak dapat tidur semalam, semua tak tahu kenapa.. mengantuk tapi mata taknak pejam.. pagi tadi kene bangun pukul 5 untuk program solat subuh jemaah, kuliah subuh, senamrobik bagai.. aku tak join weh program slot pagi HAHAHA bukan ape, lepas subuh baru mate nie nak tutup ! so tertidur laa sambil ter-skip program itu :) maaf yee ! then bila terjaga, mandi siap semua, bersedia untuk ke program seterusnya..

setengah hari aku duduk dengar ceramah, 3 ceramah ! kau mampu? aku pun tak mampu.. nasib baik gula gula mentos, kertas and pen warna warni menjadi peneman dikala mengantuk dan bosan :D dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dibelenggu ceramah, haihhh..

nak story pasal smoke nie ! aku bukan tak suka golongan perokok, ehh suka gila nak mati.. pakcik aku, kawan aku pun perokok tegar.. aku no hal, itu hak kau.. buat ape aku nak benci perokok perokok yang ada kat dunia nie :) yang nak buat aku mengamuk petang nie, si perokok perokok yang ade otak dan akal fikiran yang waras  telah menggunakan UITM, tempat aku belajar nie, tempat dorang hembus hembus asap kotor tuh.. untuk pengetahuan kau yee pakcik, UITM adalah kawasan larangan merokok ! yang kau sedap mulut smoke kat UITM apahal? kawasan warung makan pulak..

"pakcik taktau pulak UITM kawasan larangan merokok"

alasan kau tuh akan aku terima kalau kau sorang je yang makan kat situ, takde kawan lain ! masalah sekarang kau makan, melantak, buat bising dengan sekumpulan kawan kawan kau yang berbilang warna kulit dan umur.. dua table pulak kau sapu, takkan laa sorang daripada kawan kau taktau UITM kawasan larangan merokok? ehh bohong sangat tuh, bohong... and one more thing, kau mesti laa tau yang student sekeliling kau mesti ade yang smoke, kaki rokok yang tegar ! kalau mereka dah dilarang smoke dalam UITM tapi tiba tiba nampak kau sedap molek jee smoke secara terbuka kat warung tempat kami beli makanan, kau tak rasa ke yang kau dah bangkitkan nafsu mereka untuk cepat cepat balik kolej or pergi somewhere else then smoke !

"itu salah diri sendiri laa, sape suruh iman tak kuat"

ehh orang tua nie, ade jugak yang kene tumbuk kang ! pakcik oooo pakcik, kalau laa kan, kalau kau puasa kan.. imagine laa kau sedang puasa, then kau pergi laa jalan kat tepi pantai, tempat public.. sedang elok rambut kau dihembus angin pantai, kau nampak ade satu group manusia tengah melantak mee hailam + neslo ice depan bijik mate kau.. tengah panas gila nak mati nie, kau pulak puasa ! for sure akan datang laa dalam kepala otak kau nak berbuka jugak, am i right? so ini bukan sebab iman kuat ke tak, ini sebab perangai kau yang buat bende yang salah depan public yang kemungkinan suka buat bende yang kau sedang buat itu.. paham? jangan nak salahkan iman sangat laa uncle tua oii.. lainlah kau smoke dalam tong sampah then budak tuh nak buang sampah and nampak kau smoke, itu baru terpulang kat budak tuh punya iman, nak teruskan tengok kau smoke or blah dari situ sambil campak penutup tong sampah tepat kat muka kau.. nie dah smoke kat tempat public yang jelas jelas kawasan larangan merokok, then nak salahkan iman orang yang lemah pulak kalau tak tahan tengok tindakan bodoh kau tuh

aku bukan cakap siapa yang hisap rokok bodoh, tapi aku cakap bodoh kat perokok yang tak reti kat mane nak smoke ! bukan semua tempat boleh kau senang lenang smoke, eh sabar jelaa.. dah bye assalamualaikum !

i'm here

ada budak nie suruh update blog
sedangkan aku baru update
nampak sangat stalker tegar ! HAHA

okay now aku berada betul betul di uitm segamat untuk KARISMA ! haihhh.. budak lain berjimba cuti sem, aku dan kawan kawan jadi sukarelawan untuk program ini.. hee terpaksa guna senyuman palsu sepanjang program ! haha.. hari nie (jumaat, 14 oktober 2011) aku keluar ke TBS tepat jam 9 pagi.. awal kan? semangat kan? lantak, aku tak suke lambat lambat :) then mula menaiki bus pada pukul 12.30 tengah hari and selamat tiba di terminal bus pada pukul 3.00 petang ! Alhamdulillah, tak best ohh naik bus.. nak muntah :(

sampai terminal, jumpa laa budak budak segamat yang lain ! weehoooo ada geng ;D then kami bergerak ke bandar bersama beg beg yang taknak kalah besarnya, yelaa stay uitm seminggu kot ! malas basuh baju punya pasal, bawak laa seguni baju yang ada HAHHAHA gunting rambut, beli barang semua, tepat jam 6 petang, kami check-in dalam kolej baiduri.. kolej perempuan? yup, redah saja :)

malam ade sesi taklimat yang bosan, bla bla bla then habis pukul 10 lebih ! kembali ke kolej, siapkan diri nak landing atas tilam and now update blog :) malam yang sangat baik kerana wireless laju.. student wireless? ohh tidak, itu kuno.. kami guna P1 weh, syok kan?

okay done, mahu tido ~

Wednesday 12 October 2011

kalau boleh...

semua orang dalam dunia nie nak kesempurnaan, kan?
semua nak bahagia jee
semua nak sweet sweet jee
tapi kite kene terima
tiada seorang manusia pun yang sempurna
kecuali Nabi Muhammad !
tak salah kalau kita berusaha
untuk ke arah kesempurnaan
untuk kesenangan kita jugak :)

kalau boleh nak text dia setiap hari

yup, ini yang aku nak ! kalau boleh nak sentiasa ada credit, aku ada dia pun ada.. senang nak berhubung ! kalau boleh aku nak text dia setiap hari, aku nak dia tau yang aku care kat dia.. good morning, afternoon, good night, selamat breakfast lunch dinner semua.. haihhh kalau boleh nak biarkan inbox phone dye penuh nama aku :) kalau boleh laa...

kalau boleh nak dengar suara dia

suara orang yang kita sayang, even time dia baru bangun tidur pun, akan buat hati kita tenang jee.. maksudnya, kita berpeluang untuk mendengar suara dia lagi :) kalau boleh nak 24/7 bercakap dengan dia, berborak pasal bende yang dia minat, kongsi cerita dan masalah.. kalau sehari tak dengar suara, rasa macam seharian tak pakai seluar.. tak selesa kan? hee menggelabah betul perumpamaan aku.. tapi itu lah, kalau boleh laa..

kalau boleh nak spent time dengan dia

aku nak ada satu hari tuh, hari aku dengan dia je ! demand? kalau demand, aku mintak seminggu weh.. cukup baik aku mintak sehari, pun sudah cukup :) dalam sehari tuh, aku akan selalu dengan dia.. sweet kan? tapi bende sweet ini lah jarang berlaku ! kalau boleh nak berdua jee dalam kereta, berdua tengok bulan same same, layan sunset bersama, baling popcorn, window shopping, snap some pictures together, eat at mamak's stall, teman dia hantar adik ke sekolah asrama.. bende bende inilah yang boleh merapatkan kita actually, kalau boleh laa...

kalau boleh nak dia selalu bagi kata semangat

selain family, kawan terapat, dia adalah salah seorang yang boleh menaikkan semangat kita.. betul kan? kalau aku down, aku takde semangat, aku sedih, aku nak dia selalu ade kat sisi.. bagi semangat kat aku, selalu ! bukan nak cakap yang aku lemah, selalu down.. just aku nak dia selalu ade kat sisi supaya aku lagi semangat nak teruskan kehidupan.. kata kata semangat yang keluar dari mulut dia semuanya bermakna nak it's make me smile.. tapi kalau boleh laa...

kalau boleh nak share anything dengan dia

another sweet things that i wish it will come true.. aku nak kongsi semua kebahagiaan aku dengan dia, nak kongsi semua bende yang aku sayang dengan dia, nak kongsi moment yang buat aku happy dengan dia.. seperti contoh, kalau aku pergi secret recipe, aku beli 1 slice chocolate indulgence dan aku akan tinggalkan separuh untuk dia rasa macam mana aku rasa bila makan kek secret recipe, even half ! macam mana aku happy bila dapat hadiah, macam itu jugak aku nak share my happiness dengan bagi dia hadiah jugak.. itupun kalau boleh...

kalau boleh taknak bagi dia sedih

aku tau dalam dunia nie kita semua tak boleh lari daripada masalah.. aku harap, aku pun tidak akan lari kemana pun if dia ada masalah.. aku nak duduk sebelah dia, settlekan masalah dia and buatkan dye happy semula.. aku nak dia senyum, itu saje ! aku tak suka bila tengok dia sedih.. sedih dengan study, assignment, friends, family, life.. aku akan cuba buat dye ketawa even for a second.. it's really means to me and it's also for your own benefits, i think :) hmmm kalau boleh laa...

kalau boleh nak dia sehidup semati

last from me, i hope i can be with my beloved one until my last breath ! tak kira lah kita couple ke, kita kawan ke, as long as kita punya hubungan tak akan putus.. i need you and you also need me *i guess :) nak selalu dia ada depan mata, nak selalu dengar suara dia, nak selalu spent time together, nak selalu buat dia happy and nak selalu habiskan masa yang ada dengan dia. tak mustahil kan? aku taknak berpisah dengan dia, aku taknak jauh dari dia, aku taknak dia hilang dari pandangan aku.. aku selalu berdoa agar kita akan sentiasa bersama in any situation.. tapi, tak tau laa terjadi ke tidak.. kalau boleh wehh..

woii woiii WOII !!

aku tak paham
aku seriously tak paham !
tak paham dengan perangai kau
yup, kau !
ape sebenarnye plan kau?
kau nak ape rosakkan hubungan orang?

memang aku tak couple lagi dengan dye
memang kami belum declare
memang kami kawan !

tapi kau tau aku suka dye
kau tau aku dah lame minat dye
kau tau aku selalu text dye
tapi sekarang ape masalah kau?

kalau betul budak yang dalam blog kau tuh bukan dye
okay, Alhamdulillah !
tapi kalau betul budak itu yang kau maksudkan
kau memang cari pasal dengan aku
sebelum nie kau nafikan bukan budak tuh
kau kate budak yang kau suke takde kaitan dengan aku
tapi ape yang kau tulis dalam blog kau
ciri ciri dye sebijik macam budak yang aku suka

kau dah kenapa bro?
rilex lah, belambak lagi weh bunga
tak payah nak cilok orang lain punya
kau nak cakap yang "sape cepat dye dapat"?
eh pergi mampos
kau tau aku suke dye
kau patut jauhkan diri dari dye

aku marah? aku terase?
memang
apahal?

Tuesday 11 October 2011

solve this equation !

F + F + F = F
F = F
siapa siap tahu apakah ini?
ini equation senior saya yang bagi
untuk apa?
saya pun tak tahu
dia kata F tuh melambangkan seseorang
so, dalam first equation tuh ade 4 orang
manakala equation yang kedua akan tinggal 2 orang
tak paham kan? 
tapi ini lah bende yang bermain dalam kepala otak nie
sejak dia bagi equation nie
sampai laa sekarang
sound's funny
but it's important for me
kepada senior ku tersayang
ape kata anda straight to the point je
bukan malas nak main game nie
tapi dah jemu cari jawapan
saya tau one of the alphabet was me
if wrong, i'm sorry
if yes, why should i?

saya tau anda ada bende nak bagitau saya
just say it ! 
tak payah lah rasanya equation serabut nie
pening kepala kan?
oh anda memang lah tak pening kepala
coz' you the one who creat this equation
and you the one who know the answer

as a senior
you should care about your junior
no matter what situation it is
but in this situation
i think, you're not care about me
you want to kill me !

so, for the conclusion
i give up with all this things !
with all this stupid equation !
kalau anda sayang saya
anda kasihan kat saya
anda akan bagitahu saya jugak
one day !

scandal

selamat petang
selamat hari selasa
selamat beristirehat

today's topic - scandal ! apa itu scandal? for those yang bace entry nie, tak tahu meaning scandal, sila laa google sendiri untuk mencari maksud sebenar perkataan ini.. but i know, most of the viewers should and already know the meaning, am i right? bagi aku, scandal nie lebih kepada menjalinkan hubungan percintaan secara senyap ataupun mempunyai "kekasih gelap" walaupun hakikatnya, sudah mempunyai pasangan hidup.. hmm ! 

kenapa perlu ada scandal?

persoalan pertama yang ada di fikiran.. adakah mempunyai scandal adalah satu lambang kebanggaan manusia zaman sekarang? tidak jujur pada diri kerana mempunyai pacar lain sedangkan ketika itu sedang bermadu kasih dengan pasangan yang sebenar.. kalau kita betul betul ikhlas nak menjadi pasangan yang baik kepada pasangan pilihan kita, istilah SCANDAL tak akan wujud dalam hidup kalian.. istilah yang macam inilah yang paling dibenci ramai kerana mampu merosakkan hubungan dan sekaligus menjahanamkan maruah kau sebagai seorang lelaki mahupun wanita..

scandal buah mulut orang

perbuatan yang paling menyakitkan hati dan sanubari.. kita manusia bebas berkawan, betul? kita ada hak nak berjalan, lepak, bertepuk tampar, ketawa dengan siapa pun, betul? kita juga ada naluri nak berkenalan dengan mana mana makhluk yang bergelar manusia, betul? so kenapa perlu menabur fitnah, membuat spekulasi, menambah dosa dengan menggelarkan individu itu adalah scandal kepada individu itu.. come on, be matured okay ! perbuatan menyebarkan berita tentang scandal kepada sesiapa boleh menjatuhkan reputasi, maruah dan air muka si mangsa sedangkan si mangsa hanya nak berkawan, tiada niat pun hendak menjalinkan sebarang hubungan.. hanya luaran saja yang membuatkan si mulut jahat membuat anggapan bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan secara senyap ataupun scandal.. boooooo mulut jahat !

- semalam kan, aku nampak amir jalan berdua dengan farah.. amboi, bukan main mesra !ade ape ape laa tuh
- kau tau tak, orang ramai kate si amirul suke like status intan.. dorang couple doh ! 
- balak si emy tuh memang 24/7 berkepit dengan si rahim tuh ke? kan sama sama lelaki, entah entah scandal

persepsi masing masing

si mangsa yang di-cop ada scandal dengan sesiapa pun, bersabarlah.. kerana hanya kita dan Allah sahaja yang tahu niat sebenar kita hendak berkawan, rapat dan bermanja dengan kawan kita.. kene ingat, setiap manusia berhak bersuara dan memberikan pendapat.. kita tak boleh halang manusia sebegini nak memberikan persepsi mereka terhadap semua tindak tanduk kita.. mungkin mereka terlalu obses nak tahu apa sahaja perbuatan kita, mungkin mereka tidak ada kerja lain melainkan  melihat dengan siapa kita berkawan dan mungkin mereka cemburu dengan keintiman dan keakraban hubungan kita dengan seseorang itu. hak masing masing, tidak perlu nak menyebok rasanya.. cukuplah dengan melihat dan membuat sebarang kesimpulan dalam diri sendiri, jangan lah dihebohkan kepada orang lain..

jika betul anda ada scandal

pandai pandai laa sorok ! pandai pandai laa cover.. ataupun just mengaku yang betul, itu adalah scandal anda ! jangan kerana title scandal, ramai yang menjauhkan diri dari kita.. mostly people hate that word, so be careful.. bukan aku menyokong, tapi aku menasihati sebab ade jugak dikalangan rakan aku sendiri yang mempunyai scandal.. tak kan kita as a friend nak diam diri, tengok jee kawan kita kene hentam bertubi tubi.. so kita nasihat la mereka, bagi mereka idea macam mana nak solve this problems..

solution yang aku boleh bagi 

kalau boleh, hindarilah dari dapat title itu ! mungkin selama ini korang tak sedar yang korang dah pun di-cop scandal dengan si polan polan.. just beware ! kalau korang sedar yang korang sedang menjalinkan hubungan senyap, bising bising kan lah iyee.. bukan nak jadi mat kecoh, untuk kebaikan diri sendiri jugak.. takde laa orang nak fitnah, betul tak? and for those yang fikir "lantaklah ape yang orang nak cakap", itu terpulanglah.. jangan sampai bende dah kecoh, baru nak terhegeh hegeh mengamuk bagai.. not nice !  

my experienced

banyak, terlalu banyak.. lebih lebih lagi semester ini (sem 3).. semua yang dikatakan, aku tak sedar ! niat aku baik, nak berkawan je.. terlalu rapat membuatkan orang sekeliling kate kami scandal, what the.. dan berita itu terlalu cepat tersebar, fuhh mulut budak university, boleh tahan lajunya.. kadang kadang bende nie buat kita tak selesa nak berjalan sama, makan sama, bergurau ketawa sama, even study same pun akan rase diri kita sedang diperhatikan.. 

"yang study berdua sapa suruh.. padan laa muka"

hello cik adik, cik abang.. tak semua orang boleh study ramai ramai berkumpulan bagai.. kadang kadang dia just nak privacy, itu jee ! hormat laa orang sekeliling.. mungkin study berdua lagi senang faham daripada study ramai ramai yang banyaknye gelak + makan snek, bukan study ! kalau niat aku study berdua pun dah disalah anggap, di-cop scandal, mungkin mulut orang zaman akan datang akan banyak yang lebam, ditumbuk oleh si mangsa..

"aku selalu nampak kau berjalan berdua, kemain mesra lagi.. ape cerita?"

alahai, takkan couple jee boleh beramah mesra beb? kawan tak boleh? mungkin kau nak kami jalan berdua dengan muka bengis, mood marah.. macam tuh? come one, wake up dude.. kau fikirlah, mungkin yang berjalan dengan aku tuh kawan baik aku time sekolah, kawan facebook yang aku baru jumpa or maybe itu senior aku ! tak salahkan jalan berdua dengan senior? okay jap, apa korang fikir bila aku jalan dengan senior? mestilah sebab dia tolong aku dalam buat assignment ke, tolong pinjamkan note ke, tolong study ke.. alahai, typical malay ! 

"kau dengan budak tuh, dalam facebook like like status, tag tag gambar, post post kat wall"

sah kau stalker terhebat, syabas ! ape jee function yang ade dalam facebook, aku tanye kau.. jangan sebab like tag wall post bagai, kau dah berfikiran sempit macam nie.. lainlah dye like status "yess, saye scandal awak", dye tag pic dorang pegang tangan and dorang wall post iloveu, itu memang tugas kau untuk cop dorang scandal.. setakat like status good morning, nak g berak pun kau dah kecoh, macamlah kau tak pernah like status kawan kau.. ape ape pon, selidik dulu *kalau kau takde kerja sangat.. ataupun tak payah masuk campur urusan orang, si scandal scandal tuh tak pernah kacau hidup kau weh.. melainkan kau JEALOUS ! JEALOUS !! cemburu tak bertempat.. si A nak berjalan dengan bestfriend kau pun, kau dah kecoh satu kampus yang dorang ade scandal.. padahal kau jealous tak ade orang nak jalan dengan kau kan noob :)

okay, ini saja entry untuk kali ini ! paling panjang aku rase selama blog ini diwujudkan. hee, jika ada salah information tentang tajuk entry nie, maafkan yee.. saya pun manusia biasa, just menulis tentang kejadian yang berlaku kat diri nie.. penat layan kerenah orang sekeliling :)

Monday 10 October 2011

your word's

I LIKE TO PRETEND THAT I'M OKAY BECAUSE I DON'T WANNA ANNOY PEOPLE WITH MY PROBLEMS.. THAT'S YOU, FAIRI ! 

I MISS YOU SO MUCH !

DON'T CRY OVER THE PAST
CRY TO GET OVER THE PAST
DON'T SMILE TO HIDE THE PAIN
SMILE TO HEAL THE PAIN

I WISH I WAS BESIDES YOU RIGHT NOW
AND I WANNA HUG YOU TIDELY 
VERY TIDELY
UNTIL YOU CAN'T BREATH
THEN I WILL TAKE YOU
SAVE YOU IN MY ROOM
I ACT LIKE I DON'T CARE
BUT INSIDE IT HURTS
MISS YOU SO BADLY

I DON'T WANT A HAPPY ENDING
WHAT I WANT IS NEVER ENDING

 

pic's of semester 3

assalamualaikum ~
petang isnin yang bosan, seperti biasa kan?
as a university student yang baru cuti sem
nak laa rest kat rumah setelah berperang dengan final exam
tapi kat rumah ade siapa?
but it's okay
masing masing jalankan tanggungjawab :)
eh nie pic sepanjang semester 3 yang telah dijanjikan :

semasa majlis berbuka puasa bersama astro 

first day berbuka, weehoo !

 meet them, my friends :)

 from left : salim, rashid 

 di sekolah rendah triang, mersing !

 leesa with her child ;D

 meet my upin & ipin

 night with them !

my senior, HAFIDZ MUHAMMAD !

great day with them ! 10 people :)

hey, boys in my class !

 after done with musical theater

 part of theater's member ! 

we friend right?

 dinner time *with zairul :)

 early semester 3

 cendol wehh, perghh !

 the time when UITM blackout

 dinner raya sector A

 hahahha derma darah beb !

 overnight at segamat ! 

with my pendek, putri idris :)

 in HTML class *with putri and banana

struggle for final exam O.O

  meet amir,my super dupper cool junior  :)

last for semester 3, bored in my own room ^^